Khamis, 19 November 2009

Aprisiasi Kepada Kekawan

Cerita 1;

2-3 menjak ni banyak cerita fasal penjawat awam .Masa bajet dulu dapat la RM500 bagi pegawai P&P .Kumpulan sokongan dah dapat dulu daa. Kecoh la juga Cuepacs yang mewakili hampir sejuta penjawat awam yg terus berusaha nak dapatkan bonus pula.Ada juga yang tak setuju.Bagi ikan emas yang keje gomen ni tentu suka hati kalau ada bonus,tak ler asik dengar kekawan lain dapat bonus 6-7 bulan.Meleleh juga air lior dok tengok depa joli mekan angin hujung-hujung tahun ni.

Cerita 2;
Nak tulis juga fasal hujung tahun 2009 ni ramai sungguh kekawan ikan emas yang beralih meja, ada yang beralih bilik, ada yang beralih angin!.Ada yang gembira sakan sebab naik pangkat...dah tu kekal kat tempat lama.Ada juga yang terpaksa tukar tinggal anak bini.Tapi ada juga yang makin pening! Dah la tak dapat naik pangkat kena tukar jauh demi kepentingan perkhidmatan awam!!

Ada yang kat tempat lama hanya jd org no. 2 atau tiga sekarang dah jadi no satu . Ada pula yang dulu megah bangga jagi bos no. 1 oedr sana oder sini ,sekarang jadi no 2-3 atau ......kesepuluh. Semuanya demi ”Berkhidmat Untuk Negara’!!! Ada yang sedih kena tinggal, ada yang ceria dapat sebab bos baru.Apa jua, ikan emas nak rakamkan tahniah dan aprisiasi kepada kekawan,bos-bos atau anak buah yang naik pangkat,yang tukar ,yang mai masuk kat sini.Yang dah keluar jabatan tu...anda sebenarnya dah jadi ’duta’kita.Kat mana pun kita..visi dan misi tetap sama.
Cerita 3;
Borang nilaian prestasi dah mula diisi...........????????

Jumaat, 13 November 2009

BuLan MenJadi Saksi CintaKu...

Betulkah kesetiaan, kasih sayang dan cinta boleh dijual beli? Boleh dipajak gadai? Betulkah KUASA boleh merobek segala rasa kasih, sayang dan cinta itu? Di manakah nilai sumpah janji dan lafaz akad semasa mengikat tali cinta masa nak ambil jadi suri dulu?

Samada benar atau tidak, inilah kenyataan oleh YB MP Shah Alam. ..kononnya nak jadi wakil rakyat PAS kena berbai’ah cerai talak tiga! ( Pimpinan tertinggi parti pun dok bagi warning kat YB Khalid Samad ni ...…. Elok la tuu , bagi dia sedar sikit, sebenarnya siapa wanita bergelar isteri ini ? ...senang-senang dia nak buat cagaran dan tebusan !! ..geram sungguh geram !! Cantik sungguh skrip yang dilakonkan oleh orang -orang dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam ni.

Nasib seorang wanita ! Begini murah nilai dan harga diri seorang wanita di mata mereka ini. Kenapa mereka sanggup begitu? Isu kahwin cerai bukan seperti permainan catur.Nampak sangat mereka memperguna dan mempermainkan hukum agama demi kepentingan diri dan kuasa . Mereka sanggup mencagar hak milik yang mereka akad disebabkan kelabu dengan kuasa. Rendah sangat martabat wanita di mata spesies ini.Syukur kita hidup di negara yang turut mengiktiraf jasa dan khidmat wanita samarata sebagaimana kaum lelaki. Cuma mereka ini saja yang sempit fikirannya ...kesian !!

Bagaimana pula kalau calonnya wanita? Apa pula bai’ah dan takliknya? Kena cerai jika tinggalkan parti? Atau berbai’ah kena lepaskan jawatan jika tak izinkan suami nak kahwin lagi?...Kak Jem mesti marah-marah dengan isu ini? Apa komen ?

Selasa, 10 November 2009

HoBiN Jang HoBiN ,bAkAR aWE BaKAr !!!

Hobin Jang Hobin, Pukul Jang Pukul, Tendang Jang Tendang…
Horey!!! Nogori dah monang ! Rasa macam nak bergogar bumi NS malam tuu
Bukan takat tendang , pukul malah ada baling-baling,letup-letup, gaduh-gaduh, bakar-bakar lagi!

