Khamis, 15 September 2011

Salam Aidil Fitri, Salam Kemerdekaan..mari berpantun

Salam...fuh lama sungguh rasanya tak meninggalkan jejak di laman ini..Ramadhan dah berlalu..Syawal pun masih ada lagi..merdeka raya punya penangan IE cukup tak menang tangankaki..IE hulurkan salam Aidil Fitri, maaf zahir batin..sekiranya ada kesilapan, kot ada yang terkhilaf, mana tau ada sindiran yang terguris samada yang tersurat atau tersirat....

Untuk melepas rindu , sempena nak raikan sambutan hari kebangsaan dan Hari Malaysia esok..mari kita berpantun. Ini sebenarnya sebahagian daripada 54 pantun-pantun idea dari pelajar-pelajar sebuah sekolah di NS yang benar-benar 'giler' buat pelbagai aktiviti dan menceriakan sekolah mereka sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun kali. IE memang bagi lima bintang kepada pengetua sekolah ini@ bukan Melayu! Anda bagaimana ??


Hajat di hati menangkap lokan
Dapat pula ikan sembilang
Hari kemerdekaan kita raikan
Sambutan penuh gilang-gemilang

Pk Abu pergi ke pekan
Membeli ikan dimasak kari
Jalur Gemilang kita kibarkan
Semangat merdeka lekat di hati

Putera nakhoda dari jawa
Singgah sebentar di pulau sinar
Merdeka minda merdeka jiwa
Itulah kemerdekaan yang sebenar

Malaysia indah tempat kunjungan
Rakyatnya sopan berbudi bahasa
Rukun Negara jadi pegangan
Pengikat bangsa 1 Malaysia

31 Ogos tarikh keramat
Menjadi ingatan warga Malaysia
Supaya hidup dilimpahi rahmat
Transformasi berjaya rakyat sejahtera

Lembut gemalai gamelan ditari
Penariknya manis berbaju kebaya
Generasi muda bijak bestari
Menjadi pemimpin pasti berjaya

Tanah ini tanah Melayu
Tempat pedagang datang berniaga
Serahkan budi bukan tanahmu
Pertahan negara , agama dan bangsa

Langkah sumbang salahkan lantai
Binasa badan bicara tak terkawal
Pinggirkan ketuanan Negara tergadai
Hilang maruah bangsa terjual

Segulur peria melilit titi
Daun pegaga di atas para
Satu Malaysia satu transformasi
Menyusun agenda memacu negara

Bulan mengambang bintang berkelipan
Langit dihiasi penuh meriah
Jasa tokoh dilupa jangan
Negara berdaulat merdekalah sudah

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Pejuang negara berjiwa watan
Berjaya harungi ranjau dan duri

Petik pauh tidak berulat
Masa dijemur terkena salju
Malaysia bertuah bumi berdaulat
Makin makmur bertambah maju

Negara Malaysia berbilang kaum
Dipimpin oleh Perdana Menteri
Bersatulah bangsa berpadulah kaum
Kemerdekaan negara tambah bererti

*******
16 September 2011

7.30 pagi - Kompleks Belia dan Sukan Paroi

( Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan/Hari Malaysia Peringkat N.Sembilan)

3.00 petang - Rumah Terbuka Aidil Fitri

( di....banyak nak tulis ni..)

8.00 malam - Padang MPS Seremban( Jamuan Hari Raya 1Malaysia )
p/s : esok pepagi dah nak gerak lagi.....letih tapi demi negara dan sesuap nasi...






10 ulasan:

al-lavendari berkata...

Petik pauh tidak berulat
Masa dijemur terkena salju
Malaysia bertuah bumi berdaulat
Makin makmur bertambah maju

tasik Chini di negeri Pahang
tangakp belida terus di masak
negara ku ini luas terbentang
kenapa ku rasa semakin sesak ?

~dicilok dari blog saya yg satu lagi ~

Abd Razak berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

dan

Selamat menyambut hari kemerdekaan

terokai seni berkata...

apa pon, merdeka biar dalam erti kata merdeka bebetuiii

mamai berkata...

tapi Malaysiakan tak di Jajah macam mana nak sambut merdeka

ikan emas berkata...

En AL...



sy dah kekenyangan ni....

dah tak tau nak pilih makan apa..

mewah sungguh kita di sini

ikan emas berkata...

Ust Razak,

salam aidil fitri juga..

ikan emas berkata...

momoi,

IE nak jwb melalui teromba fasal merdeka..nanti ya

ikan emas berkata...

mamai,

hah..rakyat dah makin konfius..

murid tulis ikut apa yg dia baca kat pelbagai surat kabar atau internet...yg cikgu pulak ada fahaman mereka sendiri..Jab Pelajaran ada silibus snd...so, macam mana ?????

sahromnasrudin berkata...

sy baru join perarakan..sgt meriah huhuhhhh

Tanpa Nama berkata...

websites Dolabuy Goyard important source dolabuy.ru go to my blog this contact form