Rabu, 30 Disember 2009

GURINDAM 12 Bulan di 2009

Semakin suram dua ribu sembilan
Banyak peristiwa jadikan teladan
2010 suatu pengharapan
Auranya penuh sinar kehebatan

Pembuka tahun di Kuala Terengganu
BN kalah penuh malu
Nilai calun pengundi tak mau
BPR pun dah bernama baru
Benteras rasuah di hilir di hulu
Gula hilang disorok hantu

Bulan Februari banyak dibongkar
Kisah cinta Ely tersebar
video Bukit Lanjan jadi popular
Etika Yb nyata tercemar
Di Perak 3 orang keluar PKR
Kerusi MB dapat kat Dr.Zamry
PR kecundang pemimpinnya ingkar
Sidang bawah pokok jadi kelakar

Mac Di PWTC UMNO bersidang
Perpaduan Melayu terus didendang
Pak Lah diminta tak payah bertanding
Najib dah bersedia menuntut hutang
Sharizat bersorak Rafidah kecundang
Pemuda berduit pastilah menang
Politik gawat UMNO bergoyang
Ekonomi Negara terus dirangsang
Pakej RM60 bilion kerajaan menyumbang
Demi memakmurkan Negara cemerlang
Inipun jadi sasaran pembangkang.

13 April tarikh pemula
Najib bersumpah jadi ketua
Singgah ke Puduraya ke rumah pangsa
Nak Rapatkan diri dengan jelata
Ramai yang kalah tapi dapat kuasa
Tiada tempat bagi Ketua Pemuda
Muhriz di letak di luar Negara.

Banyak pilihanraya di bulan empat
BN merana di dua bukit
Di Batang Air PKR sakit
Kat Penanti BN pula tersepit
Biarkan kerusi PKR yang kutip.

Gagasan 1 Malaysia di bulan lima
Rakyat didahulu ,pencapaian diutama
Sama bekerja sama merasa
lapan nilai pegangan bersama
Tetiba Chin Peng pula nak dipelawa
Tak sedar diri sejarah dilupa
Nizar pula kembali jadi ketua
Nampaknya Perak masih huru hara
Mahkamah masih tak habis bicara

25 Jun matinya Raja Pop dunia
Ntah Islam ke kafir sama saja
Orang Melayupun sama hysteria
Ramai yang dah tak hormatkan Raja
Wasiat baginda mereka dah lupa
Sebab tak hayati Perlembagaan Negara

Bulai Julai mengundi lagi
Ke Manek Urai kita pergi
PAS Menang 65 undi
Tuan Aziz dikalah Pak Fauzi.
Di Wisma Masalam Beng Hock mati
Ntah dibunuh atau terjun sendiri
SPRM tercemar dituduh konspirasi
Najib meraikan 100 hari
Penuh harapan dengan 11 janji
Demi sejahtera rakyat dikasihi
Jangan pula lupa nak tunaikan nanti
Bimbang rakyat tak percaya lagi
PRU13 mereka akan mengundi .

Bulan Ogos bulan merdeka
Wabak HINI pula berleluasa
70 rakyat yang jadi mangsa
Tetap puasa tetap beraya
Di Parlimen sambutan Merdeka
Tetap patriotic walau sederhana
Inilah semangat cintakan nusa.


Pematang Pasir berperang undi
Calon BN dikata tak berintergriti
Tinggal bini seleweng duit koperasi
Salleh pun tak boleh dipercayai
Songlap duit kepunyaan parti
PAS dapat kekalkan kerusi
Sekarang Rohaizat hilangkan diri


16 September Hari Malaysia
Semangat persekutuan satu Negara
Lima puluh dua tahun kita merdeka
Kisah komunis timbul semula
Kerana mereka kita merana
Usah digugat perpaduan bangsa.

Bulan Sepuluh ke Bagan Pinang
Kali ke Sembilan parti berjuang
Tan Sri Isa kembali ke gelanggang
8-1 BN bersorak menang
Konon dah pulih imej yang songsang
Tetapi SPRM ,PDRM,BTN terus diserang
Matinya i siTeoh masih dibincang
MCA bersidang macam berperang
Tak damai lagi sampai sekarang
MIC kepunyaan Samy seorang
Makkal Sakhti ditubuh utk bersaing
BN menjadi semakin goyang.

