Jumaat, 20 Ogos 2010

Apa LaGi orang Melayu Nak Katakan...


Wahai Melayu !

Apa lagi orang Melayu nak katakan....???

Apa lagi orang Melayu nak buat.....???

Apa lagi orang Melayu nak lakukan.....???

Fikir-fikirkanlah !!!


******************************************************************
Gurindam 13 Resolusi


Alamak MCA buat hal lagi

Kali ini dengan 13 resolusi

Kuota 30 peratus minta dihapusi

Sekolah Cina hendak ditambah lagi



Minyak dan Gas juga minta dibukakan

Dari huluan sehingga hiliran

Kononnya industri sudah tinggi kedudukan

Sedangkan Melayu masih ketinggalan



GLC juga jadi sasaran

Permintaannya yang bukan-bukan

Ke dalam Lembaga Pengarah perlu dimuatkan

Bukan bumiputera demi kesaksamaan



Di sektor swasta tidak pula dibangkitkan

Melayu dilantik sebagai perhiasan

Kalau yang bekerja peluang disisihkan

Kepada yang memohon Mandarin diperlukan



Satu lagi tuntutan tentang liberalisasi

Apa yang ada tidak mencukupi

Mana bidang yang belum dibuka lagi

Patut dibuka jangan tangguh-tangguh lagi



Tender juga harus terbuka

Walaupun bahan binaan dah kuasa mereka

Projek mereka tak mahu bagi kita

Lama-lama isi ke dia, kuah ke kita



Bila biasiswa diberikan kepada semua 9A

Gembira mereka tidak terkata

Mereka lupa beza pelajardi bandar dengan di desa

Alamat yang di kampungketinggalanlah nampaknya



Jangan kita nak tolak tepi

Amaran MCA nak kerjasama dengan DAP

Jangan-jangan nak ajak juga PAP

Sebab mereka tahuperpaduan UMNO-Pas tak boleh jadi



Kadang-kadang kita pun hairan

Dalam semua bidang Melayu ketinggalan

Rancangan Malaysia pertamahingga kesembilan

Tidak kurang satu trilion sudah dibelanjakan



Cuba kita tanya siapa yang menguasai kekayaan

Sejak 45 tahun Rancangan Malaysiadiperkenalkan

Bumiputera hanya miliki 21.9

Itu tak kira hartanah dan tabung simpanan



Ada yang kata FDI jatuh pasal DEB

Sedangkan tiada perubahan dalam industri

Mesin lama dipakai lagi

Sedangkan orang dah pergi ke teknologi tinggi




80 peratus tenaga kerja lulusan SPM

Yang mahir hanya suku bahagian

Sektor swasta juga buat kesalahan

Tidak ada rancangan latihan kemahiran



Sepuluh tahun kita tidur lena

Sejak berlakunya krisis kewangan Asia

Struktur ekonomi tidak disusun semula

Sekarang baru nak buat semua



Generasi muda pula sukar dipengaruhi

Mereka punyai pendirian sendiri

Ramai yang belajar di luar negeri

Yang tiris, bocor, rasuah semua diketahui



Walaupun dah hilang dua pertiga

Perubahan tidak lagi punyai masa

Pembangkang pun dah naik besar kepala

Apa nak tunggu hilang semua?



Walaupun MCA macam-macam retoriknya

Hanya 9 peratus masyarakat Cina yang terima

Soi Lek tak peduli apa ‘Merdeka Center’ kata

Kepada kerajaan dia akan sondol aje.



Dato' Salleh Majid

Utusan Malaysia-Kuala Lumpur

19 Ogos 2010
















11 ulasan:

cemomoi berkata...

pemimpin melayu memang buduh tak pernah persoal berapa kouta bumiputera di sektor swastaa, belom crita diskriminasi gaji dan pangkat

bila kluo isu bahasa mandarin syarat kerjaya kerajaan buat pekak telinga

selamanya melayu ditindas bukan sahaja oleh bangsa asing malah bangsanya sendiri yang menjadi enau sibuk melepaskan pucuknya

sahromnasrudin berkata...

salam..kne main lagu anak kecil main api nie...

ikan emas berkata...

cemomoi,

jsngsn kits sdyik leka..
sebab mereka dah diberi betis nak paha

ikan emas berkata...

ROM,

eh tak mau la main api..
nanti terbakar ..bomba jauh !


org melayu memang suka nyanyi-nyanyi nie..

ONE ZABA berkata...

1 malaysia...

ikan emas berkata...

iz,

ish ..1M ke apa ...
tak der maknanya !

tajnur berkata...

Assalamualaikum
Ini semua salah siapa? Saya teringat org2 tua dulu kata, `Org Melayu ni, kalau dah kaya dan pandai hanya pentingkan diri sendiri dan pandai pun hanya nak tipu bangsa sendiri` Dah nak nazak pun, masih nak berkesempatan kelentong org Melayu...

lumut berkata...

smp arini aku cam still tertanye2....nape name me"layu"..cisss x roxk sungguh...

em kau baca x pasal bapak abang rogol anak die yg kudung tu dlm paper?

tu lah melayu.

sedih beb..ak cm nak nangis je beb

ikan emas berkata...

tajnur,

iyer ke ?
kira mmg hebat betoi la org melayu ni kan ?...

eh !

saya tak pandai kelentong !

ikan emas berkata...

lumut,

hampeh !
aku rasa nak cincang-cincang kaum mcm tuu..mmg kkdg igt dlm pilem aje..rupanya mmg ada spesies mcm tu.

eh

aku anak melayu jg
yg bangga dgn bangsanya

tp bukan jenis yg suka :

mengamuk
berleter
latah
tengking laki
umpat jiran
dengki khianat

DrSinga berkata...

bila kita bercakap2..mereka marah...kita dituduh rasis..
bila mereka berkata..kita kata mereka rasis..mereka marah2..
.
mengapa melayu masih tak boleh bersatu...
bila tergadai baru nak sedar??