Jumaat, 30 Oktober 2009

Bicaralah Dengan Bahasa Hati


Tak ada musuh yang tak dapat ditakluk oleh CINTA
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh KASIH SAYANG
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh KETULUSAN
Tak ada kesukaran yang tak dapat dipecahkan oleh KETEKUNAN
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh KESABARAN
Semua itu mestilah berasal dari HATI



Bicaralah dengan bahasa HATI, maka akan sampai ke HATI pula.
Kejayaan bukan semata-mata betapa kerasnya otot
dan betapa tajamnya otak
Namun juga betapa lembut HATI kita dalam menjalani segala sesuatunya.


Kita tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan merengkuhnya dengan lengan yang kuat.
Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata MANIS.
Kita perlu mendakapnya hingga ia merasakan detak jantung yang TENANG
jauh di dalam dada .


Mulakanlah dengan melembutkan HATI
sebelum memberikannya pada sebuah KEJAYAAN !!



Salam sayang;

Selasa, 27 Oktober 2009

Berangan lagi laa tuuu

Suatu ketika dulu,si dara desa membawa hati yang lara meredah hutan belantara,menuruni lurah berliku, mengharungi sungai cetek dan dalam..berjalan dan berjalan ,dari desa ke desa ,hutan ke hutan , tetiba ia terjumpa sebuah perkampungan yang teramat;lah indah ,nyaman dan saujana mata memandang.. rakyatnya hidup penuh makmur. Tersergam megah sebuah istana bagai dicahayai sang rangbulan …..aduh, tetiba keluarlah seorang putera raja yang sungguh kacak menawan…..

Tak da apa-apa , inilah bayangan si ikan emas kala kali pertama menjejak kaki di Bandar DiRaja ( kalau boleh dikatakan bandar )ini beberapa tahun lalu…ber angan lagi lah tu!!!


dicatat di Istana Besar Seri Menanti

Jumaat, 16 Oktober 2009

Masihkah Kau Rindu.....


Masihkah kau suka
Hari ini manisku macam gula
Esok dah masam macam cuka

Masihkah kau cinta
Hari ini madahku tersusun kata
Esok dah terhambar nesta

Masihkah kau kasih
Hari ini senyum mengulas indah
Esok dah juling tersengih

Masihkah kau rindu
Hari ini aku anggun ayu
Esok dah terkulai layu

Masihkah kau angau
Hari ini lunakku bak buluh perindu
Esok ntah mengaum bak harimau

Masihkah kau sayang
Hari ini daku ibarat bulan mengambang
Esok dah macam hantu jembalang

Masihkah kau terbayang
Hari ini mahkotaku terurai mayang
Esok sanggul ku dah mengerbang

Masihkah kau ingati
Hari ini aku slim melidi
Esok dah sihat macam guni

Masihkah kau ingini
Hari ini harumku semerbak mewangi
Esok dah bau setanggi

Masihkah kau sudi
Hari ini sepatuku bertumit tinggi
Esok bertongkat tak mampu berdiri

Siapakah kita sebenarnya ?
Kenapa kita tidak mensyukuri apa yang kita miliki....


Khamis, 15 Oktober 2009

Sekadar melepas tensen

ramai yang kata memblog ni tempat nak lepas tension..

kalau dulu mengharungi lautan T.Kemang
sekarang mendaki bukit putus ke Seri Menanti.....

oleh itu,berikanlah ruang untuk ikan emas landing kat sini
walau hanya sekejap...



Selasa, 13 Oktober 2009

Dah Solosai-10 soalan untuk Abe

Ngundi dah solosai.Bulan pun dah terjunam ,terbenam terus jauh ke dalam laut T.Kemang. Orang PD dah lega, tak le yang memokak laiee. Kak Jam punye abe dah balik rumah ke? Kot melencong pulak?

