Khamis, 16 Disember 2010

SURAT CINTA TERBUKA UNTUK TUAN KOMENSEN...

Tarikh : 19 Disember 2010 …( belum 20hb lagi )
Rujukan Tuan : 2010/12/contest

Tuan Komensen bukan SI BUJANG LAPOK
Taman Lavender Height bukan di TAMAN FIRDAUSI
Somban, Nismilan.


Tuan,


Sukacita dimaklumkan bahawa DENGARLAH JERITAN BATINKU yang saya ini bukan sesiapa kepada tuan, bukan SALAH IBU MENGANDUNG kerana saya bukan kaum keluarga , sedara mara, kerabat ,bukan ANAK BAPAK atau cucu menantu besan dan tuan sah-sah bukannya IBU MERTUAKU malah tiada kena mengena hanya saudara seagama entahlah kalau tuan telah memasukkan saya ke dalam senarai ahli KELUARGA 69 tuan.



Tuan,


Adapun tujuan saya mencatatkan SURAT CHINTA ini pada PUKUL TIGA PAGI kepada tuan yang dilayangkan SESUDAH SUBOH hari ini adalah bukan dengan tujuan hendak menyahut cabaran PANGGILAN PULAU atau apa-apa pertandingan atau kerana inginkan tawaran tiga ratus dirham kepunyaan KASIM BABA sahaja yang ditawarkan.. seperti banner DI ATAS...tidak, tidak dan tidak. Tiada dalam kamus hidup saya untuk masuk mana-mana pertandingan realiti atau tidak…apa lah sangat tiga ratus tuu…kalau tiga ratus ribu dapatlah saya pergi ke Jalan JOGET PAHANG di AIR MATA KUALA LUMPUR buat duit muka oder bently atau pun bawa balik estima macam yang tuan guna sekarang….( ala-ala nak lawan tokeh) ..Pun begitu JIKALAU ABANG MERINDU hendak mengirimkannya kepada saya yang MISKIN hina dina ini maka telapak tangan yang kecil ini akan menjadi selebar negara PASIR BERDEGUNG untuk menerima habuan tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah saya mengurangkan kos bagi membeli burger atau boleh dihulurkan kepada tauke salun untuk saya ke spa berjumpa DOKTOR RUSDI untuk merawat muka saya yang semakin berkarat ini ibarat si PENARIK BECA yang terkena HUJAN PANAS.


Tuan,


Sayugia suka saya kembalikan ingatan tuan bahawa saya bukanlah SERI BUNIAN atau ALOHA tetapi si Ikan Emas yang sejak tuan /belum glamer lagi dah men jadi peminat setia tuan…hehehe..tak caya ???..cuba semak
members Komensen ni .Jika nak tau bahawa Tuan HAH pun jadi follower tuan AL selepas saya tau !!!…itu belum termasuk si ikan emas yang suka terjun dengan LABU LABInya di kolam kepunyaan tuan yang lagi satu di sinun.


Tuan,


Sejak itu..saya semakin RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA untuk berkunjung dan ditemani oleh tuan dengan cerita lucu, sinis..terkena dan mengena !..kekadang ada perisa MASAM-MASAM MANIS adakala terkena cili api bara..podeh, panas dan terhangat !!



Cerita tuan seolah-olah bumi yang bulat ini sudah tuan kelilingi..terasa sangat antara kita ada DUA DARJAT. Agaknya macam mana kepala tuan tergantung bila berada hampir dengan kutub selatan…dalam banyak-banyak TERKENANG MASA DULU ialah semasa tuan di KOREA SELATAN..( bukan MELANCONG KE TOKYO ) itu semuanya kerana penangan Winter Sonata ALAKAZAMMMM dan kerana tahap terlampau ke’jeles”an saya terhadap tuan yang berkepit dengan awek Korea di situ…”"kepandaian mereka melayan tetamu :" ibarat SITI MUSLIHAT MUSANG BERJANGGUT menyebabkan saya terasa tuan sudah me MADU TIGAkan mereka.

dan sambungan kisah di BELAKANG TABIR tuan semasa di Korea itu ada saya baca di ISTANA MERAK KAYANGAN.. di situ tertonjol sangat tahap ke'perasan'an dan ke'poyo'an tuan .....seolah-olah seperti SIBURUNG PUNGGUK.