Ikan emas tak la minat sangat bab-bab bola ni..rasa macam nak pecah jantung bila tengok dia orang main. Tapi dek kerana hidup ni dikelilingi oleh kaum adam, nak tak nak kena juga ikuti kes ni. Kena pula tengok si Zakuan Aidil tu baru umur 23 dah pakai accord, dah la kena jaga bola ,dapat pulak jaga bini artis tua, anak lagi nak dijaganya.
Kekawan pulak asyik minta tolong kempenkan pasukan negeri malah malam lepas negeri menang ikan emas pulak yang sebok jawap mesej ucapan tahniah ( eh macam la kita yang main…top-top tanya NS cuti ke? )

‘ den tak kiro, puan bagi ke tak ke, den totap nak balik, nak poei stadium tengok bola, nanti kalau den tak poei pasukan negori kalah !!!’ ( iyer ke?)Ikan Emas pun sporting , janji kerja beres !

ehh gambar sape pulak ni?
Masa PRK Bagan Pinang dulu, ronda punya ronda ikan emas terjumpa laa Pak Cik ni..katanya dia ni dulu pemain bola sepak negeri tahun 1961-1964..( ada gambar dia tunjuk)..Namanya Suppiah Arumugam.Sekarang umur pun dah 73 tahun,tak boleh sepak bola lagi sebab kakinya dah sakit sebab accident. Hidupnya pun macam melarat aje..masih menumpang kat rumah estet walaupun dia dah tak kerja situ lagi.Ada bini, bini pun macam tak berapa nak waras.Ada anak,anak pun patah kaki….Masa PRK dulu mewah la dia sikit sebab ramai biru-hijau yang dok hulur…( beginikah nasib pemain bola kita 10-20 tahun akan datang ???).

Kenapa la ya…walau dah bertahun-tahun kita ni main bola, ada stadium besar cantik, tiket pun murah tapi kenapa penonton kita masih macam tak punya akal? Tak punya kesetiaan, tak ada budaya !! Adat permainan tentu ada menang –kalah. Jangan la sampai jadi liar , mabuk gila macam tu…buat malu orang kelantan aje!! ( ish ish anak siapa la tuu)
Betul kata Tapa…"asey tak mau poie la ke Bukit Jalil, takut nanti ada gaduh-gaduh, perang-perang,…apa-apa hal jadi, sape nak jago anak sey nanti!"


Teringat masa kes gaduh-gaduh dan bakar-bakar lepas NS vs Kelantan di K.B tahun lepas, ikan emas berada kat situ jg.


Khamis, 5 November 2009

RiNDu ItU DaTanG LAgI

Tiada tempat yang terindah ,selain tempat ini
Tiada ruang yang terdamai,selain ruang ini
Mata yang memandang terasa penuh sinar
Telinga asyik mendengar lagu merdu
Hati penuh tenang

Disini
Tiada beda tiada beza
Khusyuknya membersih hati
Asyiknya menyuci jiwa
Tawaduknya menyerahkan diri
Perjalanan penuh pengorbanan dan kesabaran
Terasa persamaan ,terasa keamanan
Untuk mencapai keredaanNYA
Bersatu gagah atas kekuatan akidah
Rugilah
Kepada sesiapa yang belum mendapat serunya
(walau dah tahap WAJIB !!)

Syukur
sesiapa yang menyahut panggilanNYA
sesiapa yang menjadi tetamuNYA
sesiapa yang memandang rumahNYA
Semoga mendapat Haji Mabrur.

Rindunya tak terucap
Inginnya tak terkata
Tiap detik kupanjatkan doa
kenangan TERINDAH enam tahun lalu
walau tekadku dah tersasar
janjiku pasti
Akan ku kunjungi semula bumi suci itu
bersama Amal Dan kekuatan Iman.
Insyallah!!!

Labbaika Allahumma labbaik,
Labbaika laa syariikala labbaik,
Innal hamda wan ni’mata
laka wal mulka laa syariika lak..


p/s – semalam 60 orang bakal jemaah haji terkandas di Teminal Tabung Haji. Tiap tahun ada sahaja kes seperti ini.Kenapa? Nampaknya masih ada yang menggunakan agama untuk kepentingan dan keuntungan sendiri..Alhamdulillah khidmat Pakej Swasta yang Ikan Emas gunakan dulu memang hebat!!
http://aksarapower.blogspot.com/2009/05/mai-pergi-naik-haji.html
Ikan Emas
17 Zulkaedah 1430

Selasa, 3 November 2009

Maaf ,Kalau Santannya Kurang Lemak

Di Bagan Pinang wakil rakyat yang dicari dah dipilih
Di Seri Menanti Raja berdaulat dah selamat ditabal
Di Ladang Siliau warga dah happy dengan cahaya deepavali
Banyak lagi yang berlalu
ntah bila, di mana , ke mana ......

Macam suatu permainan;
Kalau menang - bersorak bangga
Kalau kalah - kecewa sayu
Kalau seri - ”Padan muka aku!” hahaha

Sekarang masa untuk;
Menerima aduan dan komplen
Pujian dan kejian

Kalau dipuji – terima kasih
Kalau dikeji – simpan aje dalam hati
Kalau tak dipeduli – tiada siapa yang rugi

Namun sakitnya terasa
bila ada yang sengaja lepas tangan ,menuding jari

Ku mohon maaf kalau;
Kuah terlebih garam
Gulai terlebih cili
Kopi terlebih gula

Santannya kurang lemak
Sambalnya kurang pedas
Hamparannya kurang empuk
Anginnya kurang dingin

Ku mohon maaf kalau;
Kata terlanjur bicara
Layan terkurang bahasa

Terima kasih kepada yang menghargai.
Hamba hanya Yang Menurut Perintah !!!