Rabu, 31 Mac 2010

Hulu Selangor...nak Melayu ke India ?????

Ini entri fasal PRK HS yg Ikan Emas suker baca...( Ghostwriter! bgtau GAP yg IE copy yer !!)


Berikut adalah kesinambungan kemenangan calon perikatan/barisan yang menang kerana
EHSAN PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR yang dipaparkan di blog GAP.


1959 ong yoke lin (BN) vs chai yoke kim (BEBAS) BN 6537 BEBAS 5121
1964 khaw khai boh (BN) vs nazar ong (FS) BN 9412 FS 4199
1969 khaw khai boh (BN) vs liong ah nai (DAP) BN 8278 DAP 6755
1974 michael cheng win su (BN) vs G davidson (DAP) BN 15323 DAP 5070
1978 michael cheng wing su (BN) vs leong ching hoe (DAP) BN 17670 DAP 4868
1982 lee kim sai (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 14138 BEBAS 6761
1986 ss subramanian (BN) vs mohd arif dato kamarudin (BEBAS) BN 19201 BEBAS 9281
1990 palanivel (BN) vs nazar yakin (S46) BN 20839 S46 11857
1995 palanivel (BN) vs peng kim sing (DAP) BN 26829 DAP 1231
1999 palanivel (BN) vs dr halili rahmat (ADIL) BN 22143 ADIL 13548
2004 palanivel (BN) vs ismail kamus (PAS) BN 27807 PAS 13324
2008 palanivel (BN) vs dato zainal abidin ahmad (PKR) BN 22979 PKR 23177


kita tengok pula peratusan pengundi di P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%


1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)


Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Dan yang terakhir sekali, kita saksikan kejayaan BN dalam 3 DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Di DUN Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.


Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.


Di DUN Batang kali , calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi . Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang.


NI PENULIS HANTU PUNYER KOMEN;


GHOSTWRITER :Pernahkah Melayu mewakili BN di Hulu Selangor? Sedangkan Melayu adalah majoriti rakyat di Hulu Selangor. Benarkan ada protest pengundi yang mengundi BN di DUN dan PKR di Parlimen. Mengapa ini terjadi? Ghostwriter rasa anda semua bijak menilai mengapa ini terjadi.


NI PULAK RESAHAN SI IKAN EMAS;


'''''''Tok Samy ketua MIC kata " itu calon Presiden BN punyer kuasa...Presiden parti komponen pun ada kuasa, kemukakan nama calon".....haa, tak sabor betoi ,..toleransi dan kompromi biar bertempat....Bagan Pinang tak sama dengan Hulu Selangor..apa org Samy nak demontrasi ke kalau tak dapat jd calon?

....mlm tadi Mat Tyson kata dah tak nak jd calon lagi...dah tua !! ( ke ?...atau tempat tu bukan UMNO punyer?

.....tentera UMNO NS dah siap kain baju nak tawan 4 kawasan,Sungai Choh, Sungai Buaya, Taman Sg Buaya dan.......1 rahsia lagi???


.......pot ..pet ...pot ...pet... pot ...pet........

Selasa, 30 Mac 2010

MODEL EKONOMI BARU

Sempat juga mengikuti ucapan Ucapan YAB Datuk Seri Najib semasa membentangkan laporan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur sekejap tadi…...

Ini antara intipati ucapannya ... lepas ni mesti macam-macam ulasan pro kontra dan bebagai persepsi ..bodek,angkat dan biasalah yg bijak pandai ekonomi tentu bagi pandangan mereka pulak.....kempen PRK HS pun tentu hebat isu ni didiskusikan...Ntah !!
  • 1. Mai kita cuba fahami;


MEB akan mensasarkan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun. ....harap2 jadi kenyataanlah!!

  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan diperbadankan dan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk menjadikannya lebih berkesan sebaga agensi promosi pelaburan negara.
  • Dua anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk meningkatkan pelaburan ekuiti di luar negara. Pada masa sama, KWSP bersama kerajaan akan membangunkan tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh untuk dijadikan hab baru di Lembah Klang.
  • Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jln Ampang, Jln Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.
  • Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswasta
  • Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.


2. Pelan tindakan afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dinilai semula dan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, iaitu mesra pasaran, merit, telus dan mengikut keperluan.


3. Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik :

  1. Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  4. Memperkukuhkan sektor awam;
  5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  7. Meningkatkan sumber pertumbuhan ; dan
  8. Memastikan pertumbuhan yang mapan.


    p/s: Sian ada kekawan yg dah rancang nak option kena fikir dua kali-berkali-kali........byk kekawan mengeluh susah dapat projek gomen laa ni...ada kekawan gomen kecoh kerja byk tp bajet ciput ????

......syukur masih cukup pakai baju silk,makan kenyang tidur lena...








