"Saya ni kalau tak terpaksa tak kan ambik pembantu rumah". "Dah la kerja sorang,gaji pulak cukup makan aje, anak sekolah ". Bla bla bla .. "dia lain la menteri, nak gaji 10 orang pun gomen yang bayar gaji" ( yang ini dialog ikan emas yang tambah ).
Itu dailog yang tiap hari Kak S cakap kan terutama bila ada syor nak bagi cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah. Tak kira nak panggil apa, amah ke , pembantu rumah ke ? maid ke? Apa-apa je laa..kejenya tetap sama.
Kebetulan isu ini timbul semasa orang gaji Kak S balik ke Indon.Khamis lepas Kak S dah masukkan RM7,000 ke akaun orang gajinya itu.
"Harap-harap dia akan balik la ke sini lagi.." . "mampuih aku". Jelas kerisauan di muka Kak S..."
rabak lg RM5,500" .Selain daripada gaji bulanan,Kak S juga menyediakan bilik khas,makanan,alat keperluan diri,jamu malah seluar dan baju dalam pun Kak S yg belikan.Senang sungguh jd pembantu rumah ni.
Kak S antara majikan yang terpaksa menggunakan khidmat amah dari Indon.Suaminya sakit sejak kena accident. dah dpt medical board pun.Kak S hanya PTR .Tak de anak kecil tp masih sek men.Gaji hanya mampu nak belanja harian .Maknanya dia mmg TERPAKSA dan sangat memerlukan pembantu utk mengurus rumah nya serta menjaga suaminya ketika dia pergi bekerja.Bab masak-masak ,itu tetap Kak S yang lakukan.
Dulu saja dia dah habis RM10,000 utk dptkan pembantu dari seberang. Syukur sekarang dia dapat amah yang setia dan boleh dijadikan kawan. Namun dia risau sekiranya suami org gajinya ni tak benarkan neng ni balik semula ke sini semula...
Persoalannya wajarkan syor oleh YB Menteri Sumber Manusia itu?Ikan emas sering menjadi pengintip dan cuba berbual-bual secara sembunyi dengan pembantu kedai ( Indon laa). Rata-rata menyatakan selain keja di kedai ,mereka juga kena uruskan kerja-kerja di rumah majikan dan kadangkala di rumah mak dan adik beradik lain pulak. Kerja dari subuh hingga tengahmalam.
Ada juga diceritakan mereka tak dapat sembahyang, makan pun tak tentu halal haramnya.Semua pergerakan dikawal.Didera dari segi bahasa, mental dan fizikal. Malah ada yang jadi habuan seks majikan.Memang kesian.!!
Tapi ini mungkin sedikit berbanding ke
legaan dan ke’
relax’an yang dirasai oleh ramai amah yang lain..tika majikan pergi kerja apa yang mereka buat ? cuci longkang atau cuci mata kat sinetron Intan? ,layan anak atau layan telepon? Masak ? ..rata-rata pembantu rumah tak masak pun ..hi tak cukup rehat lagikah?
Hanya 50 kes dera pembantu rumah sahaja yang dilaporkan..berbanding kes-kes di mana agensi menipu, pekerja menipu, larikan barang, tinggalkan anak kat rumah,ikut jantan lari, malah banyak kes juga bawa lari laki majikan !!! hiss ..hiss..Kes benar , ada amah buat kek yang siap berisi barang kemas..akhirnya terkantoi bila kek berkenaan tertinggal.Ada yang sorokkan barang kemas dalam lipatan jahitan kaki seluar jeans mereka..
Macam-macam kes lagi yang semuanya membuat majikan rasa tertekan dalam terpaksa menjeruk hati dengan karenah orang gaji tetapi mengenangkan keperluan maka semuanya ditanggung dan dipendam.
Alaa setakat kes Normala Bonat atau Siti Hajar dah sampai kita nak ubah peraturan buat apa ? Sepatutnya fikirkan bagaimana peraturan yang boleh menjaga majikan juga.Bagaimana tindakan terhadap agensi penipu,bagaimana tindakan terhadap amah yang lari? Sekarang mereka hanya hormat dalam tempoh tiga bulan ..lepas tu ?
Apa yang pembantu rumah buat semasa cuti satu hari itu?- Biasanya cuti hari Ahad-hari tu laa..majikan memerlukan khidmat mereka untuk cuci kemas rumah dan bantu masak untuk keluarga.
- Hari minggu pergi bercuti..nak ikut atau tinggal kat rumah ? ..tu pun dah rehat namanya.!
- Cuti hari biasa? Habis tu..majikan yang bekerja kena ambil cuti pulak?
- Dia orang ni cuti nak pergi mana?..jumpa suami? ..ok laa,tapi kalau mereka pergi lepak..ronda-ronda..jumpa orang yang ntah siapa ..( pembantu rumah ni biasanya bukan yang cerdik sgt pun.
- Atau mereka buat kerja ’part time’?..kat mana ? kat rumah orang lain ? atau kat rumah urut?
- Siapa yang nak memantau mereka ini? Selama ini siapa yang bertanggungjawab ? bukan Imigresen, bukan Mohr, agensi pembekal pekerja puan asyik melarikan diri shj terutama habis tempoh tiga bulan.
Kenapa kita terlalu berlembut dan sering mengaku seolah-olah semua majikan di negara pendera?? - Khidmat Pembantu rumah bukan hanya nak jaga anak kecil..ada yg kena jaga orang tua, orang sakit atau sekadar mengemas rumah..
- Wajarkah passpot diberi kepada mereka? Visa mereka biar majikan yg urus utk diperbaharui.
- Kenapa tak ambil sahaja amah dari negara China untuk bekerja dengan majikan China atau pekerja bukan Islam untuk majikan bukan Islam.Dalam hal ini kita kena prihatin dan perlu menjaga imej negara Islam.
- Lambakan pekerja asing di negara ini banyak meninggalkan gejala tak baik...dah banyak yg tau dan sedar isu ini.
- Benarkan pembantu rumah yang agak cerdik sikit..kalau terlebih pandai pun tak boleh jg sebab mereka pula yg akan mencabar kita.
- Majikan dibenarkan menemuduga atau menilai dulu pekerja yang akan dibekalkan kepada mereka
- Kenakan hukuman yang setimpal kepada pendera ..contoh kenapa kes majikan Normala Bonat ni tak selesai lagi?
- Jiran kena prihatin juga..pasang telinga,celikkan mata mendengar dan merenung amah yg bekerja di kediaman kawasan kita.Ambil tindakan yang sewajarnya jika ada keadaan yang mencurigakan.
- Nak minta kerajaan wujudkan pusat komuniti bagi menjaga orang tua atau orang sakit atau anak kecil? ..mungkin ini sesuai kepada orang kaya atau berpendapat tinggi tetapi bagaimana dengan golongan sederdana dan tak mampu nak hantar dengan kos yang tinggi?
p/s: Ketabahan dan kesabaran Kak S memang sesuai dengan namanya.. semoga Allah sentiasa memberi kerahmatan dan cahaya kepadanya untuk terus menghadapi cabaran hidup ini.