Selasa, 28 Jun 2011

Nak Baju percuma ???... MERAH ke KUNING ????

Hari ini Isnin. Setiap Isnin IE pergi keja pakai baju merah. Sebab nak cergas dan aktif sikit.. Konon katanya Merah melambangkan kekuatan, agresif dan mampu meningkatkan semangat.

Tapi ada yang sibuk kempen supaya setiap Sabtu diminta pakai baju kaler kuning…pokok dek den la nak pakai baju warna apa pun..merah ke , biru ke kuning ke ??

Masalahnya kenapa lak nak kecoh berhimpun ramai-ramai..berembun berpanas terik , ntah-ntah kena hujan kat jalan-jalan ??..ish kot iyer pun nak komplen itu nak minta itu ini..ikut la saluran betul..tiga empat orang pergi cukup la..tak pun upah mat despatch hantar kan., Kalau nak glemer minta Nabil ..bergesuppp sampai ..buat apalah si ambiga tu bega sangat ??..Bodoh betul orang Melayu tak kenal mana si penghasut nombor satu ni..

Yang nak pakai baju merah tu pun sama jugak bodohnya..kalau dah kuning berhimpun untuk memBERSIH, terjerit pekik kat jalan ..yang sibaju merah pun tentulah lebih kurang sama saja…haram tu tetap haram !!..PATRIOT sangat ke kalau macam suka nak berdemontrasi macam si baju kuning ??? Tentulah fikiran sibaju merah pun lebih kurang sama saja macam si baju kuning ???

Bila kuning bertembung dengan merah..jadi kaler oren kan ???..apa maknanya ??? Maknanya tentulah makin huru hara..gaduh-gaduh..baling-baling batu..ada pulak Pak Polisi siram air sembur asap asid bagai..mana lak tau ada mat bangla mat indon mat nepal tumpang sekaki bawa pedang samurai belantan..Lepas tu Bob Lok boleh rakam buat filem ..keluar tv, Namewee pulak keluarkan kat youtube…satu dunia tahu Malaysia negara huru-hara tak aman..suka perang…antara siapa ?? Melayu sesama Melayu la….orang lain tepuk tangan …Siapa yang malu ???..Siapa yang rugi ?????...Siapa pula yang tepuk tangan..untung ??

IE sampaikan pesan..janganlah terpengaruh dengan jemputan ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ..Tak kira la baju percuma warna merah atau kuning. Tak payah la nak pergi shopping kat Sogo..Sampaikan juga pesanan ini kepada anak-anak, adik-adik..sedara mara. Baik kita duduk aman ontok-ontok kat rumah.

P/S: 9 Julai ni kat Putarajaya pun ada Perhimpunan ...Hari Koperasi.






























Khamis, 16 Jun 2011

Main KuTu

Kechik-kechik dulu IE pernah main kutu. Tak banyak . Ala…RM1.00 sebulan sahaja..main sepuluh orang , dapatlah RM100.00…puhhh ..tapi masa nak tunggu sampai giliran punya lah lambat.

Opah dan orang kampung pun biasa main kutu. Sama ada main kutu dapat cash atau beli barang kemas atau barangan macam pinggan mangkuk periuk belanga. ..ada yang pergi Mekah atau kahwin guna duit kutu!! Selalunya giliran pertama mestilah siapa yang jadi ketua. Itu aje yang ketua dapat . Tiada komisyen atau caj apa-apa pun. Cukup bulan si ketua akan datang kutip..Pokoknya si ketua dan ahli mesti jujur dan amanah. Tu sebab sebelum nak main kena pilih geng yang benar-benar mampu bayar setiap bulan dan bukan kaki tipu. Ada juga yang main ikut minggu atau ikut hari. Mek kelete hok bayok emas tu gitulah kaedahnya .

Kat pejabat ni pun dulu ada juga dia orang main kutu ni ..dah tak der lagi kot..maklumlah semuanya dah kaya !!!

Itu dulu. Sekarang dah banyak bijak pandai.Mak timbullah idea nak buat skim ambil kaedah dari main kutu ni. Pak Man Telo antara yang berjaya mengumpul banyak ahli..lepas tu macam-macam skim timbul .guna berbagai-bagai nama ..katanya bukan skim cepat kaya..macam-macam strategi dan promosi. Ada pulak caj perkhidmatan ..Dek kerana semuanya kaedah mudah, cepat dan matlamat utama nak cepat kaya , maka ramailah yang menawarkan diri untuk ditipu…..