Tuan,

Saya juga ingin merakamkan setingg-tinggi pengharagaan dan suka hati saya kerana sering kali tuan ingat kepada si Ikan Emas yang perasan selepas didodoikan dengan TIDORLAH WAHAI PERMAISURI hingga kekadang SENYAP DAN SUNYI untuk bersiaran . Oleh itu amatlah sukar untuk saya memenuhi permintaan dan syarat-syarat tuan yang saya ibaratkan macam permintaan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG yang dipinang oleh HANG TUAH.Walaupun begitu saya percaya bahawa mereka di bawah ini boleh membantu saya menyelesaikan masalah yang sudah saya tanggung SERIBU SATU MALAM ini..Kenapa saya memilih mereka sebagai ALI BABA bukannya sebagai ENAM JAHANAM ????


1.http://klcitizen.blogspot.com/ - antara pengikut ter"awal "tuan Komensen

2. http://luahfikiran.blogspot.com - Ikan Emas kagum dengan ke'veteran'annya, ke'dato' annya dan ke'doktor'annya

3. http://al-lavendari.blogspot.com namanya HAH dia pun pun pengikut Tuan Komensen ..yang tak suka MADU TIGA ( ada masuk dalam syarat ke ???)

Sekiranya pihak tuan sukar untuk memilih siapa pemenang..silalah panggil khidmat NUJUM PAK BELALANG kerana saya pasti begitu sukar untuk tuan meNILAI 3 UDA DAN DARA yang menjadi IDAMAN KALBU. Segala kesulitan tak baik untuk dikesali dan saya sesekali tidak akan PATAH HATI jikalau saya tidak menjadi PUJAAN HATIMU ! dan tidak bermakna PUTUS SUDAH KASIH SAYANG antara kita.

Sekian terima kasih daun keladi.
"Saya yang berkhidmat untuk mencari sesuap nasi"

catatan : hari ini bukan 15hb.... ( boleh buat ayat merepek dan merapu....)

WASSALAM...Siti nak tumpang lalu pak !!!










5 ulasan:

al-lavendari berkata...

saya asyik dan terbuai membaca entri ini .. dibawa berjalan2 hingga ke korea selatan dan mengimbau filem2 melayu klasik .. nasib baik dikejutkan oleh upin dan ipin.

sebuah entri yang lain dari yang lain dan sungguh kreatif .. saya tersenyum dan terhibur. tetapi sayang entri ini cepat sangat mendapat 'adik'

terima kasih banyak2 .. ia semacam tribute pulak kepada saya.

kerana entri seumpama inilah yang sering menunda hasrat saya untuk berhenti atau mengendurkan kegiatan berblog saya.

ikan emas berkata...

En AL,

namanya ia khusus untuk tuan..
maaf sekiranya ayat di atas ada yg berlajak perahu..

cuma saya tak faham sikit maksud tuan..

'tetapi sayang entri ini cepat sangat mendapat 'adik'

ikan emas berkata...

EN AL2,

adik tu sb tersilap teknik..projek ni bermula 16hb utk letak banner sj dulu..ala mcm YB buat projek mesti letak papan tanda dulu..

tp sudah silap terklik ..janji ia telah dpt disampaikan kpd tuan

al-lavendari berkata...

OOOOO .. BEGITUKAH ! SAYA PUN PERNAH TERSILAP.

NAMPAKNYA SOALAN AWAK SUDAH AWAK JAWAB SENDIRI.

Yunus Badawi berkata...

Apa yg saya nak katakan tentang n3 sudah dikatakan oleh abg AL.

Tahniah kerana begitu kreatif menyusun ayat.

Saya buat projek kena letak papan tanda takut kena saman kalau tak buat mcm tu hehehe