Jumaat, 12 Jun 2009

Kamar di lebuh raya

Tambang bas biasa, ekspres naik 10 sen
Oleh Ziauddin Sharuddinmailto:Sharuddinzia@bharian.com.my








NAZRI berbual dengan penumpang, Yaakub Amin Jaafar, 55, dan Samah Samad, 37, ketika meninjau stesen bas dan teksi di Terminal One Seremban, semalam.


Ganti surcaj 30 peratus pada musim perayaanSEREMBAN: Surcaj 30 peratus bagi bas henti-henti dan ekspres yang dilaksanakan pada musim perayaan tahun lalu akan ditukarkan kepada kenaikan tambang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Sehubungan itu, katanya, kadar kenaikan tambang bas henti-henti dan ekspres yang akan diumumkan tidak lama lagi hanya menyaksikan kenaikan 10 sen atau tiada sebarang perbezaan. Sebagai contoh, katanya, kadar tambang bas dari Seremban dan Kuala Lumpur sebelum musim perayaan tahun lalu adalah RM4.70 dan selepas dikenakan surcaj RM1.30, kadar tambang yang dikenakan terhadap penumpang ialah RM6. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090609233442/Article/


Sebenarnya ikan emas malas nak bagi komen atau maklumbalas atau ulasan terhadap ayat-ayat ini.Nanti bulan Sept bila harga minyak naik, ada lagi isu-isu macam ni.


Bila cerita bab bas Sban-Kl ni timbul maka ,terkenanglah semula nostalgia 6 tahun ulang-alik Sban-Kl ,tak jemu,malah menyeronokkan dan macam-macam cerita ceriti kisah yang boleh buat tersenyum sendiri. 2 tahun pertama,setia memandu.Tetapi selepas 7 kali kes tayar pancit ,termasuk kena pada jam 3 pagi ,ikan emas cuba sekali sekala naik bas.Ambil pas bulanan,tapi hanya 8 hari guna..Lainnya kerja luar atau si pilot botak tu setia tunggu.


Tiap hari agaknya berapa ramai yang ‘berkamar’ di lebuhraya? ..seawal pagi menyambung mimpi.Petang tepat waktu 'pemandu dah menunggu utk sedia 'kamar' perjalanan balik . (Ikan emas selalu ibaratkan perjalanan Sban-Kl ini sebenarnya sebagai terapi minda dan kaedah release tensen..TINGGALKAN SEGALA KEPENATAN DAN MASALAH DI DALAM BAS ,segar bila sampai ofis!!- mungkin ini sebab ikan emas lebih selesa masa kerja di Kl) iye ke?


Seawal 6 pagi Terminal One dah sebok.Ada lebih 20 buah bas khas ke KL,Putrajaya,Shah Alam…tak termasuk bas harian dan yang naik komuter. Jiran-jiran ikan emas pun kerja di Kl jg.Mula-mula Abg Nasir keluar sebab kejar bas Mara,kalau naik bas ikan emas pastikan bas Felda atau Mindef yang bergerak jam 6.15 am..jiran belah kanan pula keje bank kat Jalan Tun Razak naik bas KLCC lewat sikit laa..


Kejadian dan kisah ?..banyak…macam-macam kisah,macam-macam kes!!


p/s: Sebagai usaha menambah kependudukan dan kepesatan pembangunan,Kerajaan NS menjalankan kempen ‘Berumah di Seremban,kerja di Kl.).Mai la beli rumah di Seremban,murah jer!

3 ulasan:

Unknown berkata...

salam
kenaikan tambang bas kena ambil kira masalah siswa juga.Sepatutnya golongan siswa patut diberi satu kad diskaun bila nak guna bas ekspress.Baru mesra rakyat sikit =)

hasellusiby berkata...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

ikan emas berkata...

phenomenon,
TK..akan jg ku ziarahi anda.

'masa kini menentukan masa depan'