7 November bermain bola
61 tahun dahaga juara
Akhirnya kijang ditanduk rusa
Hadiah sempena pertabalan raja
Sayang ada yang tak beretika
Stadium dibakar dihuruhara
Tok Guru mereka sedia berdoa
Akhirnya dia pula yang terkena
Rupanya ada yang nak menaja
Pergi ke Mekah dibatal segera.

14 Disember peristiwa terjadi
Bajet dilulus dengan tiga undi
Sikap wakil rakyat yg tak sedar diri
sebok bercuti melayan bini
Org Isle pun kawin lari
Sampai enjin jet pun kena curi
Pengkhianat patut ditembak mati
Di highway Ipoh 10 bersemadi
Tak tau apa yang nak jadi
Salah pemandu, jalan ,bas atau LPKP?

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah!!!!
Selamat Tahun Baru 2010..


..eh betul ke ini gurindam?




Isnin, 28 Disember 2009

Separuh Jiwaku Pergi, aDa Hati Yang Terguris

Bab-bab inilah yang Ikan emas tak berapa nak suka.Namun inilah isu dan aduan masalah bosa yang paling banyak dipaparkan terutama kat majalah pompuan. Ikan emas gelak bagai nak bergegar gunung Cameron tempat melepak minggu lalu.Geram bagai nak pecah jatuh satelit tempat Dr Muzafar pegi dulu.…Nak terguling-guling rasanya baca tagline ni “ Ada hati yang nak dijaga”…kwang-kwang…tak baik , berdosa tau menguris hati orang.Ooo sedar tapi kenapa buat jugak, kenapa terjun jugak ke dalam longkang yang dah sah-sah penuh dengan problem tu???

Tak tau la berapa lama tahannya si gebu ni duk dalam istanangan .Pe ada hal,janji duit banyak. tak kisahlah masa raya nanti cium tangan laki sebaya bapak .Mak pun senang hati menantu beruban cium tangan dia.Apa la romannya? !! Omaknya pun suker dapat glamer boleh tumpang senang,dia pun dah berasa hidup dalam madu yang bukan manis tapi pahit!!

Orang lelaki ni tentang hal ni konon nak ikut sunnah,Tapi bab ibadat, bab adil bertanggungjawab tak ambil kisah pulak. Jangan nak eksen laa…kita tau, kalau dah baya tok aku toksah la nak control macho, ego-ego la tu..Tenaga tak mampu, nafsu aje yang lebih.Mungkin ingat nak acah-acah aje, tetiba nyiru yang dihulur, padang bola omak dia tadahkan !! kembang kingcup laa badan sampai ponteng pergi kerja.Nasib tak terlingkup Negara ni.

Hai la badan, macam mane la nasib badan nex pilhanraya yer?..jangan bimbang la mem besar nombor wahid negara dah bagi nama awak kat abang dia..Nama diblacklist .Mulai sekarang siap-siapkan diri ,siapkan pelampung nak balik kampong!

Cuba tengok bini tua awak tu …tenung bebaik, bayangkan dan toleh semula masa dua puluh tiga puluh tahun dulu..lepas tu cuba tengok diri sendiri, bawak-bawaklah insaf, tak baik aniaya isteri yang dah banyak jasanya kat awak!

Tetiba teringat dulu bila Yoep datang nak minta pandangan sebab bini dia tak mau kan dia lagi. Nak buat macam mana , si Yoep ni dah kawin lain , baru nak minta nasihat..Mintak aje la dia jangan lupa tanggungjawab.nafkah anak jangan lupa.Si Yoep ni pilih perempuan baya makchik dia tapi layan dia dengan duit.Sekarang makchik ni dah kena cerai .Yoep kata sebab dah menopause.Sebenonya sebab Yoep dah jumpa awek muda gaji beso.Sekarang dia kena bangun malam bukan sebab qiamullai tetapi bangun bancuh susu baby ,Janda dia yang no satu dulu masih tak kawin-kawin lagi. Gitulah setianya orang perempuan!

