Isnin, 22 Julai 2013

Sah! Kaum Wanita Amat Komited Dalam Kerjaya Sampai Lupakan Anak


Dek kerana terlalu komited dgn kerja ..dah terlewat nak pegi meeting penting ...Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas selepas 5 jam dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya. Ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta . Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang. Pakar kata Nawal mungkin dah meninggal sekitar 2.30 ke 3 jam selepas ditinggalkan.
 
Kes yang sama pernah berlaku tahun lepas yang turut melibatkan seorang guru di Seremban yang bergegas nak  masuk kelas untuk mengajar.

Jam 8.30 malam sehari selepas itu di Telipok, seorang kanak-kanak perempuan hampir lemas sebab ditinggal dalam kereta oleh ibunya yang sebok beli barang dapur. Nasib baik ada orang nampak dan anak yang berumur enam tahun tu pandai bukak pintu kereta yang berkunci tu.

Kes yang sama pernah berlaku di temat letak Plaza Ampangan Seremban..orang ramai terpaksa pecahkan tingkap kereta sebab anak kecil yang ditinggal ibunya dah  berpeluh-peluh menangis dan tak pandai nak bukak kunci kereta..Last last si bu tiba dgn menjinjing barang dan marah-marah kat orang ramai sebab pecahkan tingkat keretanya !...apa kes ni ??? . Patut bagi terima kasih , ni tak ..kalau dah mati anaknya tu baru menyesal sehidup hidup. 

Ini dua-tiga kes yang hampir sama. Malah sebenarnya banyak kali juga kita tengok kes seumpama ini. Emak ayah selamba aje tinggalkan anak-anak kecil atau besar dalam kereta ( tak kira la enjin dipasang atau tak ..) pegi bank la, singgah petrol pam la..singgah kedai la...

Cuba fikir..apa akan jadi ?/..kes anak lemas sebab peredaran udara  dalam kereta, kes anak kena lari/culik ???.....kes terlanggar anak sendiri semasa mengundur kereta serta ada berbagai kemungkinan lagi...

Isunya yang IE nak tulis ialah “-

  •  Adakah Nampak sangat orang perempuan ni terlalu taksub dengan kerja ..kesebokan tahap melampau sebab semua nak diurus dan dibuatnya..urus anak, urus adik, urus rumah tangga , nak meting nak masuk kelas...pot pet pot pet... 
  •     Adakah Orang perempuan ni tak pandai nak mengurus emosi ?..sampai kalut sana kalut sini..anak pun lupa sebab takut bos marah ?
  •    Siapa pengerusi mesy tu ? ..tak kira la tan sri ke datuk ke ? datin ke ? pengarah ke ? pengetua ke ?..jangan la dok tengking tengking depan ahli mesy kalau ada ahli yang lewat masuk meting..kompromi la sikit.
  • Mana peranan sang suami ??...bila dah jadi hal begini ..silap hari bulan si suami bukan nak tenteramkan emosi si ibu malah  kaw kaw marahkan si isteri...
  • Kepada sang suami jadikan kes kes ini sebagai pengajaran dan panduan. Hulurkan bantuan dan kerjasama dengan isteri uruskan rumah tangga..jangan dok nak mengangkang dan tau order sahaJA
  • Kepada wanita khususnya yang bekerjaya..pandai-pandailah bahagi dan uruskan masa dan emosi.  Sehebat manapun wanita peranan sebagai ibu dan isteri tetap penting
  • Kepada bos-bos fahamilah masalah anak buah.


Relax dan tenangkan hati di bulan Ramadhan ini.....



Jumaat, 12 Julai 2013

Kisah wanita di bulan puasa...

Wah..syukur dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Kalau ditanya rutin seorang wanita tentu merekalah yang paling hebat. Mai kita tgk apa depa dok buat dalam sehari ya >>

kul 4..mata dah celik walaupun alarm tak berbunyi lg. Syukur hidup lg hari ni..kepala terus fikir apa nak masak sahur ni ?..Supp..basuh muka, masak air...Masak nasi. ..Bukak peti ais apa nak masak ?..goreng ayam, goreng capati, capai ikan sardin ....siap. Eh belum..bancuh air.. Aduiihai meja tak siap lg..capai pinggan, cawan..Opss..lupa nak kejut dia orang. Kejut bapaknya dulu n then  yg ada anak tiga empat...ketuk bilik masing-masing...anak kecil, anak dara, anak teruna sama aje..terus duduk n capai pinggan !!...Kenyang ..Yang si emak baru nak capai pinggan utk makan..Tak selesai lagi. Pastu nak kemas meja, basuh pinggan mangkuk...aduhaii...rehat kejap!

Tetiba dah dengar bunyi org mengaji dr surau. Terus mandi, solat dan mengangkat doa mohon kesejahteraan keluarga. Kalau ada anak yg sekolah..kena uruskan mereka pulak. Pastu siap-siap nak pegi kerja. Colek sikit-sikit muka agar tak pucat sgt bila sampai pejabat nanti.

