Khamis, 30 Disember 2010

CoRat CoRet 2010..untuk diingati!!!

Berita sedih dibulan januari
Perginya negarawan bernama ghazali
Idea Rukun Negara sebagai ideologi
Yang kita ingat sehingga kini

Ramai lagi yang dah pergi
September gempar kes sosilawati
Kisahnya membongkar banyak misteri
siPeguam menipu selama ini
Ada pula ADUN yang makin kecut hati
Syukur tak menjadi mangsa sekali
Bulan Sembilan kembalinya M. rajoli
Kisahnya patut kita teladani
Terutama yang berpoligami
Kinabatangan makin berseri
Turun naik mahkamah dengan isteri
Khir Toyo pun menjadi sensasi
Dituduh rasuah masa menjadi menteri
SPRM terus mencari
Tak kira pegawai tak kira kerani
Tak kira orang gomen atau sime darby
Sebagaimana NKRA yang dah dijanji…
Tok Najib pun dah lancar GTP di bulan Januari
Bulan enam kisah miva marmara
12 sukarelawan ditahan ke gaza
Barulah mereka digelar hero negara
9 Februari pemutus kata
Dr Zamry sah menjadi ketua
Uruslah Perak dengan sempurna
16 September tak menjadi nyata

31 tahun memegang kuasa
Akhirnya samy mengalah jua
Bulan September berlaku peristiwa
Najib mengharap undi itu bangsa
Bila palaniviel mengambil tahta
Umno pula dah terima ulama muda
Ada yang suka ada yang kata dipaksa
Cikgu pun dah boleh berpolitik semula
Semua itu nak padukan bangsa

Hanya 17 bulan Tee Keat merasa
Mac Soi Lek seks merampas semula
Amoi Chew mengota kata
Letak jawatan timbalan menteri wanita
Taib Mahmud juga yang rasa selesa
Terus berkuasa di negeri kaya
Sibu lepas ke DAP dia terlupa
Sebab dia dah dapat anak dara

Konvensyen PKR jadi sasaran
Bulan November cerita dipaparkan
Ada seleweng dan pertikaian
Sebab zaid nak pegang jawatan
Mengaku kalah sebelum pertandingan
Akhirnya dia gila meroyan
Dari AKIM ke KITA tanpa kebenaran
Empat PRK medan pertandingan
BN menang di tiga kawasan
April di Hulu Selangor BN bertahan
Galas dan Batu Sapi pun kepunyaan BN
Bukan bermakna dah tambah sokongan
Kedah ,Penang, Terengganu dah merubah kepimpinan
Shahidan tak puas hati dilantik timbalan
Udah-udah la tu..ubahlah pemikiran !!
UMNO cubalah berubah pendirian
Jangan asyik cakap sembarangan
Buatlah kerja rakyat didahulukan

Demi bangsa dan daulat yang mesti dipertahankan !!!
**************************************************
MALAYSIA DAH MENANG PIALA SUZUKI
YEAHHHH...ESOK CUTI !!!!
SELAMAT DATANG 2011......









Selasa, 28 Disember 2010

PuCuk Pauh DeliMa Batu..RinDukan Daku..pantun untuk dijual

Pucuk pauh delima mekar
Anak sembilang ditapak tangan
Biar jauh beribu kilometer
Jauh di mata dekat di tangan
**

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon berjuntai
Rindu hatiku bukan kepalang
Belogmu kawan kuintai intai
**
hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?
**
Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat juga tempat tujuan
**
Rotan siput rotan selumbar
Layu di api si daun halia
Sudahlah tiba bulan disember
Sayu hatiku tidak terkira
**

Buluh muda dinama rebung
Cari sampai digigit lipan
2010 dah sampai ke hujung
Cerita bersambung ditahun depan
huhuhuhu....
******************************













Isnin, 20 Disember 2010

Pengumuman

hari ni dah 20hb..jam pun dah melebihi 8.00 pagi.
Agak Tuan Komensen@PakNgah@Hj Hamzah Abd Hamid sedang sebok ni...
sementara tu apa kata kita layan ke sini:......