Kak Jam, ini ada 10 soalan yang Kak Jam kena investigate kat Abe apa hasil yang dia dapat bawa balik dari PD …kalau kes sayang mesti dia jawab baik-baik punyer!!


1. Hutang nafkah kena tinggal 2 minggu dah lunas ke?

2. Berapa banyak awek pink yang dah Abe usha ? (sy ssh, kalau Kak Jam nak tau, buat takat usha, goda , usik , kena gertak, tengking pun Abe n geng buat …hotel kat PD banyak tau !!!)

3. Berapa banyak baju T,vest hijau, kopiah putih,Transforpas yang Abe jual tak laku? ( dengar kata byk lagi, leh bukak gerai pasar malam lepas ni)

4. Dah kaya ke tokeh yang suppy botol air yang Abe buat senjata perang baju biru? (hari ni koran kata lori yang bawa botol tu dah terbalik )

5. Mana peginya bendera,poster kaler hijau putih kat PD? .Tetiba aje hilang, nak bawa pegi PRK lagi ke? Kat mana lak lepas ni? (nak recycle la tu..)

6. Tanya kek Abe, mana tempat dia cop duit yang dia auta konon sedekah kat org PD tu? (nak buat duit raya )

7. Ada lagi ke dodol, rice cooker yang Abe tak sempat rasuah tu..boleh kita sedekah kek sedera di kampong .

8. Berapa ramai macha ,aci dan minachi yang dah mandram kat Abe sampai terjelepok Abe kat estet tu?

9. Berapa mangkuk darah sibiru yang Abe dah dapat nak buat pergi meminang Puteri Gunung Ledang?

10. Tanya lagi kat Abe, kenapa sibaju hijau dah tak sayang kat baju hijau lagi??

Soalan bonus ;

Abe dah bayar yuran aic ke? Nanti kalu lambat terliwat lak ( oppss…terlewat daaa)




skodeng Kak Jam asik kepit dengan anakmuda aje...hem skandal yek.Jeles tau!!

Ahad, 11 Oktober 2009

Gelombang Hijau Menang Sorak di Bagan Pinang



Gerimis pagi di Bagan Pinang. Suasana redup melambai kehadiran ribuan pengunjung ke pantai T.Kemang. Bas-bas pelancong no plat T ,K ..seawal subuh dah mula sampai ke pantai TK. berkopiah,berjubah ,muda tua..."Menyusahkan saja" kata orang kampung.

Dari pagi Ikan emas teropong tepat dari TM ke pusat mengundi SK T.Kemang. Laluan teramat sesak.Macam pesta.

Wow !! gelombang hijau menguasai ...gelombang biru baru kena hujan dah lemah...Habis cair makeup sang puteri. Muslimah hijau sebok berselawat.

Jam 11.00 35.7% dianggar dah keluar mengundi. Tapi ramai juga yang takut nak keluar bila tengok gelombang yang berlaku....

Sekitar jam 11.10 dah ada penyokong biru yang cedera ..siapa yang mula baling botol?? kata si biru sihijau yang buat hal, kata si hijau abang SB yang provok..
Malam tadi strategi tipu pengundi dengan duit palsu, pagi ni guna apa lak?

teropong lagi...gelombang hijau makin ramai. Mereka fokus ke sini ke? FRU dah readyyyyyyyyyy.

Jam 11.50, gelombang hijau-biru rehat kejap!!! penat ke? KPN pun dah turun...

tapi sihijau tukar shift...
Kempen terdesak.Awal-awal lagi mereka dah menang walau hanya Menang sorak!!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

LIBANG LIBU DI BAGAN PINANG


















Pagi yang hening,
rintik-rintik hujan membasahi bumi
diiring desiran ombak menghempas pantai...

namun kenapa masih terasa LIBANG LIBU.