Sabtu, 27 Mac 2010

SeMuaNYa TeNtanG HaTi

Buta Hati
( pakai ajelah tongkat putih ..
kot-kot dapat tengok mana langit ,mana bumi !!!)
Mata Hati
( syukur ...nikmat yang Tuhan bagi....)
BuaH HaTi
( I lov U !!!.....)
KaYa HaTi
( Sekaya-kaya manusia...
bila hatinya kaya )
SaMpai HaTi
( biarlah aku abadikan cintaku..
dalam kenangan menjadi impian...cinta di hati..)
sUka HaTi
( pokok dek den laaa nak buek apo pun !!!)
JatuH HaTi
( adoiiii...bergetar jiwa ragaku !!)
MakaN HaTi
( dah puas makan daging ,limpa ,jantung...orang kata banyak zat besi,
tapi dok gini jugak !!...oooo patutlaa sebab den makan hati!!)
SakiT HaTi
( tak sama dengan sakit mata !
sabar !!...tak baik macam ni, lepas sakit hati,
nanti kena sakit jantung pulak , sian doktor)
Hati BaTu
( den tak kiro, apa nak jadi, jadilah !!)
KAta HaTi
( kadang-kadang benar, adakala salah....)


........................................

..............................
HaTi-HaTi
( ni yang elok dalam setiap tindakan )







Selasa, 23 Mac 2010

sebaris kata

rasa tak mampu lagi jari jemari ini
nak memetik aksara-aksara indah
rasa tak tersusun waktu
untuk memugar
bait-bait maya kata
tercari-cari mana ruang
mana jalan
landskap suram ini
minta dilawati
tetap jua ku terobosi
walau dengan sebaris ayat..
agar ia nampak berseri !

p/s :
syukur...kelmarin selesai satu tugasan..
semalam beres satu cabaran...
hari ini cabaran lagi
esok ujian baru yang lebih mencabar !!!


Jumaat, 12 Mac 2010

Za'ba , Insan Yang Teristimewa...

Baru je balik dari Program Titian Za’ba Seorang Insan Yang Istimewa kat Teratak Za’ba ,Batu Kikir.Ini proram tahunan untuk memperingati perjuangan Pendeta Za’ba. Diadakan bersempena tiga tarikh penting …tarikh kelahiran Za’ba. Tarikh kembalinya ke rahmahtullah dan perasmian Teratak Zaba. Banggalah anak negeri kerana lahir satu-satunya ‘Pendeta’ di Negara ini.Yang bukan sahaja terbilang dalam bidang bahasa dan pemikiran, malah dalam bidang sastera, agama ,sosiobudaya dan pendidikan..politik dan perjuangan Melayu >>UMNO oh UMNO!!..t.erlalu banyak kehebatannya , mai kita hayati puisi ini;

Za’ba Lentera Cendekia

Za’ba
Sebutir mutiara
Menyilau kepekatan alam fana
membina dan mengasuh pohon peribadi
cekal bertakwa dan bijaksana

Za’ba
Bintang bahasa
Menyinar seluruh cakerawala
Bangsa berwibawa petah bicara
Hujah bertatacara dan perkasa

Za’ba
Lentera cendekia
Mengerlip di lading sukma
Mewangi citra mengasuh daya
Memugar bestari bangsa sendiri
Meyuluh jati diri sejati

Za’ba
Mata neraca
Menyerkup sengsara memerdekakan bangsa
Usah lagi dibelenggu dera derita
Bangkit bangkitlah menggempur potensi
Kejayaan perjuangan di genggaman sendiri

Za’ba
Mengkritik kaumnya dengan niat mulia
Agar gah menangkis alpa
Menilai diri menjejak realiti
Usah lagi nyenyak bermimpi
Di pusaka sendiri

Za’ba
Pedas dan tangkas,cerdas dan tegas
Menyedarkan insan mengalah tewas
Ketika yang lain tertawa puas
Sedangkan bangsanya lemah mengalah
Sebelum bermula mengatur langkah


Kerana Za’ba ialah Za’ba
Anugerah kurniaan Yang Maha Esa
Roh dan cahaya ribuan bintang mutiara
Rela setia menggemilangkan bangsa
Marilah kita kembali menyusun strategi
Bersepadu mencerna hala yang direntas
Bangsa kita tidak lagi tertindas

Ayuh !!
Kita harumkan kasih sepakat
Teguh berkorban keringat nan berkat
Memacu ilmu lampu beramal
Suci niat teguh bersemangat
Beriman berusaha sebelum pasrah
Bangsa kita bangsa yang hebat
Bermaruah dan bermartabat !