SURAT CHINTA UNTUK TUAN KOMENSEN










Sabtu, 18 Disember 2010

Leteran di pagi Sabtu..Lihatlah Dunia Hari Ini !!

Catatan pagi sabtu..
Mulakan hari ini dengan ucapan syukur ..
Sejuk dan nyaman hari ni..
kemudian renung-renung.. tenung-tenung….geleng-geleng..teleng-teleng

Aduhai apalah nak jadi ni..' WAHAI DUNIA ..ENGKAU LIHATLAH !!!!

Ada sorang mamat muka poyo 32 tahun guna youtube , ngaku ‘saya ok’..marilah join club !

Ada adik guna blog, sumpah seranah carut marut abang dan kaum keluarga sendiri ..kalahkan Keluarga 69..bapaknya dah meninggal, kali ni guna nama mak pulak!

Ada yang guna fb , marah-marah dan ceraikan bini..

Ada yang mengaku di surat khabar , anak yang bini dia lahirkan bukan benih dia..

Ada katak yang mulutnya tak ber’zaid’ kejap lompat ke lopak sana kejap lopak sini…semua lopak nak dikacaunya..

Betul kata orang dulu-dulu..lelaki ni kubur bini masih merah lagi dah cari bini baruu..agaknya dah berapa lama dia tidur taklena makan tak lalu mandi tak basah ..bila tak ada perempuan kat depan biji mata dia...apa nak heran, usia, kekuatan dan kehebatan bukan pokoknya..sebab pokok nya gambir banyak di Sarawak..nanti suai la kena penangan perempuan arab ..haa kau!!! Opps..agaknya orang Melayu Sarawak tak ada dalam senarai ke ????asik orang luar aje ????

Semuanya sesi membuka pekung di dada..

Marilah kita muhasabah diri..jangan nak mengumpat orang aja....tobat tobat tobat













Khamis, 16 Disember 2010

SURAT CINTA TERBUKA UNTUK TUAN KOMENSEN...

Tarikh : 19 Disember 2010 …( belum 20hb lagi )
Rujukan Tuan : 2010/12/contest

Tuan Komensen bukan SI BUJANG LAPOK
Taman Lavender Height bukan di TAMAN FIRDAUSI
Somban, Nismilan.


Tuan,


Sukacita dimaklumkan bahawa DENGARLAH JERITAN BATINKU yang saya ini bukan sesiapa kepada tuan, bukan SALAH IBU MENGANDUNG kerana saya bukan kaum keluarga , sedara mara, kerabat ,bukan ANAK BAPAK atau cucu menantu besan dan tuan sah-sah bukannya IBU MERTUAKU malah tiada kena mengena hanya saudara seagama entahlah kalau tuan telah memasukkan saya ke dalam senarai ahli KELUARGA 69 tuan.



Tuan,


Adapun tujuan saya mencatatkan SURAT CHINTA ini pada PUKUL TIGA PAGI kepada tuan yang dilayangkan SESUDAH SUBOH hari ini adalah bukan dengan tujuan hendak menyahut cabaran PANGGILAN PULAU atau apa-apa pertandingan atau kerana inginkan tawaran tiga ratus dirham kepunyaan KASIM BABA sahaja yang ditawarkan.. seperti banner DI ATAS...tidak, tidak dan tidak. Tiada dalam kamus hidup saya untuk masuk mana-mana pertandingan realiti atau tidak…apa lah sangat tiga ratus tuu…kalau tiga ratus ribu dapatlah saya pergi ke Jalan JOGET PAHANG di AIR MATA KUALA LUMPUR buat duit muka oder bently atau pun bawa balik estima macam yang tuan guna sekarang….( ala-ala nak lawan tokeh) ..Pun begitu JIKALAU ABANG MERINDU hendak mengirimkannya kepada saya yang MISKIN hina dina ini maka telapak tangan yang kecil ini akan menjadi selebar negara PASIR BERDEGUNG untuk menerima habuan tersebut. Sekurang-kurangnya dapatlah saya mengurangkan kos bagi membeli burger atau boleh dihulurkan kepada tauke salun untuk saya ke spa berjumpa DOKTOR RUSDI untuk merawat muka saya yang semakin berkarat ini ibarat si PENARIK BECA yang terkena HUJAN PANAS.