Libanglibu
mataku bila melihat
dulu kawan sekarang dah jadi lawan
dulu puji sekarang keji

Libanglibu
jiwaku bila tau
tumbuk sana belasah sini
gaduh sini di sana gaduh

Libanglibu
hatiku
makin banyak yang menyogok
makin banyak yang meminta

Libanglibu
nafasku
sesaknya kereta dijalanan
padatnya manusia ntah mana datang

Libanglibu
telingaku bila mendengar
umpat keji jadi santapan
fitnah jadi kudapan

Libanglibu
warnaku
kejap BIRU
kejap HIJAU
Kejap DACING
Kejap BULAN

LIBANGLIBU. LIBANGLIBU, LIBANGLIBU
esok hari mengundi
Apa akan jadi????

Selasa, 6 Oktober 2009

Sang Kelembai bercanda di Teluk Kemang


Kali ni nak tulis fasal Sang Kelembai.Masa kecik-kecik dulu ikan emas banyak baca buku cerita fasal Sang Kelembai.Opah pun suka membebel cakap fasal Sang Kelembai. Katanya Sang Kelembai ni sejenis mahluk yang ganjil sebab ‘mulut masin’ dia tu. Sang Kelembai suka menegur benda-benda yang aneh atau yang dia tak suka. Dek kerana mulut ajaibnya tu banyaklah benda-benda yang ditegurnya .Ajaibnya bila dia tegur aje mesti benda tu jadi batu.

Ceritanya Pulau Dayang Bunting tu terjadi sebab ditegur dek Sang Kelembai la. Kisah Si Tanggang, Malim Kundang kat Aceh tu pun dek sumpahan mahluk ajaib ni. Banyak juga nama kampong yang diambil sempena sumpahan nya. Kampung Gajah kat Perak sebab Sang Kelembai menegur gajah-gajah yang buat bising. Sungai Bernam tu sebab Sang Kelembai tegur enam sahabat yang berenang . Ada banyak lagi kisah dan cerita fasal Sang Kelembai ni. Kalau sesape tau bolehlah kongsi.

Tu zaman dulu, now Bagan Pinang tengah glamer.Ada berita Sang Kelembai terdampar dan bercanda di Teluk Kemang.Semasa Sorang kawan belanja dinner semalam dia bawa ikan emas sembang dengan Sang Kelembai.Ala bukan umat ganjil tu tapi siblogger yang nama sobonarnye Zaharin Mohd Yasin. Orang Negeri Sembilan rupanya. Ternganga dan kombang jap ekor ikan emas masa sembang dengan Sang Kelembai ni. walaupun laut tilam empuk dah melambai,wayang mimpi dah mula nak ditayang tapi dek kerana kebecokannya celik bijik mata ni.Sesekali Ikan emas terkena juga sindiran sinis dan teguran tajamnya. Nasib bila kena tegur Ikan emas tak jadi batu! .

Walau sembang singkat namun banyak yang dapat dikorek dari ‘kamus politik bergerak’ ni.maklum dah jadi ahli UMNO sejak 1972 dan merasa juga kena pecat dari jadi ahli sebab ‘mulut ajaibnya” Banyak peristiwa yang berlaku depan matanya. Hebatnya dia sebab dia dapat mengingati tiap peristiwa.Patutla kawan yang sedang tulis buku fasal Tun Razak ni gunakan sang kelembai sebagai antara sumber maklumatnya.
Sang Kelembai yang ini ibarat seorang panglima perang yang hebat mengatur strategi. Sindiran berbisanya kenapa UMNO lemah selepas PRU lepas? Katanya kerana tiga sebab ; Organisasi, komunikasi dan marketing . ..bla, bla ,bla…….

...ironinya kenapa kat kempen PRK ni,kita masih dapat lihat berbondong-bondong Rexton dengan tuan punya berbaju linen atau gaya anggun wanita mengalas LV.Menghurung dan mengekori pak-mak mEnteri orang-orang besar .Senyum nampak mcm tak ikhlas,senyum paksa penuh gah nak tunjuk bangga dapat ekori orang besar! .Trend yang tetap popular bagi pengikut warna biru.