Separuh jiwaku pergi
memang indah semua
tapi berakhir luka
kau main hatiku dengan sedarmu..
kau tinggal aku..

Kau khianati hati ini
kau curangi aku

“ Kita sebagai kaum hawa, jangan biarkan diri kita diperkotek katekkan oleh orang lelaki”…..ewah dialog bini no tiga En.Jamil ! (ehh..si jamil hantu ke?)

Jumaat, 25 Disember 2009

SiLa Tunjukkan Surat Beranak Kalau Nak Masuk Kelantan

Kemarin Datuk Nik Aziz kononnya berkata PAS Kelantan sedang menimbang untuk mencalonkan anak tempatan sahaja selepas ini ( pilihanraya akan datang) "orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan."

Tetapi kata Datuk Mohamad Daud ,Ketua Dewan Ulamanya pula, PAS Kelantan sendiri belum membincangkan isu tersebut sebab ketetapan "pemimpin luar" tidak lagi bertanding di Kelantan hanya boleh diputuskan oleh PAS di peringkat pusat,Sekali fikir logic jugak syor ni..ramai orang Kelantan yang boleh memimpin ( kalu menang ), lepas ni mek-mek pun boleh jadi calon…mereka lebih ‘dekat’ dengan orang tempatan..orang Kelantan memang suka cara gini ,Ketebalan kekelantannya kadangkala menguris hati..tetapi tidak tidak bab mengundi calon PAS!!

Sejak 1959 ,PAS Kelantan dah membuka ruang untuk orang luar bertanding di Kelantan…… 2004 ada la seorang diberi peluang.Pilihan raya umum ke-12, calon PAS dari luar bertambah kepada tiga orang.Orang Johor yang gerenti kalah di negeri sendiri,Salahuddin Ayub bertanding mempertahankan kerusinya PAS juga memberi permit kepada Nasharuddin Mat Isa, timbalan presidennya bagi menentang Dr Awang Adek Hussein di Bachok…menangis bakal MB BN tuu.Seorang lagi, bendahari PAS Dr Hatta Ramli di Kuala Krai. yang berjaya merampas semula kerusi dari BN. Walaupun mereka orang luar ,tentang mengundi nampaknya orang Kelantan tetap nampak bulan juga..

Apa reaksi PAS Pusat?...tak sesuai kot !! demokrasi …rasanya hanya Kelantan tempat selamat , nanti tak ada pula orang mereka di Parlimen?...lagi suker MP’S BN boleh suker-suker ponteng!!

Beginilah nasib, diri dipecat selepas tenaga dikerah , habis madu sepah pun kena buang !!
Dah jumpa ke gading sehingga tanduk nak dibuang? Jangan mencurahkan air ditempayan hanya sebab mendengar guruh di langit..belum tentu guruh menjadikan
hujan emas.

Takrif orang luar tu apa ek?...


ic 08 tapi mengundi 05...camne ni? ...kita kan orang Malaysia!!!

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam Maal Hijrah 1431.
Bersama kita bersatu hati ,
bersatu tekad memantapkan ukhuwah,
memperkasa ummah !!


Banyak ucap dan catatan berkaitan hijrah ini. Ikan emas tertarik dengan catatan dari Saudara Abd Razak... 'BERJALANLAH....." tak caya ? Silalah berkunjung ke ;

http://insaaniyyah.blogspot.com/

Khamis, 17 Disember 2009

Genting lagi mencemaskan !!!

Salam Tahun Baru Hijrah !!!

Wahai wakil rakyat yang kupangkah dulu...dah la loteh bantu kempen ,lepas tu den pangkah lagi.Ala-ala rasa nyesal pun ada..Maaf !!. Dan den caya ramai pengundi baik tua , baik mudo yang punya persepsi DUN untuk pembangkang ,BN untuk parlimen.Dengan harapan wakil yang dipilih dapat melaksanakan dasar dan pembangunan untuk negara dengan baik !!


