Jumaat, 13 November 2009

BuLan MenJadi Saksi CintaKu...

Betulkah kesetiaan, kasih sayang dan cinta boleh dijual beli? Boleh dipajak gadai? Betulkah KUASA boleh merobek segala rasa kasih, sayang dan cinta itu? Di manakah nilai sumpah janji dan lafaz akad semasa mengikat tali cinta masa nak ambil jadi suri dulu?

Samada benar atau tidak, inilah kenyataan oleh YB MP Shah Alam. ..kononnya nak jadi wakil rakyat PAS kena berbai’ah cerai talak tiga! ( Pimpinan tertinggi parti pun dok bagi warning kat YB Khalid Samad ni ...…. Elok la tuu , bagi dia sedar sikit, sebenarnya siapa wanita bergelar isteri ini ? ...senang-senang dia nak buat cagaran dan tebusan !! ..geram sungguh geram !! Cantik sungguh skrip yang dilakonkan oleh orang -orang dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam ni.

Nasib seorang wanita ! Begini murah nilai dan harga diri seorang wanita di mata mereka ini. Kenapa mereka sanggup begitu? Isu kahwin cerai bukan seperti permainan catur.Nampak sangat mereka memperguna dan mempermainkan hukum agama demi kepentingan diri dan kuasa . Mereka sanggup mencagar hak milik yang mereka akad disebabkan kelabu dengan kuasa. Rendah sangat martabat wanita di mata spesies ini.Syukur kita hidup di negara yang turut mengiktiraf jasa dan khidmat wanita samarata sebagaimana kaum lelaki. Cuma mereka ini saja yang sempit fikirannya ...kesian !!

Bagaimana pula kalau calonnya wanita? Apa pula bai’ah dan takliknya? Kena cerai jika tinggalkan parti? Atau berbai’ah kena lepaskan jawatan jika tak izinkan suami nak kahwin lagi?...Kak Jem mesti marah-marah dengan isu ini? Apa komen ?

13 ulasan:

cikceriacorner berkata...

emm..terukla mcm tu..agama dijadikan mainan politik..xpatutla..

ikan emas berkata...

ez,
jgn la kawin dgn org camni..

Kang nasir berkata...

salam
kenapa tak disiarkan kat akhbar huruHARAKAH,

ikan emas berkata...

Kang ( kena sekali sebut jer tau...),

Siar dlm harakah?
jawabnya mesti mem2 isytihar perang dunia ketiga lak...baru yer PRK besar-besaran

jamaliah berkata...

mau tak mengamuk......meh la masuk kak jem punya blog....lihat apa pendedahan yang terbaru.....kak jem dapat....kepada semua yang bertandang di arena IKAN EMAS...meh ramai2 menyokong kak jem.....di http://ohbaganpinang.blogspot.com

jamaliah berkata...

ni seorang isteri bukan semurah lafaz bai;ah talak 3 PAS.....

" Wanita....insan yang lembut..mempunyai ciri ke ibuan....WANITA perlu dijaga....bukan dianiaya........"

zino berkata...

macam macam...

ikan emas berkata...

Kak Jem,
tetntu kak Jem ni wanita dan isteri yg solehah kan!
Kekwn,
mai kita ramai-ramai lawat Kak Jem..

Zino,
sy tetap lawat blog anda.
nama pun hidup , macam-macam ada

Pok Li berkata...

Dunia akhir zaman. Macam-macam kak oooi

lagenda berkata...

Salam Ziarah.....

Mencampurkan politik dengan institusi kekeluargaan tidak sepatutnya berlaku.Tak kan Tok2 guru tak tau kot tentang ni .Sampai nak kena talak 3 pulak tu.Dunia akhir zaman.......

ghostWRITER berkata...

Ikan emas,
ermm...apapun aku nak gitau perkahwinan aku pada 6 disember 2009 ini tiada sumpah baiah dibuat.. sebab syg ikatan suami isteri beb! Dahla sekarang bukan mudah untuk nak dapatkan kebenaran kahwin. Kebenaran nikah luar daerah makan masa 3 hari proses. Kebenaran nikah untuk pihak pompuan kena ikrar, dan proses 2 minggu. sebelum tew dengan kursus khwin dan sebagainya. masuk politik, ikatan perkahwinan digadai...Anak dan bini jadi taruhan idea politik singkat PAS.

ikan emas berkata...

Eh..hantu pun pandai nikah kahwin jgk?
boleh ler ikan emas jd pengapit?

ghostWRITER berkata...

hantu pun pandai khwin untuk menghalalkan hubungan dan bagi mendapatkan keberkatan dari Allah SWT.. Hantu pun blaja agama ikan emas.