Bercanda dongan Jamaliah Becok

Maghin,ikan emas dah jumpo ngan akak jamaliah becok tuu. ( ohbaganpinang.blogspot.com).

Polik dalam pado dio tak suko ngan laki eh ,dio bulih berkopit siang malam ngan ‘kawan’ dio tu..Sebonar eh dio tu jeles nengok laki dio kulu kilir melalak merayu orang-orang betino kek Bagan Pinang ni supaya ngikut kumpulan dio. Ikan emas nengok akak jamaliah becok tu moncong ajo ,iyo la dah dapek laki macam tu, apo tak mengamuk kalau laki yang diharap setio dah sibok bekempen. Ntah apo-apo yang dibuek eh."Takcukup laie ko apo yang dah ado?", dulu maso anak akak dapek masuk universiti,Dato Mat Asan panggil makan bosa kek hotel Somban ,lopeh tu dio bagi duit saku. Anak jiran akak yang dapek bagus pulak dapek RM10,000. Huh ,sapo nak bagi?" Ada kawan akak yang dapek buek rumah mesra rakyat, baya sikit yo,maklum dio orang susah”…( ini ikan omas tranlate)Akak Jamaliah terus membebel



Sah Akak jamaliah ni memang becok !! tapi dongan badannya yang lontek, control ayu, kalau pakai kebaya tentu nampak pinggangnya yang godang lurus macam jalan higway poie PD . Patut laa laki dia asik angkut aje dia poie mano pun! takut kono kobeh dek lanun mata sobolah.Iyolah haa sekarangang ni kan ramai kroni peliwat menjongah kek PD ni.!! Akak Jamaliah, hati-hati ek !

ini ikan emas perasan!!!

Ahad, 4 Oktober 2009

Cinta Monyet


“Oh Faizal. Cari Rosie ye?”, salah seorang menyapanya.

“Dia ada?”, Faizal menguatkan suaranya.

“Dia keluar lepas Maghrib tadi’, suara itu menjawab sambil empunya diri menghampiri pintu pagar. “Kejap lagi balik la dia tu. Kalau nak tunggu masuk la”, lontaran suara itu semakin jelas.

Faizal melihat jam di tangannya. ‘Dah pukul 10.00. Nak tunggu ke tak?’, fikirannya berputar-putar, bagai putaran gasing. Ligat, tidak berhenti-henti.

“Dia ke mana? Dengan siapa?”, tanya Faizal. Dia turun dari motorsikalnya dan membuka topi keledar.

“Katanya ke pasar malam. Dengan kawan”, balas suara itu.

“Lelaki ke perempuan?”, tanyanya lagi sambil menolak motosikalnya ke halaman rumah itu.

“Kawan lelaki...”, jawaban itu bagai halilintar. Tembus ke cuping telinga Faizal. Dia berdiri di pintu. ‘Aku dah agak dah’, hatinya berdetik. ‘Mesti ada somebody else. Patutlah dia buat aku macam ni. Tapi apa kurangnya aku. Kalau setakat budak kolej perguruan tak ada lebihnya. Aku mahasiswa. Masa depannya lebih cerah kalau dengan aku. Tapi kenapa dia mengkhianatiku?, otak Faizal berputar laju sambil melangkah masuk. Selaju kipas angin di ruang tamu rumah sewa itu. Hatinya semakin panas, berbahang. Sejuk angin kipas bagaikan tidak terasa baginya.


.....................................................

Faizal masih tertanya-tanya kenapa Rosie bertindak begitu padanya. Bulan lepas ketika dia bertandang ke rumah Rosie di kampung, tidak timbul sedikitpun soal itu. ‘Kenapa tiba-tiba dia berubah hati’, Faizal cuba menelusuri hubungan cinta pertamanya itu.

