Khamis, 26 Mei 2011

DeTik iTu Datang Jua

Detik demi detik
hari demi hari
bulan berganti tahun
Akhirnya waktu ini menjengah tiba

kita menjadi semakin akrab
dan semakin akrab
Setia melengkapi waktu
mengisi impian menenun iltizam
menganyam puing cita dan cinta
menjulang ia menjadi puncak gemilang

Bagai nakhoda samudera membelah lautan
Dikau guru menyusur denai visi dan misi
Dikau permata menyuluh panduan
Bunga silatmu tangkas mengawal gelombang paluan gendang pendekar
Marahmu tanda kasih
Sindiran mu tanda sayang
Tawa dan senyummu tanda cinta……..


Persinggahanmu tuan..
Sejuta langkah Penuh pesona … merentas cabaran dan onak…
Bagai Matahari yang menyinari sepetala bumi
Engkau……
Menyirami roh di dalam jasad … yang ketandusan di padang pasir gersang
Bagai hujan……
Kau basahi dan bajai jiwa yang resah, gelisah dan kesepian….

Kau bagai udara untuk ku hirup tiap masa
Bagai mentari yang menerangi bulan purnama…
Kerlipan jasamu dan karismamu
Umpama kelipan intan di langit biru

……….
Begitulah cinta dan ukhwah kita yang sejati
Jalinan Yang Suci direstu Ilahi
Budi menggunung pengorbananmu dihargai………
Ikhlas prihatin mulianya hatimu sukar kucari ganti…
Emas pualam galang gantinya…

kita tempuh segala-galanya dengan lapang dada
Persis aur dan tebing
Kita satukan satu jiwa satu harapan satu impian…..
bila dicubit
kita sama terasa
panas terik, hujan badai
kita redahi bersama

Kita leka dengan visual menjulang kemerdekaan
Kita sama-sama teresak dalam tangisan rintihan dunia…..
Kita jeritkan laungan Wawasan dua puluh dua puluh
Kita sama mendongak menjulang semangat 1 Malaysia

Hanya Allah mengetahui ,
Maha suci Engkau Ya Allah……….
Maha suci Engkau Ya Allah

Terlalu banyak pengorbananmu tuan
Terlalu banyak budimu tuan
terlalu banyak kenangan antara kita bersama…….
terlalu banyak.....

namun pertemuan itu pasti…….ada penghujungnya
perpisahan juga pasti……menjelma jua
itu lumrah alam…
itu hukum alam…..
kita bertemu kemudian berpisah

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan
kerana takdir yang maha esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan………
Perpisahan ini akan kita lewati jua
Simpan kenangan ini dalam hatimu dalam cintamu
Selamanya

" tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan"

Anak Cina pasang lukah
Lukah dipasang di tanjung jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


mei 2011


****************************************


p/s: lama tak menulis di sini..harap ada yang masih sudi menziarah







Isnin, 16 Mei 2011

CikGu....Maafkan Saya !!!

Salam Hari Guru..

Kita akui pengorbanan yang diberikan oleh golongan guru. Tetapi mereka kena terima hakikat bahawa pekerja lain pun berkorban untuk membangun negara dan memastikan modal insan yang cemerlang..Hari ini tanggal 16 Mei..ketika ramaigolongan pekerja memerah keringat dan fikiran bekerja untuk mencari rezeki bagi memastikan anak mereka dapat ke sekolah...ada ramai guru-guru tersenyum mengira bilangan hadiah yang diberi oleh anak murid. Anak murid pulak melompat gembira sebab tak payah masuk kelas...

Maaf kepada Cikgu kalau terasa dengan catatan ini...



****************************



Cikgu!


Maafkan aku kerana telah mencuri masa emasmu


Maafkan aku kerana membiarkan bajumu basah dek titik peluh


Maafkan aku kerana terkejut dengan bersin hidungmu dek sedutan habuk kapur


Maafkan aku kerana pekak tak mendengar jerit laungmu


Maafkan aku kerana bangga dek warna merah dari pen yang kau catat di bukuku


Maafkan aku kerana berdekah-dekah melihat kasutmu yang haus dek memanjat dari tingkat ke tingkat dari kelas ke kelas


Maafkan aku merana memerah otakmu untuk ku gali ilmu-ilmu dunia dan akhirat.




Terima Kasih Cikgu!!!














Ahad, 15 Mei 2011

Bila Penyakit Malas Menyerang ...

Salam Hari belia..
Kepada para ibu ...Selamat Hari Ibu
Kepada cikgu..selamat Hari guru...

Lama tak menulis ni..hampir dua minggu bertapa ada perkara yang dibuat. Pergi jalan-jalan dan tinjau sana tinjau sini...Selain daripada itu sebenarnya yang paling teruk kerana terkena penyakit malas. Penyegan kata orang Perak. Tetiba kena virus ni. bila tengok benda ni macam rasa malas saja...bukan benci. Rindu juga .Rupa-rupanya laman blog ni pun diserang virus juga..Harap-harap penyakit ni tak merebak..

p/s; dikatakan penyakit malas ni sahabat syaitan..opss..rasanya malas IE ni tak termasuk dalam kategori sahabat syaitan.