Mahaya Mohd Yassin
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
11 September 2001


p/s: T.kasih kepada miecyber@sudu follower 133,..macam mana nak jenguk rumah tuan, kalau dah tuan lockkan blog tu !!


nak balik kampung..harap2 dapat skodeng rumah si alvin juta-juta tuuu

Selasa, 9 Mac 2010

Kata-kata Perangsang dari Najib...

Kata-kata perangsang YAB Perdana Menteri kepada Penjawat Awam di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas ( MAPPA X1) pada 9 Mac 2010...( jap tadi jer !!)

Belum diseru, sudah mari
Belum dipanggil, sudah datang
Belum disuruh, sudah pergi….

kerja bertangguh tidak menjadi

kerja beransur tidak bertahan '



Perkhidmatan Awam akan terus cemerlang ,gemilang dan terbilang dengan berteraskan prinsip utama dan nilai-nilai asas sebagai pelengkap …haaa..kerja baik-baik, elok-elok



4 Tiang Utama:-


1Malaysia :Rakyat Didahulukan,Pencapaian diutamakan
Pelan Tranformasi Kerajaan ( PTK )
Model Baru Ekonomi
RMK10



4 Nilai Asas ;


Budaya kreatif dan inovasi
Kepantasan bertindak dan membuat keputusan
Nilai untuk wang ( Value for money)
Intergriti….



* *********

ganjaran istimewa akan diberikan kepada mana-mana penjawat awam yang berjaya mendatangkan penjimatan kepada kerajaan...( yang banyak sekarang mendatangkan pembaziran dan pemontengan ????)




* WAHAI KAWAN, KITA DIMINTA MENJADI PENJAWAT AWAM YANG BERMUTU TINGGI, HEBAT ,PUNYA KESUNGGUHAN,PROAKTIF DAN KOMITMEN YANG TINGGI. Semoga semua penjawat awam terus kembang mewangi di persada negara..


#########


walau gaji tak naik macam gaji pak polisi, walau bonus tak mewah macam teman di petronas, aku tetap bahagia keje gomen ni.tetap bayar cukai,tetap bayar zakat, tetap makan pizza,tetap bayar utang !!!


Sabtu, 6 Mac 2010

Aku si Ikan Emas...


Nama kiter ikan emas
sebab kiter suker ikan emas

umur kiter enam tahun
tu pun dah bertahun-tahun...

*********

Kelmarin orang panggil aku opah
memang la aku ni keturunan Tok Kepah !

kelmarin ada yang panggil aku makchik
mentang-mentang la aku ni kechik !

kelmarin ada yang panggil aku kakak
perasan aku sebab yang panggil tu mamat kacak !

kelmarin ada yang panggil aku adik
mane nya lak aku ni gedik !

kelmarin ada yang panggil aku puan
sungguh !, aku ni memang sopan!

kelmarin ada yang panggil aku bos
sah depa tu memang kuat ampu kuat mengipas !

kelmarin ada yang panggil aku cik
bangga aku sebab ingat aku ni cantik !
*******
kelmarin ada yang panggil aku oii..oii
geram ,sakit hati ku...adoii
*******

kelmarin ada yang panggil aku sayang
agaknya sebab aku ni kurus melayang !

kelmarin ada yang panggil aku darling
sampai sekarang pun dia panggil aku darling !!

kelmarin ada yang panggil aku hajah
syukur ....Alhamdulillah !!

kelmarin ada yang panggil aku ikan emas
....ikan kaloi, ikan kekek,ikan puyu.... ,buat den comas !!

kelmarin ada yang panggil aku aineeyy
wow !!! ...woo ai neeyy !!



Rombakan EXCO Negeri Sembilan ???

11 Mac ni kita pegi lagi ke istana.Ada Istiadat pelantikan dan angkat sumpah EXCO N.S. YAB Menteri Besar dah bagitau bahawa kesemua 10 Exco kerajaan negeri sedia ada akan dilantik semula. Tahniahlah kepada kesemuanya tu..nampaknya tak da harapan la yang lain nak pasang angan-angan jadi ‘menteri kechik’ di negeri yang banyak ni.

Dalam pada YAB MB buat kenyataan supaya tak ada khabar-khabar angin lagi tetapi Ikan Emas macam ada keliru pulak ..