Tuan,


Sayugia suka saya kembalikan ingatan tuan bahawa saya bukanlah SERI BUNIAN atau ALOHA tetapi si Ikan Emas yang sejak tuan /belum glamer lagi dah men jadi peminat setia tuan…hehehe..tak caya ???..cuba semak
members Komensen ni .Jika nak tau bahawa Tuan HAH pun jadi follower tuan AL selepas saya tau !!!…itu belum termasuk si ikan emas yang suka terjun dengan LABU LABInya di kolam kepunyaan tuan yang lagi satu di sinun.


Tuan,


Sejak itu..saya semakin RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA untuk berkunjung dan ditemani oleh tuan dengan cerita lucu, sinis..terkena dan mengena !..kekadang ada perisa MASAM-MASAM MANIS adakala terkena cili api bara..podeh, panas dan terhangat !!



Cerita tuan seolah-olah bumi yang bulat ini sudah tuan kelilingi..terasa sangat antara kita ada DUA DARJAT. Agaknya macam mana kepala tuan tergantung bila berada hampir dengan kutub selatan…dalam banyak-banyak TERKENANG MASA DULU ialah semasa tuan di KOREA SELATAN..( bukan MELANCONG KE TOKYO ) itu semuanya kerana penangan Winter Sonata ALAKAZAMMMM dan kerana tahap terlampau ke’jeles”an saya terhadap tuan yang berkepit dengan awek Korea di situ…”"kepandaian mereka melayan tetamu :" ibarat SITI MUSLIHAT MUSANG BERJANGGUT menyebabkan saya terasa tuan sudah me MADU TIGAkan mereka.

dan sambungan kisah di BELAKANG TABIR tuan semasa di Korea itu ada saya baca di ISTANA MERAK KAYANGAN.. di situ tertonjol sangat tahap ke'perasan'an dan ke'poyo'an tuan .....seolah-olah seperti SIBURUNG PUNGGUK.






Tuan,

Saya juga ingin merakamkan setingg-tinggi pengharagaan dan suka hati saya kerana sering kali tuan ingat kepada si Ikan Emas yang perasan selepas didodoikan dengan TIDORLAH WAHAI PERMAISURI hingga kekadang SENYAP DAN SUNYI untuk bersiaran . Oleh itu amatlah sukar untuk saya memenuhi permintaan dan syarat-syarat tuan yang saya ibaratkan macam permintaan TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG yang dipinang oleh HANG TUAH.Walaupun begitu saya percaya bahawa mereka di bawah ini boleh membantu saya menyelesaikan masalah yang sudah saya tanggung SERIBU SATU MALAM ini..Kenapa saya memilih mereka sebagai ALI BABA bukannya sebagai ENAM JAHANAM ????


1.http://klcitizen.blogspot.com/ - antara pengikut ter"awal "tuan Komensen

2. http://luahfikiran.blogspot.com - Ikan Emas kagum dengan ke'veteran'annya, ke'dato' annya dan ke'doktor'annya

3. http://al-lavendari.blogspot.com namanya HAH dia pun pun pengikut Tuan Komensen ..yang tak suka MADU TIGA ( ada masuk dalam syarat ke ???)

