"Saya ni kalau tak terpaksa tak kan ambik pembantu rumah". "Dah la kerja sorang,gaji pulak cukup makan aje, anak sekolah ". Bla bla bla .. "dia lain la menteri, nak gaji 10 orang pun gomen yang bayar gaji" ( yang ini dialog ikan emas yang tambah ).
Itu dailog yang tiap hari Kak S cakap kan terutama bila ada syor nak bagi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah. Tak kira nak panggil apa, amah ke , pembantu rumah ke ? maid ke? Apa-apa je laa..kejenya tetap sama.
Kebetulan isu ini timbul semasa orang gaji Kak S balik ke Indon.Khamis lepas Kak S dah masukkan RM7,000 ke akaun orang gajinya itu. "Harap-harap dia akan balik la ke sini lagi.." . "mampuih aku". Jelas kerisauan di muka Kak S..."rabak lg RM5,500" .Selain daripada gaji bulanan,Kak S juga menyediakan bilik khas,makanan,alat keperluan diri,jamu malah seluar dan baju dalam pun Kak S yg belikan.Senang sungguh jd pembantu rumah ni.
Kak S antara majikan yang terpaksa menggunakan khidmat amah dari Indon.Suaminya sakit sejak kena accident. dah dpt medical board pun.Kak S hanya PTR .Tak de anak kecil tp masih sek men.Gaji hanya mampu nak belanja harian .Maknanya dia mmg TERPAKSA dan sangat memerlukan pembantu utk mengurus rumah nya serta menjaga suaminya ketika dia pergi bekerja.Bab masak-masak ,itu tetap Kak S yang lakukan.
Dulu saja dia dah habis RM10,000 utk dptkan pembantu dari seberang. Syukur sekarang dia dapat amah yang setia dan boleh dijadikan kawan. Namun dia risau sekiranya suami org gajinya ni tak benarkan neng ni balik semula ke sini semula...
Persoalannya wajarkan syor oleh YB Menteri Sumber Manusia itu?
Ikan emas sering menjadi pengintip dan cuba berbual-bual secara sembunyi dengan pembantu kedai ( Indon laa). Rata-rata menyatakan selain keja di kedai ,mereka juga kena uruskan kerja-kerja di rumah majikan dan kadangkala di rumah mak dan adik beradik lain pulak. Kerja dari subuh hingga tengahmalam.
Ada juga diceritakan mereka tak dapat sembahyang, makan pun tak tentu halal haramnya.Semua pergerakan dikawal.Didera dari segi bahasa, mental dan fizikal. Malah ada yang jadi habuan seks majikan.Memang kesian.!!
Tapi ini mungkin sedikit berbanding kelegaan dan ke’relax’an yang dirasai oleh ramai amah yang lain..tika majikan pergi kerja apa yang mereka buat ? cuci longkang atau cuci mata kat sinetron Intan? ,layan anak atau layan telepon? Masak ? ..rata-rata pembantu rumah tak masak pun ..hi tak cukup rehat lagikah?
Hanya 50 kes dera pembantu rumah sahaja yang dilaporkan..berbanding kes-kes di mana agensi menipu, pekerja menipu, larikan barang, tinggalkan anak kat rumah,ikut jantan lari, malah banyak kes juga bawa lari laki majikan !!! hiss ..hiss..Kes benar , ada amah buat kek yang siap berisi barang kemas..akhirnya terkantoi bila kek berkenaan tertinggal.Ada yang sorokkan barang kemas dalam lipatan jahitan kaki seluar jeans mereka..
Macam-macam kes lagi yang semuanya membuat majikan rasa tertekan dalam terpaksa menjeruk hati dengan karenah orang gaji tetapi mengenangkan keperluan maka semuanya ditanggung dan dipendam.
Alaa setakat kes Normala Bonat atau Siti Hajar dah sampai kita nak ubah peraturan buat apa ? Sepatutnya fikirkan bagaimana peraturan yang boleh menjaga majikan juga.Bagaimana tindakan terhadap agensi penipu,bagaimana tindakan terhadap amah yang lari? Sekarang mereka hanya hormat dalam tempoh tiga bulan ..lepas tu ?
Apa yang pembantu rumah buat semasa cuti satu hari itu?
- Biasanya cuti hari Ahad-hari tu laa..majikan memerlukan khidmat mereka untuk cuci kemas rumah dan bantu masak untuk keluarga.
- Hari minggu pergi bercuti..nak ikut atau tinggal kat rumah ? ..tu pun dah rehat namanya.!
- Cuti hari biasa? Habis tu..majikan yang bekerja kena ambil cuti pulak?
- Dia orang ni cuti nak pergi mana?..jumpa suami? ..ok laa,tapi kalau mereka pergi lepak..ronda-ronda..jumpa orang yang ntah siapa ..( pembantu rumah ni biasanya bukan yang cerdik sgt pun.
- Atau mereka buat kerja ’part time’?..kat mana ? kat rumah orang lain ? atau kat rumah urut?
- Siapa yang nak memantau mereka ini? Selama ini siapa yang bertanggungjawab ? bukan Imigresen, bukan Mohr, agensi pembekal pekerja puan asyik melarikan diri shj terutama habis tempoh tiga bulan.
Kenapa kita terlalu berlembut dan sering mengaku seolah-olah semua majikan di negara pendera?? - Khidmat Pembantu rumah bukan hanya nak jaga anak kecil..ada yg kena jaga orang tua, orang sakit atau sekadar mengemas rumah..
