Isnin, 8 Jun 2009

Aku anak Minang

"Esok ada perjumpaan keluarga ,kau balik ke?"

"Cadangnya balik minggu depan.Tapi rasanya minggu ni free."
"Aku memang teringin nak join . Tak pe la terpaksa la aku balik sorang aje"

Pagi Jumaat sepupu telepon.Usai kerja petang tu memandu sendirian balik kg…

Pagi Sabtu ke Pekan Sabak Bernam.Mesyuarat Agong dwi tahunan kali ke 3. Ditubuhkan tahun 2005. Ini kali pertama aku dapat bersama.Walau dah banyak kali bermesyuarat dan berbagai aktivti dan perjumpaan diadakan.Excited sgt.

Dikisahkan pada awal kurun ke 19 dulu semasa penjajahan Belanda di Indonesia,bagi menyelamat generasi dan keturunan mereka, pemuda 4 beradik telah dihantar berhijrah. Dari tanah Pagar Ruyung mereka akhirnya tiba ke Tanah Melayu..mendarat dan seorang daripada mereka meneroka tanah di persisiran Sungai Bernam. Perkampungan tersebut dibangun dan dimajukan.Tanah diteroka dengan pelbagai aktiviti pertanian. Masjid didirikan utk aktiviti ibadat ,ilmu dan kemasyarakatan .Pemuda tersebut namanya Abdul Samad. Yang 3 orang lagi tu tak tau ke mana ? ..tak diceritakan habis lagi...

Abdul Samad dikatakan menjadi hero dan mengetuai banyak misi , termasuk semasa menentang penjajah.Beliau berkahwin dengan gadis tempatan. Dapat 11 orang anak. Anak-anaknya kemudian berhijrah, ada yang membuka bendang di Sungai Besar,ada yang ke Teluk Mak Intan dan ke Lekir. Antara anaknya yang kemudian dikenali sebagai Mak Bidan atau Dukun handal dengan ilmu Pagar Ruyungnya ialah Alfah atau dikenali sebagai Tok Kepah.

Alfah ni dikatakan sebagai macam Ketua wanita laa..pakar rujuk dan heroin turut membuka banyak lagi tanah-tanah baru ( keturunan Minanglah katakan..wanitanya kental )Dia kahwin (tak tau berapa kali ) dan dgn Abidin bin Lanang. Dikurniakan 6 anak..Musalmah,Maizun,Mat Ali, Baharudin, Mensah dan Rahmah.

Waris Abdul Samad ni la yang menubuhkan Persatuan Waris Tok Samad ( persatuan induk) dan yang aku pergi mesyuarat pagi tu ialah Persatuan Waris Alfah dan Abidin..Alfah ni ialah Opah mak aku. Jadi aku ni dah generasi yang ke berapa ntah?

Kehadiran pagi tu tak sampai 100 org.Sedih,sayu bercampur gembira kerana aku dapat berjumpa ramai saudara mara, kaum kerabat aku. Malah ada yang aku tak kenal .( mereka pun ada yang tak kenal aku..).Kali pertama hadir ,banyak lagi yg aku nak tau tentang sejarah dan salasilah atuk nenek aku ni..Rupa-rupanya aku ni keturunan Minang. Tetapi kenapa tak de sorang pun sedara aku yang tau cakap Minang? Lepas ni kena belajar cakap Minanglah! ( ehh budak minang tolong ajar yer?)

Majlis pagi tu turut dilancarkan Buku Mengenai Salasilah Waris ini. Dah banyak aktiviti yang dijalankan.Yang utama ialah sumbangan tetap kepada tabung masjid di kampong induk.Berusaha membangun dan memajukan tanah-tanah yang telah diwakafkan oleh waris-waris Tok Samad dan Alfah ini.Jangan biarkan tanah-tanah ini terbiar.

Persatuan ini juga telah berjaya menjejak keluarga Tok Samad di Padang dan Bandung .Dah beberapa kali mengadakan kunjungan ke sana,berjumpa dengan generasi Tok Samad yang dah dapat dikesan . Malah mereka juga telah pernah berkunjung ke sini.

Sekurang-kurangnya Tok Samad dan Tok Kepah ni mesti bangga kerana generasinya ramai yang dah berjaya dan jadi orang yang hebat. Ramai yang dah jadi professional,usahawan ,ahli politik,pembaca berita ,artis (?) agaknya yang jadi guru dan doctor tu sebab ikut belah Alfah kot..aku jer yang tak der apa-apa..hehehe.

Lepas ni aku jadi cukup bersemangat untuk mengetahui lebih banyak mengenai cerita ini. Dulu masa kecik2 bila orang tua-tua nak cerita fasal susur galur keluarga malas dah dengar,tak faham ,kata mereka asyik berleter…

Nampaknya sekarang aku kena betul2 bagi komitemen sebab dah dilantik jadi AJK pulak…

Apa-apa pun aku tapik spring kat Pak Alang Sudin ( Dr. Shamsudin ).,Pak Andak Basri ( Cikgu Basri), yang dah uzur , Pak Andak Raman ( Cikgu ),Dato’ Ramli yang mengisi masa pencen dengan kerja,sumbangan dan usaha gigih mereka.Begitu juga lain-lain kaum kerabat aku yang tua mahupun golongan muda.Dari penyelidikan sehinggalah mengumpulkan keluarga besar ini.Malu pula rasanya kalau aku tak bagi apa-apa sumbangan.

Banyak lagi yang aku tak tau dan mesti dikorek dari mereka ni.Amat berguna untuk generasi seterusnya. Lagi pun kebetulan duduk kat NS ,nak siasat mana tau kot-kot ada kaitan dengan Minang di sini...

p/s: Kalaulah masa belajar dulu aku tau cerita ni,kan senang bila nak buat assignment Genogram Kerjaya Keluarga.

6 ulasan:

Unknown berkata...

salam
mengenali jati diri membuatkan kita lebih bersemangat untuk hidup dan bekerja

politikanakminang berkata...

bagus la tu bak kata orang tuo-tuo la....
bodagang sampai hulu
barang dagangan bonih secupak
berkampung bila terasa perlu
waris anak cukupla banyak
semangnya kito hari ni banyak yang tidak mengenali waris dimato.........jadi usaha tangga kejayaan, teruskan memartabatkan anak minangzzz.........bak kato pepatah lamo
Ado Kemenyan kalao dak diasap
Takdo gunonya..........

matahari berkata...

Orang sekarang nampaknya banyak dah lupa asal usul.Teruskan usaha

Lemang berkata...

Apakah anak minang ada dimana2 atau hanya di Perak sahaja atau pun tersapat dinegeri sembilan,tapi saya percaya mereka berada dimana22 tapi siapa yang sanggup menjejakinya seoerti dibuat oleh anak minang ini.Semuga ia berterusan walaupun hanya keseorangan.

Tanpa Nama berkata...

Salam rindu rinduan.
Chek tau ikan emas anak minang yang hebat jg.Petah bercakap.Pakar rujuk dan sentiasa sudi jd tempat mengadu.Lantang ttp tersgtlah baik hati.Dulu Chek pgl ikan emas ni kamus bergerak.
Semoga berjaya.Teruskan perjuangan menjejak warisan.

ikan emas berkata...

z,anakminang,matahari
t.kasih..kene kental jaga jatidiri.

Lemang,
T.k.Waris minang ni mmg berada di merata tempat.Mereka terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keusahawanan.

Yg tak bernama,
Sape yer?..jgn ler lambung sy smpai gitu.Tinggi dipuji tp ada yg dengki dan mengeji,sabar jer!Insyaalah perjuangan tetap akan diteruskan.