Jumaat, 12 Julai 2013

Kisah wanita di bulan puasa...

Wah..syukur dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Kalau ditanya rutin seorang wanita tentu merekalah yang paling hebat. Mai kita tgk apa depa dok buat dalam sehari ya >>

kul 4..mata dah celik walaupun alarm tak berbunyi lg. Syukur hidup lg hari ni..kepala terus fikir apa nak masak sahur ni ?..Supp..basuh muka, masak air...Masak nasi. ..Bukak peti ais apa nak masak ?..goreng ayam, goreng capati, capai ikan sardin ....siap. Eh belum..bancuh air.. Aduiihai meja tak siap lg..capai pinggan, cawan..Opss..lupa nak kejut dia orang. Kejut bapaknya dulu n then  yg ada anak tiga empat...ketuk bilik masing-masing...anak kecil, anak dara, anak teruna sama aje..terus duduk n capai pinggan !!...Kenyang ..Yang si emak baru nak capai pinggan utk makan..Tak selesai lagi. Pastu nak kemas meja, basuh pinggan mangkuk...aduhaii...rehat kejap!

Tetiba dah dengar bunyi org mengaji dr surau. Terus mandi, solat dan mengangkat doa mohon kesejahteraan keluarga. Kalau ada anak yg sekolah..kena uruskan mereka pulak. Pastu siap-siap nak pegi kerja. Colek sikit-sikit muka agar tak pucat sgt bila sampai pejabat nanti.

Sampai pejabat..Rehat 1-2 minit. Mulakan kerja pejabat pulak. Layan la karenah kekawan, anak buah atau bos. Belum lagi kalau kena kerja jumpa orang..masak nak control emosi.Tengahari waktu rehat bukan rehat..rasa macam nak luruskan pinggang tp kekawan ajak sembang pulak. Gossip bulan puasa mesti fasal menu apa hari ini. Yang orang leaki pun lagi sebok. Macam-macam menu keluar dan mereka syorkan.. Kalau tak rehat kat pej..ramai kaum hawa yang mengisi masa tgh ni keluar shopping ..shopping barang nak berbuka puasa..shopping pra -persiapan hari raya..hari-hari ada aja yang tak cukupnya..( laki depa bagi duit ke ???.....tak kotttt)..Jln TAR di kl , Alamanda di Ptjya atau kat mana-mana pun sama aja la.Atau cuba la pulak pegi ke KM Plaza ( Kelab Melayu)  Seremban ( walaupun org kemboja yang niaga kat situ...)

Petang..gegas-gegas balik nak sampai awal rumah. Singgah pasar Ramadhan.Sampai rumah lepas selesai wajib asar siap untuk berbuka pulak. masak ikut menu yang diorder oleh en suamai atau masakan anak-anak. Keinginan sendiri tak dilayan....

Lepas berbuka , yg lain terus duduk depan tv, yg si mak masih kat dapur kemas sisa-sisa berbuka tadi..Maghrib..siap nak pegi terawih. Balik terawih teringat homework anak pulak. Yang si ayah pun sebok order itu ini nak sambung makan...

baru nak landing tetiba teringat kain tak basuh lagi. kain yg dibasuh smlm msh belum bersidai. Tu belum ternampak kain yg dah dicuci tak berlipat dah berhari-hari.Nampak pulak lantai dah berhabuk tak bersapu, capai penyapu , capai bulu ayam...sapu dan lap apa yang patut. Eh tak boleh jadi ni...baik masuk tidurrr....mata nak lelap tapi dok teringat esok nak masak apa ????

Ini baru sebahagian dari cerita sehari seorang WANITA

#IE tak la kalut macam nie...

.

5 ulasan:

atuk berkata...

Salam Ramadhan IE

Insyaallah
Syurga menanti isteri yg solehah

Aktual berkata...

kisah yang manis, sebentar lagi puasa kembali :)

yanmaneee berkata...

yeezys
nike shox
jordan 4
jordan shoes
kd shoes
golden goose
balenciaga shoes
supreme
kyrie irving shoes
jordan shoes

shepoa berkata...

he has a good point why not try this out websites you can try here a fantastic read best replica bags online

Tanpa Nama berkata...

replica prada nylon bags see page k0x86v0q73 replica nappy bags replica bags aaa fake hermes k0x12n6v06 replica bags vancouver linked here s6g92d0v19 gucci replica handbags replica bags new york c8w42d3h58