Tapi yang sebenarnya yang jadi kaya hanya seorang dua yang sebenarnya siPenipu!!

Ada kaedah labur@ duit

Ada kaedah bukak bisnes kiosk air..ubat kuat …kosmetik pun ok

Ada kaedah tabur kat kolam cacing… ikan keli…buaya

Ada kaedah beli emas…dinar …zulian ??

Ada kaedah tambang murah pergi melancong ..melencong

Ada kaedah pakej sedekah oleh orang kaya untuk buat umrah

Tak lama lagi akan ada yang pelawa labur duit bukak ladang lembu di Kazasthan!!!

Elok lah kalau ada undang-undang atau akta yang melarang individu atau syarikat yang menganjurkan perniagaan atau Skim Kutu ini. ..tapi kalau setakat main kutu RM1.00 atau RM100 oleh kumpulan kecil tak per kot.























Isnin, 13 Jun 2011

Kita Hijaukan bumi ini..

Tuan-tuan dan puan-puan,
Ada punTeknologi hijau adalah merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negetif daripada aktiviti manusia.


....adoiiii...Ceramah apa ni ???..bergulung lidah den nak menyebut eaaa.


Pemanasan global. Sekarang ni kita amat terasa dengan perubahan cuaca ..panas sana panas sini..kejap hujan kejap panas..terbakar sana , jerebu sini. Gempa sana , tsunami sana gelombang sini. Udara , air ,bunyi semuanya dicemari. Asap kilang, asap kenderaan , sampah bertimbun-timbun menjadi punca peningkatan suhu dunia .


Bila cuaca dunia panas..suhu badan manusia pun jadi panas..semakin baran, semakin bengis..semakin banyak yang mengamuk, dera mendera ..bunuh membunuh
Apa amalan hijau kuning biru yang boleh kita lakukan ?...

Jimatkan penggunaan tenaga ..


Bagaimana ?


...nak membeli belah ..tak payah la guna beg plastik lagi..lenggang kangkung aja


... tak payah guna kenderaan..naik basikal aje la.


...bawa bekal air sendiri..tak perlu beli botol-botol


..kalau nak tapau makanan tu..bawa bekas sendiri...beli taupperware mahl-mahal tapi disimpan aje buat apa!


...tak payah guna lampu ..pakai pelita lagi sahaja tak pun guna cahaya matahari atau bulan , itu lagi baik


Kalau nak halau nyamuk atau lipas kat rumah kita..tak perlu sembur dengan ridset ..biarlah mahkluk tu pun nak tumpang hidup juga di bumi tuhan ni.


.mari kita bercucuk tanam,.tanam bunga, tanam pokok bawang..pokok ubi kayu supaya memberi kita banyak oksigen ..tak ler menyedut udara hitam.


..kalau tanam pokok tak payah la nak sembur dengan racun serangga atau nak bubuh baja kimia ....


...BIASAKAN DENGAN 3R ..REUSE, REDUCE, RECYCLE

SEJUKKAN BADAN DENGAN AMALAN ZIKIR!!















Rabu, 8 Jun 2011

Tolong Saya Bantu Masalah siDura nie...




Ada satu kes.. dia seorang perempuan muda. Rupa ada tapi jarang bermake up dan dek kerana badan tu ada terlebih sihat dia malu nak pakai baju kurung…tapi bila sesekali dia colek muka dia ..baru nampak keayuannya.

Bukan itu nak diceritakan..sebenarnya IE nak minta pandangan mengenai kes dia ni. Dia baru saja tukar ke tempat kerja IE. Baru dapat kerja tak sampai setahun, sebelum ini dia kerja di KL. Belum cornfirm pun. Jenis kerja ni perlu bakat dan skill..maknanya tak semua orang boleh buat….dan perjawatan dia ni hanya satu aja ada di sini.




Dia amat gembira dan bersyukur dapat kerja ini…orang lain sukar nak dapat. Cuma kerja ini memerlukan dia keluar dari pejabat tak kira masa, tempat dan tak kira hari apa. Dia dah kahwin, suami pula kerja tak tetap ,ada kerja ada gaji dah tu pula kerja tak kira masa juga ..artis la katakan.



Dia orang KL, suami orang Pahang ..duduk di Melaka ,dulu kerja di KL dapat tukar ke Seremban.


Apa yang jadi masalahnya??



.. Dia ada dua orang anak ditambah pula dengan 4 orang anak angkat semuanya berusia antara 4 tahun dan 2 bulan. Anak-anak angkat ini merupakan anak-anak yang dilahirkan dari insan bermasalah. Maknanya dia ini seorang yang amat prihatin dan suka membantu golongan yang bermasalah sosial.



