Tiada ruang yang terdamai,selain ruang ini
Mata yang memandang terasa penuh sinar
Telinga asyik mendengar lagu merdu
Hati penuh tenang
Disini
Tiada beda tiada beza
Khusyuknya membersih hati
Asyiknya menyuci jiwa
Tawaduknya menyerahkan diri
Perjalanan penuh pengorbanan dan kesabaran
Terasa persamaan ,terasa keamanan
Untuk mencapai keredaanNYA
Bersatu gagah atas kekuatan akidah
Rugilah
Kepada sesiapa yang belum mendapat serunya
(walau dah tahap WAJIB !!)
Syukur
sesiapa yang menyahut panggilanNYA
sesiapa yang menjadi tetamuNYA
sesiapa yang memandang rumahNYA
Semoga mendapat Haji Mabrur.
Rindunya tak terucap
Inginnya tak terkata
Tiap detik kupanjatkan doa
kenangan TERINDAH enam tahun lalu
walau tekadku dah tersasar
janjiku pasti
Akan ku kunjungi semula bumi suci itu
bersama Amal Dan kekuatan Iman.
Insyallah!!!
Labbaika Allahumma labbaik,
Labbaika laa syariikala labbaik,
Innal hamda wan ni’mata
laka wal mulka laa syariika lak..
p/s – semalam 60 orang bakal jemaah haji terkandas di Teminal Tabung Haji. Tiap tahun ada sahaja kes seperti ini.Kenapa? Nampaknya masih ada yang menggunakan agama untuk kepentingan dan keuntungan sendiri..Alhamdulillah khidmat Pakej Swasta yang Ikan Emas gunakan dulu memang hebat!!
http://aksarapower.blogspot.com/2009/05/mai-pergi-naik-haji.html
Ikan Emas
17 Zulkaedah 1430
9 ulasan:
ikut giliran...
bestnye dpt g sana...heheh
iKAN eMAS......
Nostaljia silam pasti sentiasa segar ......apatah lagi pada yang pernah menjadi tetamu Allah........
Pak Pelandok doakan semoga segera dapat mengunjungi Tanah Suci semula.
Doakan juga untuk Pak Pelandok yang akan ke Tanah Suci pada 8 November ini......insyallah.
selamat pergi dan pulang untuk yg mengerjakannya..
terlalu mengidan utk sampai ke sana... sure utk berdoa agar taubatku diterima dan dikurniakan cahaya mata
rindu sgt..... tapi, saya masih menunggu tabungan untuk penuh
Semoga suatu hari saya juga akan jadi Tetamu Allah
1Zaaba,
Insyallah...
ez,
lagi bes kalu masa muda-muda ni pegi
Pak Pelandok,
Sy doakan moga mendapat haji yg mabrur!!
SiTedi,
sama-sama la kita doakan
Dairihatiku,
Jangan putus asa untuk beruasaha, doa dan tawakkal...Insallah, bulan madu puas-puas dulu
MakSu,
Insyallah ila kira dah ada niat ,rezeki pun sentiasa berkat .
Ckgu IMan,
Insyaallah...sila baca jg catatan lalu sy.Masa pergi dulu pun ramai jemaah muda-muda
1Zaaba,
Insyallah...
ez,
lagi bes kalu masa muda-muda ni pegi
Pak Pelandok,
Sy doakan moga mendapat haji yg mabrur!!
SiTedi,
sama-sama la kita doakan
Dairihatiku,
Jangan putus asa untuk beruasaha, doa dan tawakkal...Insallah, bulan madu puas-puas dulu
MakSu,
Insyallah ila kira dah ada niat ,rezeki pun sentiasa berkat .
Ckgu IMan,
Insyaallah...sila baca jg catatan lalu sy.Masa pergi dulu pun ramai jemaah muda-muda
Catat Ulasan