- Wajarkah passpot diberi kepada mereka? Visa mereka biar majikan yg urus utk diperbaharui.
- Kenapa tak ambil sahaja amah dari negara China untuk bekerja dengan majikan China atau pekerja bukan Islam untuk majikan bukan Islam.Dalam hal ini kita kena prihatin dan perlu menjaga imej negara Islam.
- Lambakan pekerja asing di negara ini banyak meninggalkan gejala tak baik...dah banyak yg tau dan sedar isu ini.
- Benarkan pembantu rumah yang agak cerdik sikit..kalau terlebih pandai pun tak boleh jg sebab mereka pula yg akan mencabar kita.
- Majikan dibenarkan menemuduga atau menilai dulu pekerja yang akan dibekalkan kepada mereka
- Kenakan hukuman yang setimpal kepada pendera ..contoh kenapa kes majikan Normala Bonat ni tak selesai lagi?
- Jiran kena prihatin juga..pasang telinga,celikkan mata mendengar dan merenung amah yg bekerja di kediaman kawasan kita.Ambil tindakan yang sewajarnya jika ada keadaan yang mencurigakan.
- Nak minta kerajaan wujudkan pusat komuniti bagi menjaga orang tua atau orang sakit atau anak kecil? ..mungkin ini sesuai kepada orang kaya atau berpendapat tinggi tetapi bagaimana dengan golongan sederdana dan tak mampu nak hantar dengan kos yang tinggi?
p/s: Ketabahan dan kesabaran Kak S memang sesuai dengan namanya.. semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan dan cahaya kepadanya untuk terus menghadapi cabaran hidup ini.
10 ulasan:
Dilema isteri/ibu bekerjaya, asyik memendam perasaan shj - kerenah suami, anak2 & pembantu rumah + kerja..susah nak jadi superwoman & ibu mithali ni..
Nohas,
tak perlu jd super..takut nanti terbng pulak!!
tu la dilema perlunya pembantu rumah,
cuba kita offer dan cari dikalngan orang kita sendiri.....dapat juga bantu mereka yang susah dari kampong dan pendalaman....yang tercicir sekolah dan dari keluarga yang benar-benar susah serta amat daif penghidupan mereka.
Pembantu luar ini.......bukan nak kerja sangat...banyaknya lebih nak enjoy dan cari duit sahaja.
Salam kenal.
Mmg susah mereka yg memerlukan pembantu rumah utk menolong urusan harian. Nasib baik isteri saya surirumah sepenuh masa hehehe
Salam tuan rumah..sib la acik nih tk mampu pakai neng nih..klu tak..ponin la paler cam kak S..
Acik stuju dgn pandangan akak ikan emas nih..yg kener dera, cipot je...10 org kener dera..10,000 lagi senang lenang...
riuh nyer, cam smua bibik Indon yang kena dera. Majikan yang kener dera tk pulak nak heboh2...
Layanan baik orang kita kat diorg ni tk pulak nak di war-warkan..
Moga mereka yang dtg ke negara kita ni bebetul nak carik rezki..bukan nak carik pasal. Dan moga orang2 kita mlayan pembantu rumah mereka seperti melayan manusia. Jgn seperti layan binatang pulak..bio la beperi kemanusiaan...sbb kita sesama manusia.
kami ada dua kali pengalaman dengan pembantu ni.. kedua1 nya tak berapa manis.. kelat je.. so sekarang kami tak perlukan pembantu.. lebih selesa hantar kat rumah baby sitter yg duduk berhampiran
cadangan pengambilan maid dari china tu maybe ada senang sikit dorang nak guna sebab tak timbulnya isu halal dan haram. Maybe macam tu la kot berbanding dengan maid indonesia yang majoritinya muslim. Entahlah, kan bagus jika kerajaan ajak rakyat bincang bersama-sama. Tapi bila kerajaan buat bancian, sejauh mana rakyat akan memberikan kerjasama?? bila ada saja pegawai banci bertugas di mana-mana kawasan ingin menemuramah mengenai apa2 saja isu, first thing they will say is ...
"tak mau.. tak mau.. No salesman!"...
padahal pada masa itu pegawai tersebut hanya membawa Sebatang pen, skeping kertas dan pakaian office.. takkan nak buat bancian pakai pakaian yang ntah apa2 kan???
sana ada silap.. sini pun ada silap... nak perbaiki hal ini.. haruslah dari dasar. jangan memandai2 buat keputusan sendiri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat sendiri .. setiap menteri harus tau tentang ini.
pe le nak bagi cuti lak lagi le naik muka demo, cian kat sabar ,bawa bawak lah bersabar tuhan sentiasa bersama kita ,teman amat amat lah simpati
Pelupe,
betoi,betoi..kita jer yg terhegeh-hegeh..
Zino,
Dpt bygkan bgmana u angkut baby tu pg ptg...hehehe, janji hati senang !
Med,
Org nak cari glemer !..pasni apa lak isu dia nk bawa..
nam,
mmg sian kat kak S ni..mcm-mccm dugaan dia.
Pak Pelandok,
Teringat kelmarin ikan emas dating gan PokLi makan daging pelandok tau!!
YB,
kerja surirumah lagi teruk n tak abis-abis! berapa gajinya?
Catat Ulasan