Terkejut, geram dan rasa marah pun ada.Orang yang kita pilih rupa-rupanya lebih sebok diluar...masa saat penting inilah nak tonjolkan muka kat rakyat di kawasan, konon ..( iyer ke ?..hujung tahun ramai pak menteri, yb-yb main golf,bercuti makan angin ? ).Ada gak yang sedang sebok menguruskan awek atau mak datinnya tengah mengamuk !!


Bayangkan daripada 137 ahli yang terpilih ( ???) kenapa hanya ada 66 orang sahaja yang berada di parlimen kelmarin ?Nasib pak PM sempat kojar....66-63 (cantik nombor ni, Man ! copek ambik no ni !!).Heran takkan tak tau hari tu ada 'agenda' penting..bayangkan kalau tak seri atau kurang majoriti...tak fasal-fasal kita sebok berpilihanraya lagi ..banyak projek pembangunan tak dapat diteruskan atau dilaksanakan....tu boleh tahan lagi, yang den paling geram kalau gaji den pun tak de wei....!!!


Wahai YB ku sayang...berubahlah !!..den biasa masuk persidangan parlimen ni...tiap kali mesti longang je..kalau masuk pun sejam-dua lepas tuu hilang, tak pun minum-minum-sembang-sembang kat kantin...kat DUN pun sama aje. NS baru ni pun sikit nak jadi kes macam ni. Sorang ahli BN pergi aji, sorang sakit...nasib baik masa usul nak luluskan bajet ,semua pembangkang angkat tangan setuju !!! lega !!.Tapi ingat juga YB kusayang kalau nak kekal bergelar YB jadikan kes di Kedah sebagai pengajaran.Jangan hampakan pengundi yang selama ni menaruh harapan..dah banyak yang tercuit ,nanti bertambah menyampah kot berpaling tadah pulak. Orang sebelah sentiasa meneropong dan mencari laluan untuk mengoncang .


Berhijrahlah ...berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara !!!


Isnin, 14 Disember 2009

Perempuan nak MasKahwin ke Hantaran ?

'Berapa belanja anak Pah Bedah tuu?"..inilah ayat yang biasa didengar bila Opah , Wan atau makchik-makcik balik dari majlis bertunang atau kenduri kahwin .Ikan emas pun jeling-jeling, pandang-pandang, dengar-dengar juga.
Tak kisahpun mereka berapa mas kahwinnya. Iye laakan, belanja atau hantaran kan lebih glamer,lebih mewah dan lebih menonjolkan status !!
Kalau tuan pergi ke Melaka
Singgahlah dulu di pokan Seremban
kalau hati mu sudah suka
Siapkan duit nak buat hantaran !!
Pagi tadi sompat dongar radio yang hot-hot tu colotehkan isu mas kahwin kat Selangor. Dari 80 ke 300 .Rupanya ada juga yang tak setuju, kaum hawa pun sama ?? heran gak!
Yang ikan emas tau, mas kahwin atau Mahar ni wajib diberikan oleh orang lelaki kalau nakkan sesaorang perempuan jadi isterinya. Menikahlah ! Jadi isteri maknanya jadi hak milik dia la..jadi teman seumur hidup. Teman bercakap,teman tengok tv,teman makan minum,teman tido...lepas tu buatkan zurita untuk dia lak.Tak kan kawin hari ni,esok cerai...penat-penat hantar hantaran tinggi, esok cerai, lusa kawin lain..hantar mas kawin,hantaran lagi, lepas cerai ..Ada jugak kes lelaki yang dah bayar mas kawin, hantaran tinggi sebab nak jadikan si perempuan ni tempat dia melepaskan tendang terajangnya !! Geram i !!!
Eloklah bila Selangor buat ,banyak lagi negeri nak ikut.Tok nik je yang tak nak. Johor,Terengganu eloklah takkan nak RM22.50 aje ..Melaka, NS macam ne? Perak RM101 tu sesuai lagi ke?
Pelik orang kita ni, fasal mas kawin R300 kecoh satu Malaya. Yang dok mintak hantaran tinggi-tinggi sampai berpuluh ribu tu ? Lupa lak..hantaran tu semua hutang bank ke coop ke, nikah koperasi la tu..Kes kongsi dgn pengantin perempuan pun banyak. Malah banyak kes yang sebenarnya semua perempuan yang tanggung...tau la kan, orang lelaki ni bukan tau menyimpan , warga pemboros !!! Tuu pun tak kisah ,Janji emak pengantin perempuan senyum lebar sebab sekampung canang hantaran anaknya mengalahkan hantaran artis !! Yang dah pilih tarikh 1.1.10 nanti bagi je la RM1,110 ...boleh la tahan .Nanti tarikh 10.10.10 ,berapa pulak nak hantar? campur hantaran serba satu, serba berdiri, belum pulak kes melangkah bendul !!! ..Nak hebat ada yang hantar gitar la..kereta la..rumah la...malah cek kosong !, konon nilai isteri tak terkira, takut lepas dua bulan nanti tak sempat nak cashkan cek dah keluar berita kena cerai !!!
Sian orang lelaki ni, ingat la yang WAJIB ialah mas kahwin ! Apa salahnya bagi lebih sikit..jangan la berkira sangat . 22.50 nak beli apa? Sentimental value yang tak setanding nilainya dengan hntaran beribu ringgit. Beli telefon beribu mampu, bagi mas kawin RM300 macam nak pengsan.
Hai dunia semakin materialistik.
Wahai insan bernama lelaki, tolonglah hargai nilai dan martabat seorang wanita !!

"dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu dengan pemberian (yang wajib ).Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) sebagai sebahagian nikmat yang baik lagi lazat" An-Nisa,ayat 4
... Ustaz Farid,boleh ulas ayat ni ....?

Jumaat, 11 Disember 2009

OraNG SeNanTi, SiLa JaWaP PanTun InI...


Esok Sabtu,Musim berolek kek nogori…maka habislah tumbang kobau 2-3 ekor buek lauk.
Sambil rewang-rewang, orang pangka nak ilangkan ponek badan ,mako mereka pun berbaleh-baleh pantun laa..

‘ Kalau nak tau podehnya lado
Dicarik-carik, digiling-giling
Kalau nak tau banyaknyo jando
Kek ko pilah pokan senaling…

Ni jawab org Senaling;

Den tak nak gulai robong
Gulai robong leruk lerak
Den tak nak orang tanjung
Orang tanjung bosar borak !
Org Tanjung ( tanjung Ipoh) lak jawab….

Den tak nak gulai keladi
Gulai keladi lomak dek amek
Den tak nak orang senanti
Orang senanti gatai amek…

….Sesape orang Senanti ( Seri Menanti) copek jawab we!!!

...orang NS ,maaf kalau silap sebut..aisey bukan org NS !!!

Selasa, 8 Disember 2009

Chin Peng- Dosa Yang Tak Terampun

Tau sape apek Ci peng tu?..Elok pun kalu kita tak kenal apek ni. Tapi sape pulak yang dok sebok bukak balik cerita fasal hantu raya ni? Kan mahkamah dah kata tak payah lagi nak masuk Negara merdeka ni. Tutup aje la cerita . Apa lak yang kita susah-susah dok debat ,dok fikir fasal apek tua laknat tak sedar diri tu?

