Khamis, 12 April 2012

Kalau bukan ahli parti boleh juga jadi winnable candidate ke?

Pak Menteri ada mengingatkan kami supaya menjadi seorang yang neutral. Adakah ia bermaksud berkecuali ? Tak juga kot. Tak berparti ? atau tidak partisan ? Mungkin ! Habis tu tak boleh la nak berpolitik ? .Tapi macam mana nak hidup tanpa politik ? Hidup ni kan ke penuh dengan drama politik ?..kat pejabat politik, tengok bola ada politik, nak jadi pengerusi surau pun ada politik, nak masuk tender pun ada politik. Masa belajar kimia dulu pun ada simbol neutral . Bawa kereta ada gear neutral.


Dalam situasi menjelang pilihan raya umum ke 13 kita kena neutral. Tak payah la nak jadi geng kepada mana-mana parti . Tak kira parti mana. Tapi bukan bermakna kita jadi dungu. Bukan bermakna kita tak ambil kisah tentang dunia politik. Neutral bukan bermakna kita tidak berhak menyatakan sokongan dan pendirian kepada mana-mana parti . Neutral bukan bermakna kita setuju dengan strategik anwarism atau taksub dengan mat sabu. Walaupun tak berparti bukan bermakna kita tak tau hak kita sebagai pengundi. Kalaupun kita jadi ahli parti Umno bukan bermakna semua yang pemimpin umno buat tu berkenan di hati kita.

Tidak salah berparti atau menyokong parti politik. Macam-macam cara dan strategik parti nak menarik hati penyokong mereka. Tapi adakah mereka betul-betul mengamalkan konsep berpolitik yang berhemah? Integriti yang tinggi? Tidak tamak kuasa ? mendahulukan rakyat ? Tapi kalau ada yang mengaku berkecuali tu ada pulak sampai tak kisah dunia politik berparti. Di negara ini nak tak hendak kita kena ambil tau dan sesekali kena menyebok juga. Tapi jangan sampai sombong tak bertempat!

Walaupun kita ni non-partisan mana tau kita ni tergolong sebagai winnable candidate ?

































Rabu, 11 April 2012

DAULAT TUANKU! Rakyat dan Raja Berpisah Tiada


Hari ini kita cuti. IE tak pergi pun ke Istana Negara yang tersergam indah di Jalan Duta, Kuala Lumpur tetapi duduk di depan tv aje.


Bangga sungguh jadi warganegara Malaysia ni. Apatah lagi dilahirkan sebagai orang Melayu. Hari ini seorang Raja Melayu, Sultan Kedah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong KE-14. Peristiwa seperti hanya lima tahun sekali sahaja. Bertambah istimewa kali ini ia dibuat di Istana Negara yang baru dan merupakan kali kedua Sultan Abdul Halim dilantik sebagai Agong..dulu dengan Sultanah Bahiyah ( Almarhum ) dan kali ini bersama Tuanku Hajah Haminah.


Wahai rakyat Malaysia..mari kita menjunjung sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan. Raja bukan sekadar simbolik. Ia lambang kedaulatan. Tempat rakyat berpayung. Lambang keutuhan dan kekuatan Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua Rukun Negara yang menjadi pegangan dan amalan kita . Daripada beberapa Negara yang beraja sembilan daripadanya ada di Negaraini. Tetapi sistem beraja di Negara ini unik dan tak sama seperti di Negara lain. Lambang perpaduan dalam sistem Raja Berperlembagaan dan amalan demokrasi. Ia mempunyai kedudukan teristimewa .Ia punya peranan yang tersendiri dan harus dipertahankan. Ini lambang kekuasaan . Orang Melayu kena sedar hal ini. Rakyat kaum lain kena patuh dan setia.


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!






Selasa, 10 April 2012

LaWak tOkEH MyDin

Dah lama tak mengemas rumah ini. Dok asyik mengemas rumah orang lain sampai rumah sendiri pun terbiar… Akhir-akhir ni ramai orang besar, mem besar dan orang perasan besar datang ke Negeri Sembilan. Orang politik kechik besar , artis yang popular dan suam-suam pun rajin turun. Macam sales! Jualan murah.

Tapi IE nak tulis fasal Tokek besar Mydin datang buat lawak di Seremban. Tapi bukan sebarang lawak. Lawak berisi penuh sindiran dan panduan. IE begitu teruja dengan tokeh ini.

Release sikit kepala yang tengah diasak dengan gangguan emosi. Dato’ ni datang bukan dengan gaya pakar pidato atau pakej pakar motivasi, bukan juga berlagak macam pakar MLM atau pakar nak bagi orang jadi cepat kaya. ..2 jam bersama dato’ ni terasa begitu cepat masa berlalu.

Antara yang menjadi ingatan IE ialah :-


  • Ketepatan masa beliau datang..memula dan menamatkan sesi ‘ceramah’nya.


  • Kisah bagaimana gaya hidup ayahnya dari zaman menjadi anak org kaya..jatuh dan bangun semula bersama keazaman..serta erti nilai sesen ‘duit’. Begitu juga kisah hidupnya pada zaman lalu sebelum menjadi tokeh 93 empayar Mydin.


  • Bagaimana ‘apa yang kita buat masa lalu menentukan hidup kita hari ini ..apa yang kita buat hari ini memberi impak kepada hidup masa depan…’


  • Hargai ibu dan bapa..walau tinggal serumah bukan bermakna kita tak perlu menegur atau bersembang-sembang dengan ibu atau bapa kita..bagaimana ibunya yang buta huruf turut sama menggunakan teknologi media sosial dan bagaimana ibunya yang konon tersalah tekan button skype tetapi tersirat bahawa sebenarnya itu hanya sindiran seorang ibu kepada anak yang sentiasa sibuk….


  • Bagaimana pengaruh seorang isteri..kagum IE! Di dalam dompet dato’ ada gambar isteri muda dan isteri tuanya..sedangkan wanita itu adalah orang yang sama!


  • pengaruh wanita dalam menentukan pasaran dunia !. dari tudung bawal kepada tudung ekin kepada tudung jangan pandang belakang dan sekarang tdung ropol-ropol sebelah. Itu tidak termasuk pasaran bagi accessories pin tudung yang ada panjang pendek,,,lipa lap bling bling..atas bawah, kiri kanan , tertonjol atas bawah bagai..


  • Bagaimana tersusun dan teliti dan kemasnya si jutawan ini..pesan dan petuanya. Jadikan ia suatu habit dan tabiat . Contoh kochek kiri tempat letak telepon, kochek belakang tempat letak buku nota..termasuk bagaimana susunan wang kertas di dalam dompet kita. Mudahkan !!

    ….dan ada banyak lagi tips. tak payah la IE tulis sebagaimana guru BM..



Dato' AmeeR bagitau tie warna merah yang dia pakai ni berharga RM9.90