Harga ayam dah naik, harga teh tarik, kopi , susu dan capati pun sama. Harga gincu dan lipstik yang kononnya punca ramai yang tuntut fasakh pun naik juga. Harga tiket tengok bola pun naik hampir seganda..alasan yang sama ..kos modal naik!!!! Gaji kaki dan tangan kerajaan naik ??? gaji naik tak seberapa, bonus pun seciput..budak berumur dua tahun pun boleh kira. tapi impaknya …???? memang kaki dan tangan ku dikerjakan !
Protes senyap!! Kalau sudi marilah kita bersama-sama menyertai kempen yang disarankan oleh Cuepacs. Ahli MTUC dan ahli yang kuat warani gagah perkasa pun telah setuju. Belia muda dan belia tua MAYC pun sama. Kalau dikira jumlah keahlian memang berjuta-juta..ramai dan hebat bunyinya.
Bagi yang dah menangis beli tiket RM50 tuu..silalah beratur untuk dapatkan baki RM20..kalau sanggup la.
Protes senyap : kalau membeli belah jangan kecoh bawa kawan-kawan pergi ke Bandung...pasar malam pun tak payah, ketika makan diam, jangan bercakap-cakap. Bercuti hanya di rumah sendiri tak payah nak bawa anak-anak ke Langkawi, PD atau ke sunway..
Tak payah ke stadium untuk terjerit-jerit membodohkan pemain bola NS vs Terengganu .
CUMA pastikan jangan senyap ketika hulur duit kepada orang tua !
MARILAH KITA BERJIMAT CERMAT. Gunakan basikal, pakai bedak sejuk buatan sendiri, makan pucuk ubi yang ditanam di belakang rumah, minum air hujan…….bla bla bla….
p/s : aku rindukan bumi Mekah..Madinah !!!
7 ulasan:
SALAM,
SETUJU, KITA SEHARUSNYA BERJIMAT CERMAT. TAPI LF TAK BOLEH NAIK BASIKAL. LUTUT NI ADA MASALAH SIKIT
saya pun dah bercucuk tanam sayur2an dan telah menuai hasillnya di belakang rumah sebagai langkah berjimat cermat dan mendapatkan bekalan yang segar dan selamat.
Salam IE,
Berjimat cermat mmg amalan murni dan patut diamalkan. Tapi kalau harga barang dan perkhidmatan terus saja naik, kita kena cari alternatif lain selain berjimat cermat.
Cara paling logikal ialah dgn menambah pendapatan.
Well easier said than done.
LF,
kesian ada jg yg tengah naik basikal kena hempan dek pokok kelapa...
al-L,
hari ni sy ada bawa ke pejabat hasil kebun belakang rumah saya..pisang lang dan pisang kechik apa tah namanya yg macam pisang emas tuu..
YB,
hehehe..memang YB ni kepala bisnes...
ada byk alternatif nak tambah pendapatan..tp byk yg nak cepat ..maka beramai-ramai la mereka join MLM, labur jongkong , jula ubat kuat bagaii
walopon semua naik jangan sampai kaki dengan tangan naik... susah lagik hada
Catat Ulasan