Tak payah la kita nak ingat balik apa yang dia dah buat kat tok nenek kita dulu. Tak payah la kita nak kira berapa banyak nyawa yg dah melayang kerana murninya hati perut dia nak penggal kepala tok nenek kita dulu. Tak payah la kita nak ingat berapa nyawa anak-anak cucu yang hilang tempat bergantung, apa yang jadi pada kebun getah,jalan raya jalan keretapi, yang hilang rumah, harta benda , malah anggota tubuh sendiri. Tak payah la kita tengok filem Bukit Kepong Jins Shamsudin tu sebab nak tau apa hal dah berlaku kat Balai Polis Bukit Kepong pada 22 februari 1950.Tak payah baca buku yang ceritakan peristiwa darurat yang berlaku 1948 hingga 1960 di Negara ini.Tak payah la kita nak sedih kenang bagaimana tragisnya kematian Wong Lim Hoon,Timbalan Penguasa Polis Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973 atau Tan Sri Abdul Rahman Hashim ,Ketua Polis Negara pada 4 Jun1974 atau Tak payah lah kita survey kenapa 2,599 orang awam kebanyakannya Cina yang mati sekitar tahun 1948-1952…atau kita tanya PDRM bagai-mana sepanjang tempoh darurat ada 1,865 orang perajurit yang terbunuh dan 2,560 orang lagi cedera?? Malah dikatakan hampir 50,000 orang menderita akibat nya.Bagaimana isteri-anak-cucu generasi mereka sekarang ini???

Tugu Negara pernah diletupkan oleh komunis pada 26 Ogos 1975

Tak payah la nak tanya Tok apek,ah soh kenapa mereka kena pindah ke kampong baru yang sekarang banyak yang dah jadi pekan besar. Peliknya kenapa cucu cicit mereka ini jg yang sebok nak bawa balik apek tua setaraf Hitler atau Pol Pot itu?????

Tak payah la kita nak semak surat beranak dia yang memang sah-sah tak ada pun…walaupun dia kata beranak kat Sitiawan.iya la dulu lepas komunis dah ngaku kalah, lepas gencatan senjata perjanjian di Hatyai 1989… tok nenek kita baik hati offer komradnya atau konco-konco yang masuk hutan kononnya mengaku memperjuangkan kemerdekaan diberi maaf dan dipelawa balik ke negara ni..yg tak sudi,doge,bega dan keras hati konon nak parti mereka diiktiraf patut sangat kita tak layan mereka dan biarkanlah mereka duduk la kat Kampong Perdamaian Ban Chulabhornyang,perkampungan yang dibuat untuk bekas-bekas komunis… Ada yang lain tuu memang agaknya rasa ini tanah airnya maka depa pun balik laa..taubat dan berbakti semula dengan tempat mereka lahir…walau ada juga yang masih jadi musuh dalam sekam. Tak caya? ..tak payah dok cari atau sebok tanya apa Shamsiah Fakeh buat lepas balik sini..tak payah la cari apa Musa Ahmad ,Abdullah CD buat bila dah balik sini. Tak payah dok korek cerita apa Siti Aishah Khatib ceramahkan bagi kesedaran kat generasi kita..

Kita patut respek sesangat kat Najib PM kita yang tak nak jumpo apek ni.Buek mongabih ‘an bogheh yo!! Jangan poneng kepalo fikir fasal isu ini.Pokoknya dah jelas yang Negara nama Malaysia ni memang tak iktiraf langsung Parti komunis ,ideologi songsangnya atau apa-apa saja fahaman komunis ! Tak ada istilah nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme .Yang kita perlu tau ialah si apek tua ni tak pernah kata yang dia dah tobat, tolak fahaman komunis tu malah baru-baru dah jelas dia mengaku yang dia masih kapala komunis !!! Jadi, soal kemanusiaan apa yang nak kita kesiankan? apa jasanya yang nak dikenang? Kebebasan bersuara yang bagaimana termaktub dalam perlembagaan Negara kita? Apa perjuangan mereka yang kononnya nak memperjuangkan kemerdekaan ?
Tak payah susah-susahkan kepala. Kita dah aman damai ,bahagia duduk di Negara yang stabil politik dan ekonominya hari ini kerana kita dapat mengalahkan komunis !!Yang pasti kita memang anti-komunis ,memang benci dengan segala fahaman dan pemikiran mereka!!!!

Mai kita tutup cerita fasal apek tua ni. Eloknya dia pun kita sumpah jadi batu, lepas tu letak kat muzium komunis di sempadan Negara kat Siam, boleh gak kita pergi buat rombongan Cik Kiah bayar RM2 masuk tengok batu sumpahan kita !!
……Sedang baca buku “ The Malayan Emergency Revisited 1948-1960’
……Dulu ada selidik jejak tokoh, ntah bila buku ni nak dilancarkan ????

