Sabtu, 28 Januari 2012

SARA- Bank kena Amanah KePrihatinan Kerajaan

Dah kahwin?

Pernah kahwin tapi dah dapat title ibu tunggal atau duda?

Umur 18 hingga 58 tahun sahaja tau.

Pendapatan seisi rumah bawah RM3k?

Tak muflis!

Terhad kepada 100 ribu isi rumah sahaja.

Nepal, indon,mymmar…vtnam, awang hitam atau yang sama spesis mereka tak dilayan.

Jumpa la pegawai Maybank, BSN,CiMB, RHB..mereka boleh tolong…

RM5000 akan dimasukkan ke akaun anda!

PINJAMAN UNTUK PELABURAN. PELABURAN UNTUK SIMPANAN!

SARA : SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA.

Borang dah mula beredar , Isnin boleh hantar ke bank mana yang anda pilih.

( Tokeh bank!…jangan lupa AMANAH tau !!!....untung, untung juga…nampaknya kalangan pegawai bank berkenaan dah mula berebut pelabur ???)


Khamis, 26 Januari 2012

Negeri Sembilan oh Nisbilan..Kerja vs sprm

Eh?
Apa cerita ni ?..hot pulak Nogori semenjak dua menjak ni.
Glamer ..nape pulak orang media ni rajin nak scop kat sini ?
Yang cerita sedap, manis menawan ramah-tamah tak der pulak keluar..

Yang cerita orang tutup muka jadi sensasi
Rezeki ada di mana-mana. Bukan dengan menipu . Kita bijak ada lagi orang yang bijak.
Kita ingat ptd boleh berdesup naik pangkat kita pun nak jugak naik jet …sekali berdebap jatuh ke sprm…haa…sombong , berlagak dan “ jobo” lagi…title datuk tu pun agak diragui…kes baru pulak ke ?

Rupanya dalam bekerja Jangan nak konar-konar. Tak boleh nak adjust-adjust.
Kita ingat nak men'gemas' ,rupanya ada orang lain yang lagi rajin nak mencuci periuk nasi kita. Sekarang ni banyak bonar cctv. Mungkin kita buat untuk kebaikan tetapi silap percaturan. Bukan semua orang suka cara kita.

Kita ingat kita tupai..rupa-rupanya tupai sprm lagi cekap..tak kenal sape.Dh tak guna timbang kati atau metrik lagi..sopppp terus poie court! Kesian..Semoga kebenaran memihak...

Pengajarannya..
kerja lah dengan ikhlas
jangan ada perasaan curiga mencurigai
Jagalah amanah dan tanggungjawab.
Ramah, berhemah dan bersopan la dengan klien
Bos disanjung , anak buah dilayan..
Kerja itu ibadah!


Ya Allah !...berkatilah segala kerja ku ini !!













Jumaat, 13 Januari 2012

Mai Datang ke Nismilan. Ada Pesta..

ACARA-ACARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KE 64 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSU 2012

12.1.2012 ( 6.00 petang )
Majlis Bacaan Yasin Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri Seremban

13.1.2012 (6.30 petang )
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Tuanku Munawir, Seri Menanti.

14.1.20212 ( 7.30 pagi )
Perbarisan / Kawalan Kehormatan Utama di Padang Seri Menanti.

14.1.2012 ( 10.00 pagi )
*Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Balai Rong Seri, Istana Seri Menanti.

14.1.2012 ( 8.30 pagi )
Pertandingan Melukis dan Mewarna di Perkarangan Muzium DiRaja Seri Menanti.

14.1.2012 ( 9.00 pagi )
Program Merakyatkan Budaya Membaca di Dewan Tunku Ampuan Najihah , Seri Menanti.

15.1.2012 ( 11.00 Pagi )
Karnival Memancing Seri Menanti 2012 di Tasik Londa Naga, Seri Menanti

15.1.2012 ( 2.00ptg )
Pertandingan Gubahan, Memasak dan Pakaian Tradisional 1 Malaysia

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
Forum Perdana Ehwal Islam di Padang Seri Menanti

15.1.2012 ( 8.00 mlm )
* Majlis Santapan Negeri di Klana Resort , Seremban

19.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Kompleks As-Saadah, Seremban

26.1.2012 ( 11.00 pagi )
Majlis Perasmian Wisma Audit Negeri Sembilan, Seremban.


* ada sesape yang berangan nak bergelar dato??...masih embargo!






















Kewajaran penangguhan SBPA


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my


AKHIRNYA pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan. Keputusan tersebut tentunya menutup dilema penjawat awam yang hanya mempunyai tiga hari saja lagi untuk mengembalikan borang opsyen.