  • Dulu YAB MB ada bagitau bahawa setiap EXCO yang dilantik akan diniliai prestasinya..ada KPI juga..macam mana?? Tak pernah umum pun..Yang IE tau semua EXCO yang sedia ada dah jalankan tugas dengan baik..!!
  • Tak ada orang baru…semua orang lama dilantik semula.Maknanya kekal 10 orang
  • Cuma ada rombakan kecil atau wujudkan portfolio baru
  • Maknanya akan ada rombakan kecil…siapakah yang akan bertukar kerusi? Adakah Dato’ Ismail Taib atau Dato’ Yunus atau YB Razi ?...
  • Atau akan bertambahlah fungsi atau bidang tugas Ahli EXCO yang sedia ada? Atau mungkin fungsi itu diambil sendiri oleh YAB Menteri Bsar ??
  • Kerajaan Negeri menitik beratkan kesejahteraan rakyat ,justeru katanya akan wujud portfolio yang member focus kepada Dasar keselamatan Sosial dan IKS ( kenapa selama ini bidang ini tidak berfungsi ke ? ..kan ke peranan tersebut dah ada dipertanggungjawabkan kepada semua Ahli EXCO sedia ada ?
  • Mana tau ntah-ntah YAB Mat Hassan bertukar fikiran…nak lantik ahli baru ? Nak masukkan Tan Si Isa? hehehe...Abis sape yang nak beri laluan ? tentulah Dato Ismail Taib..hanya 2 tu aje la wakil BN dari T.Kemang.
  • Atau nak lantik yang baru…YB Adnan ,lawyer muda tu pun ada potensi, tapi takkanlah kesemua ADUN K.Pilah nak jadi ECXO ?? gitu juga kalau nak lantik ADUN dari Chembong,Rembau..Ni la masalah bila menang sipi-sipi masa PRU 12 lalu !!!
  • Dan yang paling confuse sekarang dah cukup ke tempoh dua tahun mereka ini? Dalam Enakmen Kerajaan N.S mesti ada diwartakan tempoh MMK ini…Mereka dilantik lebih 2 minggu selepas PRU 12 .nampaknya tarikh 11 Mac ni macam belum cukup tempoh, sekiranya ada perubahan atau penguguran mungkin ada pulak YB yang tak merasa elaun pencen EXCO ????
  • Yang penting, jalankan kerja..mersa rakyat,mersa dengan pegawai kerajaan ,mersa dengan rakyat..ambik tau masalah rakyat,bawa ke DUN, taklah mesyuarat EXCO hanya guna nak meluluskan projek kekawan sahaja !!
  • Kedudukan dalam DUN NS selepas PRU 2008 amat riuh rendah dan mencabar.Dah ada 15 orang pembangkang di situ.Jika EXCO atau ADUN BN tak turun padang..nanti rakyat lebih mengenali wakil rakyat pembangkang....tak de pulak dengar wakil rakyat PR dari negeri ini nak melompat??..jangan nanti kerusi PAS bertambah !!
  • >>jangan salahkan rakyat kalau tak menyokong BN nanti…





Isnin, 1 Mac 2010

Hati Seorang Wanita yang Terpendam...siapa nak ambil tahu???

Ikan emas tak kenal siapa dia ni.


Tak tau latar belakangnya .Tak pernah dengar ceritanya. Tak pernah nak ambil kisah pun bagaimana latar hidupnya.Bagaimana landskap hayatnya.. Tetiba namanya terpapar. Ikan Emas pun nak ambil kisah!!...Bila kes Syafiah Humairah…terbongkar penuh tragis sungguh sadis. nama Siti Norhanim pun turut terdedah.Itu pun hanya melalui tulisan orang lain..menyebabkan ada perkara yang tidak benar turut ditulis.


Drama Melayu memang benar.Walau klise..itulah hakikatnya. Bagaimana orang Melayu ambil kisah fasal jiran tengga.Bagaimana orang kampung yang suka mengumpat.Suka gaduh-gaduh,mengamuk.Orang Melayu yang banyak masalah sosial.



Kenapa semua ini terjadi?Apa punca semua ini berlaku?



Wahai Siti,


Bersabarlah. Awak ‘memendam’ semuanya selama ini.Siapa yang menjadi ‘ escapisme’ awak? Ke mana kawan-kawan awak? .Apa sanak saudara awak buat? Kenapa tak berkongsi dengan ibu bapa?. Awak ibarat lari dari kandang harimau, masuk ke kandang buaya !.Salahlah kalau kita kata lelaki juga menjadi punca. “ Suami saya tak mahu lepaskan saya…”Saya mengaku telah lakukan banyak silap. Untuk itu ,saya berharap supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membantu saya” Atau nak salahkan sistem syariah kita yang dikatakan menindas kaum hawa?.




Abang Mat,


Dalam mulianya hati awak membantu. Ada kasih menjaga anak kecil. Ada semangat bermasyarakat.Namun awak seolah-olah dibayangi. Ada kecelaruan .Bila awak dikawal oleh pengaruh lain,awak melarikannya melalui sepak terajang.Kesian budak kecil itu..dia menjadi tempat awak melempiaskan apa yang awak dan Siti simpan dan pendamkan selama ini.



SITI Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz


Catatan ini mungkin ada kaitannya dengan entri IE sbelum ini.
http://aksarapower.blogspot.com/2010/02/satu-keluarga-satu-kaunselor-apa-cerita.html