Sampai pejabat..Rehat 1-2 minit. Mulakan kerja pejabat pulak. Layan la karenah kekawan, anak buah atau bos. Belum lagi kalau kena kerja jumpa orang..masak nak control emosi.Tengahari waktu rehat bukan rehat..rasa macam nak luruskan pinggang tp kekawan ajak sembang pulak. Gossip bulan puasa mesti fasal menu apa hari ini. Yang orang leaki pun lagi sebok. Macam-macam menu keluar dan mereka syorkan.. Kalau tak rehat kat pej..ramai kaum hawa yang mengisi masa tgh ni keluar shopping ..shopping barang nak berbuka puasa..shopping pra -persiapan hari raya..hari-hari ada aja yang tak cukupnya..( laki depa bagi duit ke ???.....tak kotttt)..Jln TAR di kl , Alamanda di Ptjya atau kat mana-mana pun sama aja la.Atau cuba la pulak pegi ke KM Plaza ( Kelab Melayu)  Seremban ( walaupun org kemboja yang niaga kat situ...)

Petang..gegas-gegas balik nak sampai awal rumah. Singgah pasar Ramadhan.Sampai rumah lepas selesai wajib asar siap untuk berbuka pulak. masak ikut menu yang diorder oleh en suamai atau masakan anak-anak. Keinginan sendiri tak dilayan....

Lepas berbuka , yg lain terus duduk depan tv, yg si mak masih kat dapur kemas sisa-sisa berbuka tadi..Maghrib..siap nak pegi terawih. Balik terawih teringat homework anak pulak. Yang si ayah pun sebok order itu ini nak sambung makan...

baru nak landing tetiba teringat kain tak basuh lagi. kain yg dibasuh smlm msh belum bersidai. Tu belum ternampak kain yg dah dicuci tak berlipat dah berhari-hari.Nampak pulak lantai dah berhabuk tak bersapu, capai penyapu , capai bulu ayam...sapu dan lap apa yang patut. Eh tak boleh jadi ni...baik masuk tidurrr....mata nak lelap tapi dok teringat esok nak masak apa ????

Ini baru sebahagian dari cerita sehari seorang WANITA

#IE tak la kalut macam nie...

.

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan kali ini.....

Salam sejahtera,
Selamat berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan.
Dah masuk 1 Ramadhan dah!...ada yg kata masa dah berlalu terlalu cepat , msh byk projek tak selesai. Tapi dari satu segi dek sebab tertentu terasa masa merangkak rangkak jer ..sebab ?..mungkin sebab kesusahan atau dugaan yang terpaksa ditempuhi.

Ramadhan kali ini IE kena adjust byk perkara. Mungkin kerja ada sikit mudah..tp dari segi mengejar masa tu yg rasa macam serik sikit...Kalau dulu sehala 6km skrg 60km ...Semoga tahan la badan ni menanggungnya. Bab berbuka ???...ntah la, harap harap tak la berbuka dlm kereta. Menu berbuka ???....


Isnin, 1 Julai 2013

Bulai Julai sudah bermula....macam-macam cerita

Salam sejahtera, 

Selamat hari baru untuk minggu baru, bulan baru...Dah pun masuk bulan Julai. Mengira hari untuk menyambut Ramadhan. Dah banyk banner untuk buffet Ramadan, tak kira hotel kecik atau hotel berbintang-bintang yang gerai tepi jalan pun dah pasang banner. Sogo , ALamanda dan terminal one kek seremban dah sesak dgn mak ayah, mak chik pakchik nak beli baju raya anak atau anak buah....yg mak ayah anak dara.esok dekat raya msh tak abis sambung bershopping lagi.

Kat pejabat IE sebok nak terima penguadit 5s..biasalah macam rumah sendiri, kalau tau tetamu nak datang mesti sebok bersih sana bersih sini, adjust sana alih sini..Yg penting kononnya nak mempertahan dan menambah koleksi sijil..


Baru abis PRU 13 , ada kawan yg masih belum bercuti, ada yg masih belum cukup lelap tidornya, ada yg masih sakit tumit kaki dan serak suara belum pulih..ada yg masih dalam angan-angan!!!... Tak lama lagi ada yg berombongan ke Kuala Besut, nampaknya penuh la bot bot nak ke Pulau Perhentian. Molek untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu.!! Walau nak menyambut Ramadan, nilai diri, tutur kata, gerak jari jemari tu kena jaga ...kenapa masih ada yang sanggup buat dosa kering fitnah sana fitnah sini.. Bawalah bertaubat kepada yang masih belum sedar. Kita sama-sama buang perasaan hasad dengki, jumudkan rasa syak wasangka sesama kita, celikkan mata, bukakan minda sedari siapa kawan siapa lawan. Mana musuh yang kena di"bunuh" mana musuh yang kena dijadikan "kawan". Fikir-fikirkanlah !!

Sehingga Mei 2013, daftar pengundi baru di NS...UMNO 449, MCA 43, MIC 24, PAS 110, PKR 65 Dap 524...( baru NS belum tgk keseluruhan Msia ).soalannya parti mana yang nampak serius ???


Selasa, 25 Jun 2013

Cerita pagi ini...