Sememangnya sejak SBPA diumumkan pelbagai reaksi dan kenyataan dapat dilihat - hangat dan dingin. Di sebalik khabar kenaikan gaji dan penyusunan jawatan, masih ada rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam terutama yang berpangkat rendah.

Perkara itu diakui sendiri oleh CUEPACS yang mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi berunding semula terma-terma dalam SBPA.

Persoalannya, adakah keseluruhan kakitangan awam di negara ini telah diberi penerangan dan penjelasan mengenai skim itu sebelum ia dilaksanakan. Atau sekadar memberi peluang kepada mereka menatap terma-terma sebelum borang dikembalikan?

Khabarnya, ramai penjawat awam masih kabur dan keliru mengenai SBPA. Kumpulan mana yang benar-benar dapat manfaat daripada skim tersebut - gaji rendah, pertengahan atau super skil.

Sumber perkhidmatan awam memberitahu, secara pukal golongan penjawat awam selain peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya mendapat kenaikan paling tinggi RM320 dan purata memperoleh RM200. Itu mungkin di peringkat penjawat awam kategori gaji pertengahan. Bagaimana pula dengan kenaikan gaji untuk JUSA?

Khabarnya, kenaikan kategori itu paling menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga SBPA dilihat agak pincang daripada matlamat asal.

Kenaikan untuk JUSA dan ke atas dikatakan amat lumayan hampir menyamai gaji asas di tahap sedia ada (dilaporkan hampir RM5,500). Adalah diakui penjawat awam di peringkat JUSA mempunyai beban kerja yang agak besar, tetapi bagaimanapun pula dengan kakitangan rendah yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan supaya golongan atasan dilihat membuat kerja?

Bukankah kesemua kategori dalam perkhidmatan awam sama penting kerana sumbangan mereka untuk sama-sama membangunkan bidang masing-masing.

Misalnya, jika guru-guru berkhidmat dengan cemerlang maka guru besar atau pengetua bakal mendapat nama yang baik, sekolah juga akan mencatatkan keputusan gemilang. Jadi adakah wajar jika kenaikan gaji guru hanya 1 peratus daripada kenaikan gaji guru besar atau pengetua.

Satu lagi dipersoalkan di dalam SBPA adalah pengenalan Kumpulan Premier. Ada kerunsingan dan kebimbangan selain tanda-tanya yang mesti dijawab atau diperjelaskan bagi mengelak salah sangka.

Sumber perkhidmatan awam membangkitkan persoalan mengapa kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mereka walhal perkhidmatan kerajaan telah beroperasi dengan baik selama ini.

Kenapa perlu ada kumpulan baru sedangkan perkhidmatan awam di negara ini semakin cemerlang dan mampu menambah baik tanpa perlu kumpulan atau jawatan baru sebelum ini.

Apatah lagi apabila orang luar turut dibenarkan mengisi jawatan tersebut biar pun menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah calon luar hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada calon dari kalangan penjawat awam yang layak mengisi jawatan tersebut.

''Penjawat awam tetap akan diutamakan untuk mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan termasuk Kumpulan Premier,'' katanya baru-baru ini.

Memang diakui seperti mana yang ditegaskan Abu Bakar, setiap dasar atau skim yang diputuskan kerajaan bertujuan mengatasi masalah sedia ada dan juga melihat kemungkinan pada masa akan datang.

Tetapi bagaimana pula jika skim yang diperkenalkan mencetuskan masalah baru selain menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam sehingga dibimbangi kelak akan menjejaskan mutu perkhidmatan.

Khabarnya juga, syarat-syarat perkhidmatan yang lebih rumit terkandung di dalam SBPA. Sepatutnya skim baru lebih memudahkan kakitangan. Merumitkan mengundang masalah dan ia bukan petanda yang baik untuk kakitangan awam termakan dengan mungkin satu atau dua peratus manfaat kecil yang ditawarkan di dalam skim itu.

Rata-rata kakitangan awam mengalu-alukan hasrat murni kerajaan mahu melegakan bebanan mereka tetapi janganlah kerana terdapat kecacatan dalam pelaksanaan SBPA, maka hasrat tersebut tersasar sehingga menimbulkan kekeruhan.

Daripada bilangan 1.4 juta penjawat awam, ramai merasakan cuma segelintir (mungkin kurang 1,000 orang) yang merasa nikmatnya tetapi yang lainnya terpaksa berfikir panjang apakah yang ada untuk mereka.

Maka berilah ruang untuk SPBA dikaji semula. Ambillah masa yang mencukupi untuk melihat semula kepincangan yang mungkin tidak disengajakan. Rundinglah dengan semua pihak yang terlibat, jangan cipta skim untuk kepentingan satu kumpulan sahaja lantaran perkhidmatan awam melibatkan semua

Baca sini