Datuk Bung Moktar yang bininya cantik molek gebu montok tu tetiba dapat idea nak bangkitkan kehangatan di Dewan Rakyat dengan mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakkannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Macam tak ada isu lain yang lebih dasar untuk dibincangkan..Jangan marah kat YB ni..sebab di Kinabatangan kemalangan kat sungai pun banyak..jalan raya pun banyak yang tak elok lagi..
***************************************************
INI MERUPAKAN ENTRI lapukberhabuk YANG IE TULIS DAH LAAAMA DULUUU. BILAN BUNG BANGKITKAN ISU INI..TERINGAT PULAK. MAKA APA KATA KITA ULANG KAJI ..
Waa..Pompuan la tu..haa prejudis terhadap kaum wanita . Atau sekadar persepsi ? Akhirnya kuterima juga surat darinya ni..aduhai ,konon ingat terer beno tak kan dapat surat-surat yg macam ni.. terima aje laa..esok2 ku p la jumpa dia org yg nak sangat tengok macam ne aku ni…tak pasal2 terbang duit aku kena bagi kat depa.
Ayatnya cintannya berbunyi begini “ Pemandu kenderaan motor nombor pendaftaran…….dikatakan atau disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor tersebut di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987….bla, bla..bla…. Padan muka aku..selama ni ingat Highway Sban-Kl ku dah hafal mana tempat-tempat yg ada camera speed trap, kena jugak! Tapi nak Tanya la kat kekawan.. Apa reaksi anda bila tengok yang memandu dalam situasi begini ;-
- Asyik-asyik tekan break.. ada corner tekan break, selekoh sikit tekan break ,sian pulak tengok lampu break tu.
- Bila kat simpang, tetiba je ada yang celok tak bagi signal nak masuk kiri ke kanan?
- Tengah2 jem giler dalam 3 lorong ni, ada hati la kiter nak masuk line kanan ke o kiri ke..ehh hampeh kete sebelah ni tak bagi peluang langsung ..
- Satu lagi…terhegeh-hegeh kejap kiri kejap kanan ..lembap semacam jer.
- Kalau depa nak motong kiter ,layan dia jer..sop sap..kadang2 signal pun lupa.
- Haa…kat depan ada ‘bumper’ yg kete tu dok laju giler je…
- Ada lobang,lopak pun hentam langgar aje.
- Tgh jalan kat highway..orang dah kata kalau nak makan angin jalan la kat lorong kiri, tapi depa ni syok pulak kat lorong tengah..tu pun leh tahan lagi..kdg2 lorong kanan…selamber dek jer .
- Bila dah leka makan angin atau berhati-hati sampai pegang stereng makan nak tegang lengan tu..ada pulak abang pon pon bagi horn..hoi..apa ingat sper ? nak lawan ?..siap bagi signak buku lima lagi ..manis tu..kalau yang blue yellow ??..hah kau ??
- Kalau parking tu..main letak jer tak kawasan paip bomba pun depa masuk..kalu boleh nak bawa kete tu masuk dalam kedai yg depa nak p shoping tu.
- Ehh,ada kereta terbiar kat tepi jalan ,pancit..sape punyae kereta daa.
- Kalu depa yang tua bawa Merz mesti mamat akan cakap yg tu mesti bini millioner tapi kalu muda pulak depa dengki kata yg tu mesti ada yang taja..
- Ehh ..sempat pulak masa tgh pegang stering depa make up,calit eyeshadow,lipstick, tadi kat rumah tak sempat,sebok bancuh air utk laki..
- Bila pe-pe hal jadi kat tengah jalan…ha panic macam ner ni?apa nak buat ni? Mana nak bukak bonet enjin ni?Ntah2 minyak yg abis … Tapi tak pe ramai balak yg tolong.
Opps..ikan emas tak termasuk dalam kategori –kategori merapu ni..
Haha…kan dah kata mesti ada yg jawap ’ TU MESTI POMPUAN” Sabar lah .jangan la macam tu..sebenarnya pemandu wanita ni berhemah, bersopan, berhati-hati.. tak caya? Tu yang banyak accident tu kan ke sebab pemandu lelaki!!
Kereta ikan emas pun dah terguling-guling 2-3 kali disebabkan pemandunya jejaka..sabar,sabar.
8 ulasan:
mmg tension beb bila kita memandu dan bhdapan dengan manusia yang ikan emas cakap tu...tarik nafas panjang jelaaa...tapi bukan nak prejudis, cuma kebanyakan yang dok 'kurang cekap' bawak kereta ni mmg trdiri dari kaum wanita...nak buat mcm mane..dah lumrahnya macm gitu...kalau yang 'cekap' lak, dia teror mengalahkan michael schumacher...kita lak naik ngeri dibuatnye...cuma satu perkara yang sering baijaybee amalkan ialah apabila nak bertukar ke lorong yang lain pastikan kita bagi 'signal' lebih awal, bukak tingkap hulurkan tangan dan apabila dah tukar lorong, angkat tangan atau 'hon' sbg. tanda terima kasih...kalau pemandu tu x bagi gak kita masuk...mmg dia tu 'mangkuk'.....
Eh saya pun sangat berpersepsi sedemikian. Buat bersangka buruk, tetapi itulah yang selalu dihadapi sekiranya membuntuti kereta pemandu wanita. Maaflah.
salam
kemalangan tak kenal siapa..tapi memang admitla yang selalu buat eksiden pun lelaki jugak
*menyirap tengok orang bawak kereta sambil sms...
kalam melayu disuluh zaman
kalam adat ditengah halaman
......sebagai peringatan " PATUHILAH UNDANG-UNDANG JALAN RAYA" ...tak tau nak sambung apa pantun ni
perempuan yg selalu buat hal camtu tapi yg eksiden lelaki jugak..
iklan percuma : nak tau rupa bentuk Perodua MPV? layari Adik4ever.co.cc
Helo ,
Mana puteri-puteri tak nak tolong ikan emas ke?
bjb,
sopannya u yer!
Nuar,
tu sebab si suami tak nak duk sebelah kalau isteri yg drive kan...hehe
Z,
sy pun biasa buat kes tu..bila dah jem kereta pun tak gerak-gerak...hilangkan boring.
anak minang,
kalau layu janganlah dilayan
kalau malas jangnlah dipinang..hentam je la jang!
adik,
teman tau u mmg pilot hebat!
Elehhh... sapa cakap driver pompuan tak terer! Ingat driver pompuan je yg terkemut2 kat jalanraya. Driver lelaki pun ader gak bawak kete 40kmp je. Kirana suke sgt nak hon diorang nih! Siap drift lagi depan diorang. Bukan ape, nak menunjuk2 skit!
Nak balas gak pantun si anak minang nih:
Pagi-pagi drift ke kota,
Sampai ke ofis terus wat keje,
Bersopan-santun di jalanraya?
Elehhh...tau tapi ilang ingatan jap je!
Salam,
betul kata kirana tu.
lelaki ni memang ego,sebenarnya mereka yang teruk semasa memandu.
Catat Ulasan