Salam sejahtera,

Pagi selasa ini kita bangun agak sejuk sikit, mandi, solat...doa mohon dipermudahkan urusan hari ini. Aminnn!!
Keluar dari pagar rumah jam 7.05am..bersaing dengan cikgu-cikgu dan mak bapak budak hantar anak ke sekolah maklum rumah dlm kawasan hub pendidikan!..sampai tol PD jam 7.16 am..slashhhh..dengan kelajuan 110-120 berperang dgn jerebu, berlumba dgn saga,honda,toyota,kontena, lori, bas, motor besar motor kechik akhirnya sampai tol bangi jam 7.55 pagi..ai kenapa panjang pulak ni ??...msk lorong t n g pun pjg gak....yg guna smarttag pun dok celuk-celuk,....ooo rupanya pondok tol smartag terbakar ( sape punyer kerja la ni...)..

gerak lagi..singgah gerai beli makanan..nasi lemak lauk paru n ayam masak kunyit..kira blh jd bekalan sampai lunch. Gerak lagi.....samapi bilik jam 8.20 ( jam ofc ni laa...sama dgn jam di tangan !). Mulakan kerja hari ni...BUN.


aduhai...tol 5.10+5.10 , oil 30.00..makan-makan dan soping-spoing lain kira ...


ada yang mati berangan nak panjat bangunan ni...tapi akhirnya terbaring di jalanan....
hargailah keamanan dan kemakmuran negara. Banggalah dengan kedaulatan bumi Malaysia.

Isnin, 10 Jun 2013

Keluhan dari rakyat marhaein kpd no. 1

 10 Jun 2013 - 4.20 pm

Ada pompuan dr Nisbilan yg meluahkan rasa marah yg teramat sgt terhadap tindakan sebuah parti dan RBA yg semakin menjadi-jadi kurang ajarnya. Dia tersangatlah bimbang ttng ms depan org Melayu. Keluhnya..."tlg la cepat ambil tindakan jgn dok dengar dan tgk aje !! PM tlg la bertindak! demi ms depan org Melayu dan negara" rayunya!!...

setuju setuju setuju sesangat ...Nanti IE sampaikan ya !!! 

 

Rabu, 5 Jun 2013

Tugasan Seterusnya..

Ketika catatan ini ditulis..hujan dan guruh berdentum di luar sana..
 Ini hari pertama IE duduk di kerusi office baru.
Nampaknya selepas ini IE akan sekali lagi membilang batu-batu...mengira waktu-waktu.
 Jika dulu hingga ke kl tp kini singgah di Putrajaya pulak..oiii banyak juga batu yang nak dikira!!!.
Kat sini apa kerja IE nak buat ?? Tengah pening-pening lalat lagi ni.
Bayangkan begitu byk department daa..Kaki,tangan, mulut, mata dan telinga akan terus beroperasi..
layan jangan tak layan !!! Mudah-mudahan dipermudahkan !

 
Sebelum duduk di pejabat baru, hari satu dan dua terus jalankan tugas di sini....
wanita oh wanita !!

 

Rabu, 29 Mei 2013

WEDNESDAY : Ini bukan amaran saja-saja tau !!!






Ku berjanji lagi........

Selamat pagi..salam bahagia, salam sejahtera...semua jenis salam laa. Adoiiiiihai, lama betul rumah ni kena tinggal. Mintak maaf la ya. Tuan rumah banyak sebok ma. Banyak pesakit yang nak dirawat. Suntikan jarum dan memikul senapang menjadi senjata menyebabkan rumah ini semakin suram. Jangan merajuk. Dah banyak kali berjanji nak membahagia dan menceriakan famili dan jiran tetangga rumah ini..namun begini juga jadinya. Ni janji lagi, mulai bulan Jun si ikan emas nak kemaskan rumah ini . Tak perlu panggil eric ...harap tuan rumah mampu make over sendiri...janji tau!!!

Selasa, 12 Mac 2013

Tidurlah Perajuritku Di sana Dengan Aman...



irik Lagu/ Lyrics: Tidurlah - Josephine Hadikusumo (Bahasa Malaysia)

Tidurlah, perajurit muda
Lepaskan bebanmu dalam buaian yang indah
Tidurlah, lelapkanlah mata
Musim luruh kan berlepas, malammu jadi cahaya

Mengapa kamu harus pergi dulu?
Mengapa kamu rebah sebelum waktu?

Bunga-bunga kan ku kalungi mu
Bersama seribu kasih
Jasamu padaku, disanjungi
Air mata ku kirim bersama doa
Bagimu, perwira

Usah lagi duka, usah lagi duka
Tidurlah

Lirik Lagu/ Lyrics: Tidurlah - Josephine Hadikusumo (English Translation)
Sleep now, young soldier
Release your burdens in the beauty of your dreams
Sleep now; close your eyes
Fall will pass away, and your night will soon become day

Why did you have to go so early?
Why did you fall before your time?

Flowers will I garland you
Along with a thousand thanks
Your service to us, we will esteem & value
Tears I will send to accompany my prayers
For you, my hero

No more pain; no more pain
Sleep now