Khamis, 19 November 2009

Aprisiasi Kepada Kekawan

Cerita 1;

2-3 menjak ni banyak cerita fasal penjawat awam .Masa bajet dulu dapat la RM500 bagi pegawai P&P .Kumpulan sokongan dah dapat dulu daa. Kecoh la juga Cuepacs yang mewakili hampir sejuta penjawat awam yg terus berusaha nak dapatkan bonus pula.Ada juga yang tak setuju.Bagi ikan emas yang keje gomen ni tentu suka hati kalau ada bonus,tak ler asik dengar kekawan lain dapat bonus 6-7 bulan.Meleleh juga air lior dok tengok depa joli mekan angin hujung-hujung tahun ni.

Cerita 2;
Nak tulis juga fasal hujung tahun 2009 ni ramai sungguh kekawan ikan emas yang beralih meja, ada yang beralih bilik, ada yang beralih angin!.Ada yang gembira sakan sebab naik pangkat...dah tu kekal kat tempat lama.Ada juga yang terpaksa tukar tinggal anak bini.Tapi ada juga yang makin pening! Dah la tak dapat naik pangkat kena tukar jauh demi kepentingan perkhidmatan awam!!

Ada yang kat tempat lama hanya jd org no. 2 atau tiga sekarang dah jadi no satu . Ada pula yang dulu megah bangga jagi bos no. 1 oedr sana oder sini ,sekarang jadi no 2-3 atau ......kesepuluh. Semuanya demi ”Berkhidmat Untuk Negara’!!! Ada yang sedih kena tinggal, ada yang ceria dapat sebab bos baru.Apa jua, ikan emas nak rakamkan tahniah dan aprisiasi kepada kekawan,bos-bos atau anak buah yang naik pangkat,yang tukar ,yang mai masuk kat sini.Yang dah keluar jabatan tu...anda sebenarnya dah jadi ’duta’kita.Kat mana pun kita..visi dan misi tetap sama.
Cerita 3;
Borang nilaian prestasi dah mula diisi...........????????

21 ulasan:

Unknown berkata...

Sebenarnya banyak lagi yang diperlukan oleh kakitangan awam selain bonus. Antaranya rangsangan semangat untuk hadir ke tempat kerja. Rata-rata lemah semangat kerana suasana kerja yang langsung tidak kondusif.

ikan emas berkata...

nuar,
'ransangan ke tempat kerja'-benar kekadang manusia-manusia di sekeliling jg melemahkan semngat kerja.

.....aku dan mereka..sdg dlm pemulihan

Ashley Ahmed berkata...

Salam,

bonus seharusnya berdasarkan kualiti

ikan emas berkata...

Junah,
oh gitu yer..

nohas berkata...

rezeki masing-masing..apa-apa pun bersyukur masih ada kerja,tiap2 bulan..masyuk..

ikan emas berkata...

Nohas,
betoi,betoi,betoi..
masih bernafas dgn leganya...Syukur!!

arizWanmerahs berkata...

Masing2 punya rezeki. bersyukurlah kita...

ikan emas berkata...

Merah_s
;Sentiasa bersyukur,berkat rezeki yang dinikmati

Pn Kartini berkata...

Salam..
Apa2 kita buat seikhlas t/jwb kita..InsyaAllah..berkat segalanya..:):)

::FAIZ:: berkata...

Susah nak cari kerja skang. Kalau dapat kerja tu kira bertuah & beruntungla sangat. Apa2 kerja asalkan Halal.(Takut makan rezeki tak halal, nanti masuk Neraka).

Tanpa Nama berkata...

1. Dapat bonus atau tidak.. prestasi kakitangan kerajaan tetap tidak akan berubah...

2. kalau nak bagi bonus ikut KPI? Sudah tentu yang kaki bodek itu selalu dapat highest marks!

3. Cuepacs tidak berfungsi sebagai penjaga kebajikan kakitangan awam. kerja dia mintak bonus dan bonus dan bonus. Mana dia hasil keputusan kes kakitangan awam yg ditindas? senyap saja. Cuepacs tidak lagi relevan, patut dimansuhkan.

4. bonus patut diberikan kepada pegawai gred 41 ke bawah. yg atas2 tu dah kaya bangat! takyah nak bagi.

5. ini cuma pendapat saya saja. jgn nak laporkan plak.

ALLAH MAHA PENCIPTA berkata...

ku penjawat awam

ikan emas berkata...

Media cyber,
tu pendapat anda sj..mgkn ada benar mgkn ada yg kena fikir byk kali...

ko jeles ke kalau kita dapat bonus? leh jg kita belanja.

Kraze,
t.kasih bertandang. Tingkatkan prestasi dan imej penjawat awam!!

IMANSHAH berkata...

Saya juga yang tak dapat tukar..hukhuk

Yunus Badawi berkata...

Kerja gomen walaupun tak dpt bonus tahun ni banyak kemudahan lain yg tak dinikmati oleh mereka yg kerja swasta atau kerja sendiri.

Tak kira di mana kita bekerja, yg penting niat nak beramal jariah dgn hasil kerja kita dan sbg sumber rezeki utk keluarga. Itu pun dikira ibadat.

FaridRashidi.Com berkata...

Salam,

Jemput baca! sila ke url:

http://www.faridrashidi.com/2009/11/24/bawa-bersama-khasiat-habbatus-sauda/#comments

Minangz Boy berkata...

biar arrr kita tak dapat bonus
sesekali kita berkorban demi tanahair ni apa salahnya
dulu lagi ramai yang berkorban tau.....
apa pun bagi yang naik pangkat....TAHNIAH
esok lusa rezeki kita lak yerrr

en_me berkata...

salam aidiladha ..

arizWanmerahs berkata...

Salam AidulAdha, semoga engkau sihat n teruskan perjuangan..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

ikan mas... betul kata awak tu. masam manis kerja gomen lagu tu lah.

gondangmas berkata...

hujung tahun kursus pun kena gie gak wpn dekat H/RyQ.