Khamis, 30 Disember 2010

CoRat CoRet 2010..untuk diingati!!!

Berita sedih dibulan januari
Perginya negarawan bernama ghazali
Idea Rukun Negara sebagai ideologi
Yang kita ingat sehingga kini

Ramai lagi yang dah pergi
September gempar kes sosilawati
Kisahnya membongkar banyak misteri
siPeguam menipu selama ini
Ada pula ADUN yang makin kecut hati
Syukur tak menjadi mangsa sekali
Bulan Sembilan kembalinya M. rajoli
Kisahnya patut kita teladani
Terutama yang berpoligami
Kinabatangan makin berseri
Turun naik mahkamah dengan isteri
Khir Toyo pun menjadi sensasi
Dituduh rasuah masa menjadi menteri
SPRM terus mencari
Tak kira pegawai tak kira kerani
Tak kira orang gomen atau sime darby
Sebagaimana NKRA yang dah dijanji…
Tok Najib pun dah lancar GTP di bulan Januari
Bulan enam kisah miva marmara
12 sukarelawan ditahan ke gaza
Barulah mereka digelar hero negara
9 Februari pemutus kata
Dr Zamry sah menjadi ketua
Uruslah Perak dengan sempurna
16 September tak menjadi nyata

31 tahun memegang kuasa
Akhirnya samy mengalah jua
Bulan September berlaku peristiwa
Najib mengharap undi itu bangsa
Bila palaniviel mengambil tahta
Umno pula dah terima ulama muda
Ada yang suka ada yang kata dipaksa
Cikgu pun dah boleh berpolitik semula
Semua itu nak padukan bangsa

Hanya 17 bulan Tee Keat merasa
Mac Soi Lek seks merampas semula
Amoi Chew mengota kata
Letak jawatan timbalan menteri wanita
Taib Mahmud juga yang rasa selesa
Terus berkuasa di negeri kaya
Sibu lepas ke DAP dia terlupa
Sebab dia dah dapat anak dara

Konvensyen PKR jadi sasaran
Bulan November cerita dipaparkan
Ada seleweng dan pertikaian
Sebab zaid nak pegang jawatan
Mengaku kalah sebelum pertandingan
Akhirnya dia gila meroyan
Dari AKIM ke KITA tanpa kebenaran
Empat PRK medan pertandingan
BN menang di tiga kawasan
April di Hulu Selangor BN bertahan
Galas dan Batu Sapi pun kepunyaan BN
Bukan bermakna dah tambah sokongan
Kedah ,Penang, Terengganu dah merubah kepimpinan
Shahidan tak puas hati dilantik timbalan
Udah-udah la tu..ubahlah pemikiran !!
UMNO cubalah berubah pendirian
Jangan asyik cakap sembarangan
Buatlah kerja rakyat didahulukan

Demi bangsa dan daulat yang mesti dipertahankan !!!
**************************************************
MALAYSIA DAH MENANG PIALA SUZUKI
YEAHHHH...ESOK CUTI !!!!
SELAMAT DATANG 2011......









19 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum IE

jangan rakyat dibebankan dahulu..
oh Malaysia tanah air ku

Wassalam

terokai seni berkata...

ngeh3x banyak crita skandal berbini muda je gayanya

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum IE..

Hari demi hari bulan bertukar ganti..
Selamat tahun baru buat IE..

sahromnasrudin berkata...

as salam hajah..puitis sungguh..trime kasih kerana mengingatkan kami

Abu Aiman berkata...

seronok membaca gurindam karangan IE ni, ada pengajarannya..

ikan emas berkata...

TokLi,

mualaikumsalam,

selamat melangkah ke tahun 2011
semoga tak ada lagi yang membebankan kita...


eh harga kuih dah naik ???

ikan emas berkata...

CEMOMOI,

ISH ISH ISH..

BINI MUDA BUKAN ISU NYA..
YG NK TERGELAK ADA KE HAKIM SYAREI PUN KAWIN LARI...HEHEHE

LAGI SATU..ARTIS YG KAWIN 2006 AKAN CERAI 2010, ...LEPAS NI SAPE PULAK ???

ikan emas berkata...

UST RAZ,

SALAM JUGA UTK UST SEKELUARGA..

SELAMAT TAHUN BARU 2011..SEMOGA BERTAMBAH HEBAT DENGAN IDEA YG BOLEH DIKONGSI BERSAMA.

ikan emas berkata...

SN,

SALAM,

SELAMAT TAHUN BARU 2011
SEMOGA 2011 MENJADI TAHUN YG HEBAT..

INGAT MENGINGAT AMALAN MULIA..
YG BAIK JADIKAN TELADAN,

ikan emas berkata...

AA,

SALAM,

SELAMAT TAHUN BARU..

DAH MAKIN BESAR SI AIMAN YA ???

Unknown berkata...

SALAM IE,
MACAM2 ADA BAGI TAHUN 2010 INI ! MOGA TAHUN2 MENDATANG, UNTUK KITA SEMUA, DIPENUHI DENGAN AMALAN2 KEBAIKAN

Pok Li berkata...

tahun depan apa cerita

al-lavendari berkata...

hebat awak mengarang gurindam .. boleh jadi bahan rujukan sejarah nanti.

kalau sejarah di ajar dalam bentuk ini, mungkin saya tak gagal masa spm dulu.

ikan emas berkata...

DrLF,

AMINNNN..

SEMOGA DATO SEKELUARGA JUGA DILIMPAHI RAHMAT.

ikan emas berkata...

POKLI,

2011 ADA MACAM-MACAM CERITA..
ADA CERITA BERSAMBUNG ADA CERITA BARU..DAN BAGAI-BAGAI LAGI..

HAH ?? PILIHANRAYA ??


ATAU

ADA YG KENA TUKAR KE NS ??

ikan emas berkata...

TUAN AL,

ALAA...TAK HEBAT MANA PUN
(pujilah lagi....)
SEBENARNYA LEBIH MUDAH MENULIS DALAM BENTUK BEGINI DARI NAK BUAT KARANGAN PJG LEBAR..JIMAT MASA .

P/S: SEJARAH SY PUN NYARIS KANTOI..MGGU LPS REUNION JUMPA GURU SEJARAH TU..SEDIH LAK RASANYA SB DIA AJAR SUNGGUH-SUNGGUH KITA MEMAIN AJA.

ikan emas berkata...

TUAN AL,

ALAA...TAK HEBAT MANA PUN
(pujilah lagi....)
SEBENARNYA LEBIH MUDAH MENULIS DALAM BENTUK BEGINI DARI NAK BUAT KARANGAN PJG LEBAR..JIMAT MASA .

P/S: SEJARAH SY PUN NYARIS KANTOI..MGGU LPS REUNION JUMPA GURU SEJARAH TU..SEDIH LAK RASANYA SB DIA AJAR SUNGGUH-SUNGGUH KITA MEMAIN AJA.

Bingai @ Bangang berkata...

Selamat Tahun Baru!

Saya juga ingin menjemput anda menyertai Salasilah Keluarga

Aku Yang Bingai
Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagi telur di hujung tanduk?

ikan emas berkata...

BB,

Selamat tahun baru..
Insyaallah..saya akan berkunjung ke sana