Tiada penjaga yang sanggup untuk menjaga anak-anak dia ni..ramai la katakan. Ada nursery pun kira waktu .


Dia hanya gred 17, nampaknya gajinya melebihi daripada perbelanjaan termasuk urusan makan minum dan duit minyak dia berulang alik Melaka-Seremban.


Kerja dia ni tak tentu masa..dengan kediaman yang jauh, anak yang ditinggalkan menyebabkan tahap kerisauan dia tak dapat dibendung lagi. Nursery tempat anak-anak ditinggalkan pulak cukup berkira berkenaan masa dan bayaran..


Dia terasa cukup bersalah kerana bila diberi tugasan dia tak boleh nak mengelak sebab jenis kerja dia ni tak boleh nak ditolong-tolong. Sedangkan dia hadir untuk mengisi jawatan yang telah kosong beberapa bulan lamanya. Tentulah bos dan rakan-rakan sekerja menaruh pengharapan yang tinggi terhadap kehadirannya walaupun mereka mengharapkan yang datang tu seorang lelaki...tapi tak kisahlah !!.


Suami dia pula dah mula sound..mungkin selama ini suami dia memang dah banyak membantu dan sama-sama menjaga anak-anak tersebut..daripada terbiar atau dibuang mereka sanggup mengambil dan menjaga anak-anak tersebut…banyak pahala mereka ini.



..Bos dia dan rakan lain dah bagi nasihat dan kaunseling.


..Akhirnya dia terus tak datang kerja dan kononnya ambil keputusan memohon cuti tanpa gaji selama setahun.


Persoalannya;
1) Kalau anda jadi DIA apa yang akan dilakukan/
2) Kalau anda KETUA dia ..bagaimana ?..kepada orang pejabat kerajaan tentu tahu prosedur nak mohon cuti tak bergaji ni kan ???








Isnin, 6 Jun 2011

RESENSI BUKU 1- MenGilap KeMurnian HaTi

“Apakah kita orang yang menepati janji ?”
“Tentu, saya seorang yang sentiasa menepati janji…”



Atau..

Kita selalu berkata ..
Beresss….
Siap !!
Tentu sekali !!!
Tengoklah..
Insyallah…


Dari buku Memperbaiki Kemuliaan DIRI Menggilap Kemurnian Hati”
Tulisan Amru Khalid dicatatkan lima bahagian Menepati Janji @ Akhlak wafa’ iaitu;





  1. Menepati Janji kepada Allah s.w.t


  2. Menepati janji kepada Rasul-Nya

  3. Menepati janji kepada manusia dalam menjalin interaksi dengannya.

  4. Memenuhi hak terhadap orang yang telah berjasa kepada anda


  5. Memenuhi hak terhadap orang yang anda kenal sepanjang hidup anda.


IE suka baca bab perkara yang ke lima itu…dalam banyak-banyak orang yang kita kenal sama ada dekat, jauh atau dalam maya, kekadang ada yang lupa orang yang paling hampir dengannya ..ISTERI !




Untuk lebih memahami sila cari buku ini :




p/s: IE akan cuba catat sedutan atau petikan dari buku-buku yang IE baca..tak kira buku agama ke, motivasi ke, novel cinta ke atau komik.... cerita hantu tak main laaa






















Rabu, 1 Jun 2011

Jenjit-JenJit Semut..SemUa nak Naik

Harga gula dah naik…kuih jadi semakin mengecil, teh tarik semakin cair
Tapi
orang kita duk kerumun lagi kedai mapelai
Kopi 7 dalam 1 …Oldtown Coffee ..kopi janda
Kilang Coca cola nak dibuka
Pesakit kencing manis semakin ramai
Hospital swasta makin glamer

Harga petrol naik…tangki minyak semakin lapar
Tapi
jalanraya masih sesak dengan kenderaan..
Jualan Honda mencanak-canak
Saga pun macam goreng pisang
TNB untung berlipat ganda Petronas bayar 6 bulan bonus

Bil elektrik dah naik…mata semakin kabur
Tapi
Di pejabat komputer dibuka 24 jam
di jalanraya lampu lip lap semakin terang benderang
Tidur lena merengkuk diulit dingin aircorn ditonton tv
Cyber Café semakin penuh,
suara semakin melalak-lalak di pusat karaoke sampai ke pagi


Gaji aku tetap macam ni jugak.......
.....habis tu nak salahkan siapa ??