Masih terbayang di matanya ketika kali pertama bersemuka dengan Rosie di perpustakaan sekolah. Ketika mula melabuhkan punggungnya di kerusi perpustakaan di meja yang paling hujung, Nana, rakan sekelasnya datang dengan wajah ceria, tetapi penuh persoalan. Akhirnya Faizal diberitahu yang Rosie hendak berjumpanya jam empat petang nanti.

“Katanya ada hal penting”, jelas Nana. Hati Faizal berdebar. Jam di tangannya baru pukul tiga. ‘Ah, lambatnya’, desis Faizal. Mereka berbual.


................ini kawan punya idea. Novel yang sedang disiapkannya.Hasil kisah benar... Ada watak ikan emas di sini...cuba teka yang mana satu?

Ehh...benar dikata orang.Cinta pertama amat sukar untuk dilupa.Apatah untuk dipadam. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat layan perasaan.Kalau lupa maknanya dah hilang ingatanlah!!! Nape orang kata cinta monyet yer?? Kita yang angau monyet lak yang dapat nama.


Jumaat, 2 Oktober 2009

Pusat Media PRK N31 Bagan Pinang


Salam,

Pusat Media PRK DUN N31 Bagan Pinang dah mula dibuka semalam. Kepada kekawan media jemputlah datang untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan kemudahan yang disediakan kat sini. Kepada pegawai-pegawai yang uruskan publisiti ,kat pusat ni kami sediakan ruang untuk mengadakan sidang media untuk pak -pak menteri mereka.

VIP pertama yang melawat dan mengadakan sidang media kat sini ialah YAB Menteri Besar N.Sembilan.Petang tadi beliau sempat berada dan meninjau kerja petugas media dan pusat operasi RTM.


Maklumat PUSAT MEDIA


Tingkat Bawah ,Hotel Mersa
Batu 7, Jalan Pantai -Teluk Kemang
Port Dickson.


Tel: 06-6627989
Faks: 06-6627985
http://media.inform.gov.my/e-press/

.....kepada wakil media yang nak bertugas tuuu,

semak Pas Media anda, ntah-ntah dah expired!!!


Khamis, 1 Oktober 2009

Apa yang dikejar??

Bulat anak buah, menjadi Buapak
Bulat Buapak, menjadi Lembaga
Bulat Lembagamenjadi Penghulu
Bulat Penghulu,menjadiRaja.

Dalam keghairahan raya di Bgn Pinang,semalam ikan emas masih sempat menyebok kek Sidang Media untuk Pelancaran Bulan Pertabalan…Sepanjang Oktober 2009 ada lebih 33 acara akan dilaksanakan sebagai tanda kemeriahan menyambut Istiadat Pertabalan raja yang menaungi negeri ini.

Uniknya Negeri Sembilan Adat Perpatih telah berjaya diamalkan di negeri ini. Jangan ingat adat ni bila cakap fasal kahwin atau fasal harta shj.Wahai anak negeri, mai ramai-ramai balik .Tengok bagimanana kemeriahan dan keunikan istiadat ini terutama acara pada 25-27 Oktober akan datang.Ikan emas dah tengok bagaimana istiadat pertabalan Yang DiPertuan Besar NS ke 10 yang diadakan 42 lalu ( tengok rakaman filem yang dbuat oleh FNM daa...rasa macam tengok tengok filem P.Ramlee pulak...)

Ehhh...Jang !! apo yang ekau koja tu ?? ...
nak koja Tan Sri Isa ke?
daa laa...dah banyak langau yang dok himpit dan mengekori TSI tuu..
lalang yang dulu dok tunduk dah mula tegak nak tgk TSI
tuu yang depa dok suka hati TSI jadi calon !!!

Buat apa tu??
amboiii...khusyuk dan tekun sungguh cik kak dua orang ni?
sungguh ikhlas dan dedikasi demi bangsa ,agama dan negara
walau semalam hampir menjadi mangsa gempa bumi!!
( Gegaran gempa di Padang turut dirasai oleh kami kek Port Dickson ni)