Sekiranya pihak tuan sukar untuk memilih siapa pemenang..silalah panggil khidmat NUJUM PAK BELALANG kerana saya pasti begitu sukar untuk tuan meNILAI 3 UDA DAN DARA yang menjadi IDAMAN KALBU. Segala kesulitan tak baik untuk dikesali dan saya sesekali tidak akan PATAH HATI jikalau saya tidak menjadi PUJAAN HATIMU ! dan tidak bermakna PUTUS SUDAH KASIH SAYANG antara kita.

Sekian terima kasih daun keladi.
"Saya yang berkhidmat untuk mencari sesuap nasi"

catatan : hari ini bukan 15hb.... ( boleh buat ayat merepek dan merapu....)

WASSALAM...Siti nak tumpang lalu pak !!!










Jumaat, 10 Disember 2010

GILA - macam-macam GILA

11.2 peratus orang dewasa dan 20.3 peratus remaja di Malaysia menghidap sakit mental atau GILA….wooooooooo banyaknya….itu belum dicampur tolak darab bahagi yang tak masuk dalam senarai…GILA MACAM-MACAM GILA…



1. Gila buku – cerdik


2. gila bayang – angau


3. gila motor – mat rempit


4. gila makan – boroi gile


5. gila gangdut – pekak bingit


6. gila betina – nafsu senget


7. gila jantan – songsang


8. gila ah long –kaya hutang


9. gila MLM – kayer gila


10. gila fb – berhantu


11. gila dadah – lalok


12. gila botox – cun plastik


13. gila kopi – lembik


14. gila shopping – harga gila


15. gila kuasa – mewah rasuah





p/s : suka baca GILA-GILA

















Khamis, 9 Disember 2010

Komunikasi Menggunakan Buku Muka sahaja..

Banyak kaedah komunikasi yang digunakan bagi menyampaikan rasa hati dan kehendak kita…
Ini zaman dunia tanpa sempadan …
( sebelum ni ada ke tanda sempadannya ??? )
Orang kata 'face to face communication' dah tak berguna lagi..
orang lebih suka guna media siber..
( ngadap muka skrin bukan menghadap muka orang )

Relevan lagi ke komunikasi bersemuka ini ?? Apa kata wanita

1. Boleh kita berkenalan ??....boleh

2. boleh kita couple ??...boleh..malah banyak kes ‘tipah tertipu bang….!!

3. Kalau nak akad nikah ?...dah ada orang buat kan ?

4. Kalau ehem ehem ehemada jg spesis yang buat….tak caya ??..

5. Exam..OUM dah buat ( tapi kena masuk kelas jg ……)

6. Mintak kerja…Cari projek..cari tender…?...banyak dah jadi kaya raya…banyak juga yg jadi kayap melarat

7. Jalan-jalan cari makan…boleh !..Ikan Emas ni pun pelanggan Mangkuk Tingkat !! ( tapi tetap face to face dengan cashier di Gulatis.. Jusco …..hehehe)

8. Mengundi pilih wakil rakyat…boleh kot..nanti SPR kena fikir

9. Kempen pilihanraya…hah ??...apa jadi kalau calon tak tunjukkan muka …kalau tak ader projek atau bantuan dihulur????...mesti parti tu dah bungkus !

10. Apa kata kalau Pak Najib dan RM dok diam-diam kat Seri Perdana ???...siapa berani nak jawap ??



































Jumaat, 3 Disember 2010

AnDai MasA BoLeh kuUndurKan...



HARI INI DAH 3 DISEMBER 2010 BERSAMAAN 26 ZULHIJAH 1431..


TERASA BEGITU CEPAT

ADAKAH KERANA ;


MASA YANG DAH SEMAKIN MENGECIL

ATAU

AKU YANG LEKA
TAK MAMPU MENGEJARNYA ???

Andai dapat

Ku undurkan putaran dunia

Ingin ku ubah semula kata

Dan tingkah laku ku yang salah

Agar kita dapat seiring

Di mercu asmara





MENYESAL TAK GUNA
AKU BUAT AZAM BARU

LAGIIIII ????