Khamis, 3 Disember 2009

BULAN CINTA...

Musim cuti .Musim banjir..dan musim kenduri .Seronok pulak rasanya mengumpul koleksi kad jemputan yang pelbagai saiz,rupa,warna dan design serta disulam dengan pelbagai mutiara kata.

"Ya Allah! Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaika serta Muhamad SAW dan Siti Khadijah. Kami memohon doa restuMu. Jadikanlah mereka pasangan yang saling mencintai,melengkapi dan menjaga kehormatan dikala dekat dan jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingati di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam hal ibadat"
Dari jiran tetangga,sedara mara ,kekawan yang dapat menantu dan yang istimewa dari kekawan sendiri yang nak jadi pengantin…wah wa…wawa…
.Dulu bagai nak rak bertahun-tahun bercinta akhirnya dalam kad jemputan nama lain yang terpampang.Baru kenal sebulan dua bulan dah cornfirm kahwin.Dalam ada kawan yang happy ada juga yang meraung ,kalau tak dengar pun jeritannya tapi raungan dalam jiwa bergegar mengalahkan tsunami kat Aceh!!!..Ish ikan emas.tak mau tulis bab sedih-sedih…nanti banjir !


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, Dia meciptakan untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu merasa cenderung dan tenteram kepadaNya.Dan dijadikan Nya di antara kamu rasa kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda kebesaran Allah bagi kamu yang berfikir"

Kat n3 ni nak wish kat kekawan yang baru atau akan bergelar suami ke isteri ke?..Pada sunsuriamatahariku yang sedang bergebag debuk dup dap jantung nunggu orang jauh mai akad. Pada anakmuda si penulis hantu, kembang kincup hati berbunga dah nak jadi suami orang.Lepas ni dah kawin u all jangan la ganas-ganas macamana yang biasa ko orang tulis kat blog tuu, nanti gerun si si isteri tuu..den tak dapat nak nolong!! Sayangnya banyak jemputan ni ikan emas tak dapat nak poei…gintai dari jauh aje laa..


Istimewa Untuk anakmuda…

Pernikahan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidaklah setabah Fatimah
Justru itu,
Isteri hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kamu kewajipan bersama
Menginsafi kamu erti iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Kerana menikahi isteri tidaklah sehebat mana
Yang membuatkan Kamu akan tersentak dari alpha
Kamu bukan Rasulullah SAW
pun bukanlah Saidina Ali Kara,amallah wajhah
Kamu Cuma lelaki akhir zaman
Yang pasti menjadi suami yang saleh !!


Renungan buat Suria…

"Kamu telah keluar dari sangkar di mana kamu tinggal. Kini kamu hendak pergi kepada selimut di mana engkau tidak mengenalinya serta teman di mana kamu belum biasa. Maka hendaklah kamu menjadi tanahnya, tentu dia akan menjadi langitmu. Hendaklah kamu menjadi atapnya, dia akan menjadi tiangmu. Hendaklah kamu menjadi umatnya, maka dia akan menjadi ‘abdmu. Jangan kamu merenungnya sehingga ia melepasmu dan jangan pula kamu menjauhinya sehingga dia melupakannya. Jika dia mendekatimu,dekatlah kepadanya. Jika dia sedang menjauhimu,jauhilah dia. Jagalah hidungnya, telinganya, dan kedua matanya. Jangan sampai dia mencium darimu melainkan yang baik. Jangan sampai dia mendengar melainkan yang elok. Dan jangan sampai dia melihat melainkan yang indah”




Pelamin indah taman baiduri
Bilik tidor harum mewangi
Santapan enak tetamu dirai
Mempelai tersenyum girang dihati
Sudah dapat idaman dihati
Kepala tidak pusing lagi.

Heheheh….hehehe….hehehehe…
…………………………………..
Bumi kering kemarau merata
Padi ditanam menjadi lalang
Hati gelisah jiwa merana
Kekasih hati dikebas orang

Huhuhu …huhu…huhuhu



masih berbulan madu.....